Assalamualaikum. Ramai pulak mcm marah ye aku cerita tak habis. Okay aku nak cerita habis la ni. Bawak bertendang. Aku terpaksa buat 2 part sebab aku rasa panjang sgt. Yang ckp aku sebenarnya psiko, kuasam eh. Haha aku masih normal. Ni memang kisah benar, ramai saksi. Bagi yg tak faham cerita, aku mintak maaf sgt. Sbb banyak sgt, aku pun dah konfius apa aku tulis. Huhu.
Okay sambung cerita. Esok pagi lepas kejadian Maira start jadi mcm tu, dia baring atas bantal yg sama dgn Hana, pastu kitorang ckp dlm group, ‘Ewah Hana, share bantal dgn Maira’ Pastu Hana reply ‘Ahaa jgn jeles’ Tetibe Maira ambik bantal dia sendiri, baring situ. Eceh mcm tahu-tahu pulak kitorang sembang pasal bantal. Kebetulan ke apa, taktahu la.
Pagi tu aku dgn kawan-kawan semua pegi kuliah mcm biasa. Dkt rumah sewa time tu tinggal Maira, Hana, Anis dgn Liya je. Lepas zohor kecoh dlm group wasap yg Maira jadi tak betul dah, dia asyik sebut nama Syam pastu nangis-nangis. Anis cerita, masa dia solat zohor, Maira baring atas katil sambil nangis-nangis, mcm tgh otp dgn tunang dia ‘abang….abang..’ Elok Anis habis solat, bagi salam, Maira pandang tepat mata Anis. Terkejut Anis tu. Pastu Maira tanya “Anis, Syam ada kat sini kan?” Anis ckp “Mana ada. Takkan la aku nak bagi dia masuk rumah” Lepas tu dia tanya lagi, “Sarah mana? Lisa mana?” Anis ckp yg kitorang pegi kelas. Pastu dia ckp “Tipu! Tu Sarah kat dapur” which is takde sapa pun kat dapur tu, huhu. Then diorang ckp lepastu dia ckp sorang-sorang, dia ckp ada matahari atas kepala dia. Har har.
Pastu dia start keluar rumah tak pakai tudung, duduk luar rumah. Kwn kitorang pujuk dia masuk rumah, dia taknak. Pastu kwn kitorang ckp “Kau tak kesian ke kat mak kau? Adik-adik kau?” Pastu dia reply, “Aku mana ada adik” Kwn aku ni ckp “Eh kau ni, kau kan anak sulung. Takpelah. Ni, Syam nak dtg, masuk rumah eh pakai tudung.” Dia gelak-gelak then baru dia masuk rumah.
Tak lama lepas tu dia jadi agresif sampai diorang yg lain terpaksa keluar rumah. Dia baling pinggan sampai pecah, duit rm100 dia baling kat belakang rumah, basahkan lantai, tuang air zamzam botol besar (dah la dia tak bayar air zamzam tu) atas katil dia, selipar toilet sebelah letak kat bilik depan, sebelah selipar letak kat tempat sayur dlm peti ais, sabun syampu semua letak dlm toilet bowl, telur baling kat langsir, basuh bantal dia pastu gulung diri dlm karpet then gelak-gelak. Senang cerita mmg mcm tongkang pecah dah rumah tu jadinya. So diorang yg takut tengok dia camtu, call la ambulans. Polis pun dtg sekali, sampai kena main kejar-kejar dlm rumah tu dgn dia sbb dia asyik lari. Anis cerita, Maira loyar buruk dgn sorang pakcik polis, dia ckp “Pakcik niiiii, tak comel la” Pakcik polis tu balas balik “Eh pakcik ni comei apa, ada dua bini kot” Huhu so akhirnya dia kena bwk pegi hospital, mlm tu dia kena transfer hospital lain, masuk wad gila. Tekanan perasaan sgt gamaknya.
Alhamdulillah 11 hari dia duduk dalam wad tu, dia keluar sbb dah okay sikit, kawin dah pun dgn tunang dia tak lama lepas tu tapi tanpa restu mak dia. Kitorang pun baru dpt tahu dari mak dia yg mak dia tak restu pun diorang tunang semua tu. Dia jadi mcm tu pun sbb stress mak dia tak restu dia kawin dgn tunang dia. Hm sampai macam tu jadinya. Mak dia ckp, mak dia pegi check kat ustaz, Maira tu kena guna-guna dgn femili tunang dia, tu yg jadi gila bayang kat Syam. Wallahua’lam la yg tu. Kitorang dulu yg terlalu rapat dgn dia pun jadi strangers dah dgn dia, sbb dia dah lain skrg, tak mcm Maira yg dulu. Kitorang semua just doakan mak dia restu dgn perkahwinan dia, and moga Allah bukak pintu hati dia untuk mintak ampun dengan mak ayah dia dan berubah jadi manusia yg jujur. Salah sorang kwn aku ckp, mungkin jugak dia jadi mcm tu, balasan Allah sbbkan dia suka menipu, fitnah org. Nauzubillahiminzalikk. Moga kita semua dijauhkan drpd perkara yg tak kita ingini la kan. In shaa Allah, amin.
Sekarang Maira bukan housemate kitorang dah. Sebelum cuti sem bulan 5 hari tu, Maira dtg rumah sewa, dia kata nak lawat kitorang. Masa ni dah habis final exam, tinggal aku dgn Syirah je tak balik lagi. Igtkan dia nak lawat then balik la, tetibe Maira mintak aku tanyakan dlm group housemates, boleh tak dia nak tumpang duduk rumah sewa kitorang, sbb rumah sewa yang dia dgn suami dia nak sewa, tak boleh duduk lagi. Ada pilihan raya kecil masa tu, so suami dia tumpang rumah kawan laki dia. Maira pulak duduk luar rumah sewa diorang, dia ckp dia tidur pun kat luar. So sebab tu dia mintak tumpang duduk sampai habis pilihan raya. Walaupun dia dah makin okay drpd sebelum ni, dia still nampak ‘something’ sikit. Dia punya certain cerita still ada yang agak merapu dan putar belit. Mungkin tak sihat sepenuhnya lagi kot, sbb dia ckp dia mmg kena mkn ubat. Bila kitorang tanya dia igt tak apa dia buat kat rumah sewa ni, dia kata tak igt. Lepas tu bila kitorang cerita balik, dia gelak-gelak je. Okay so aku tanya dlm group housemates pasal dia nak tumpang tu, mmg majoriti tak setuju sbb dah banyak hal dia buat. Nanti rasa tak selesa. Lagipun lagi 3,4 hari dah nak cuti sem. Syirah sorang je ambik sem pendek. Susah sikit kalau biar dia duduk dgn Syirah je nanti. Macam-macam boleh jadi.
Dipendekkan cerita, Maira tumpang rumah sewa 2,3 hari. Aku serba salah nak bagitahu dia yang ramai tak setuju dia nak tumpang. Tapi last-last aku ckp jugak la elok-elok, aku mintak maaf kat dia. Nampak la muka dia berubah sikit, tapi dia kata takpe, dia okay je. Petang tu, Anis dgn 2 orang lagi housemates balik rumah sewa. Utk pengetahuan korang, Maira ni takut tau dgn Anis. Haha Anis garang dgn Maira. Malam tu jugak Maira kemas barang dia, bawak keluar semua barang dia. Sebelum dia keluar, dia salam kitorang cium pipi semua. Tapi kat Anis, Anis salam then cpt-cpt tarik tangan, tengok phone balik. Aku, Syirah dgn Farah intai dia dari dlm bilik master room, dia keluar rumah tu nampak dia lap-lap pipi. Mmg kitorang kesian kat dia time tu, rasa bersalah semua ada. Malam tu pukul 12 lebih aku wasap Maira, tanya dia tidur mana malam ni. Dia just reply takpe, dia okay. Dia mintak kitorang jgn risau.
Okeh, esok pagi tu Anis balik kampung. So tinggal aku dgn 4 orang kawan aku lagi. Anak tuan rumah (Laila) call aku, mintak setelkan duit rumah sewa sebelum balik kampung cuti sem. Laila mintak semua yg ada kat rumah sewa dtg sbb nak bincang sikit. Petang tu kitorang pegi la. Dah setel bayar duit rumah sewa dgn tuan rumah semua, kitorang sembang-sembang dgn Laila. Laila tanya keadaan Maira semua. Lepas tu Laila ckp dia rindu Maira, dia nak call Maira time tu jugak. Laila pun call depan kitorang. Lama diorang bersembang, Laila tanya khabar, duduk mana, buat apa blablabla. Aku duduk sebelah Laila, aku dgr mcm Maira tinggi-tinggi suara. Aku nampak Laila start diam, muka dia berubah. Aku saje la dktkan telinga kat phone Laila nak dgr, Laila dah start menangis. Laila letak phone dia kat telinga aku bagi aku dgr. Nak pecah jantung aku dgr Maira ckp, “Ooo sebelum ni mengadu kat aku mcm-mcm, ‘aku tension la, Laila selalu desak kitorang duit rumah sewa’ Haa padan la muka diorang! Habis tu selama ni aku je yang kutip duit rumah sewa tak fikir pulak, dgn ada yg bayar lambat la apa la blablabla”
Perghhhh. Ini satu fitnah yang nyata. Kitorang tak ckp pun yang kitorang tension kena desak, kitorang just bagitahu dia yang Laila selalu mintak setel duit rumah sewa awal bulan. Tu je, serius takde kitorang ckp tension. Aku dah nampak kat sini yang dia ni mmg suka tabur fitnah. Dulu buat cerita pasal Anis. Haa sambung cerita lepas dia ckp mcm tu kat phone, aku terus potong ckp dia, “Oh mcm ni rupanya perangai kau ye” Dia senyap 5 saat, terkejut kot sbb dia igt dia tgh ckp dgn Laila. Lepas tu dia balas “Haa memang! Kenapa?! Selama ni aku yang…..” Tap. Aku terus end call sbb taknak gaduh. Tapi sgt panas hati.
Kwn-kwn aku tanya dia ckp apa, aku pun cerita. Laila pulak ckp masa dia ckp dgn Maira, Maira ckp kitorang 1 housemates tak melawat dia masa dia kat wad. Padahal banyak kali kitorang ckp kt dia, kitorang nak lawat dia tapi mak dia yang tak bagi. Mak dia ckp dia still tak baik betul, kalau blh mak dia taknak sapa-sapa lawat dia. Lepas tu, Maira ckp kitorang tak kenang budi dia, kitorang tak guna, sbb tak bagi dia tumpang rumah sewa. Fuhhh sentap!
Elok kitorang on the way balik drpd rumah tuan rumah, kitorang terserempak dgn Maira, dia naik motor dgn suami dia. Betul-betul berhenti sebelah pulak tu kat simpang tiga, dupdap dupdap jugak la. Dah la dia still tak sihat betul. Kwn aku yg drive kereta terus pecut potong diorang. Haha.
Sekarang ni, kitorang tak jumpa dah Maira. Anis ckp, dia tahu Maira mmg perangai mcm tu. Dia suka berlakon mcm dia mangsa keadaan, lepas tu buat fitnah pasal org yg dia tak suka. Aku dan 3,4 orang kwn aku dah block number dia, aku taknak ada apa-apa kaitan dah dgn Maira. Jahat kan aku? Tapi sbb aku dah tertipu 2,3 kali dgn Maira. Bila dia buat salah, dia mintak maaf bagai nak rak. Lepas tu tipu lagi dan terus menipu. Aku ni dah la cpt percaya org, tambah-tambah dgn lakonan lembut dia. Pepatah inggeris ada kata, ‘fool me once, shame on you, fool me twice, shame on me’ Haah aku mmg bodoh. Haha diam.
Aku harap sgt tak terserempak dgn dia kat mana-mana dah walaupun itu mustahil sbb dia dgn suami dia duduk rumah sewa dkt situ jugak. Okay tu je. Cerita dah habis. Babai. Wassalam :)
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit