Kerana Lelaki Kena Keras

Cerita ni tentang diri aku. Yer lelaki lembut tapi bukan pondan atau maknyah.

Dari kecil memang perwatakan aku ni macam lemah lembut sopan santun tapi aku takde lah sampai berpakaian atau teringin nak jadi perempuan.

Cuma aku triggered sampai besar bila perwatakan aku ni jadi bahan perli oleh orang yang tak rapat dengan aku. Which is aku digelar Pondan.

Benda ni dari aku kecil sampai aku dah besar nak dekat 30an pun aku masih triggered dan takleh terima diri aku sendiri.

Aku dah cuba macam nak garaukan suara buat benda yang manly tapi aku tetap sopan santun lemah-lembut.

Disclaimer sebab aku ni bukannya menjurus ke arah perempuan sebab.

Semua aktiviti budak lelaki aku suka dan enjoy buat.

Aku pandai jer bertukang boleh repair bumbung bocor main bola futsal ragbi dan zaman sekolah sampai peringkat kebangsaan aku main sukan.

Yer tapi still lagi aku ni orang yang tak kenal sangat aku gelarkan aku Pondan.

Benda ni macam jadi satu anxiety untuk aku bila dah besar aku jadi terasing sebab aku taknak orang perli hina aku di khalayak awam sebagai Pondan.

Aku malu dan jadi triggered sampai aku takut nak berkawan.

Cuma untuk orang yang ada tips untuk benda macam ni sebab aku bukanlah dua alam dan aku masih lagi waras dan sedar status jantina aku.

Cuma aku akan tetap nampak lembut dengan suara pun kadang kalau call orang yang berurusan di pejabat orang akan panggil aku PUAN.

Benda ni jadi kusut sebab aku kenal jer yang digelar lelaki tulen tapi semua benda yang lelaki buat dia orang tak reti dan tak pernah buat pun.

Dan berapa ramai yang badan elok maskulin tapi sebenarnya sukakan lelaki dalam dunia yang realitinya.

Aku juga teringin nak dengar apa definisi sebenarnya yang orang nak dari seseorang supaya takde lagi orang yang lembut tapi bukan berperwatakan macam perempuan dan bernafsu songsang.

Adakah salah untuk rasa malu dan triggered sebab digelar pondan sampai tahap kau jadi dah nak lari dari semua orang sebab kata kata yang perli dan hina kau dari 10 tahun lepas pun kau masih ingat.

Terima asih untuk pendapat dan nasihat semua.

– Boyy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *