Kerana Menjadi Dewasa Itu Tak Mudah

Assalamualaikum wbt. Aku kenalkan diri sebagai M, berusia 30 tahun.

Aku sedar realiti kehidupan ni kadang di atas kadang di bawah. Kita sebagai hamba Allah memang tak akan rasa cukup selagi kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. Tapi susah untuk aku abaikan perasaan ni.

Aku dah 6 tahun tinggalkan dunia universiti. Dalam 6 tahun ni terlalu banyak benda berlaku sampai aku tak rasa pun betapa cepatnye masa berlalu.

Habis study aku berkahwin dengan suami aku yang belajar di universiti yang sama dan seterusnye melahirkan anak setelah beberapa tahun perkahwinan.

Aku memulakan karier dalam bidang profesional betul-betul sebelum berumah tangga tapi jujur aku punya stress coping mechanism agak kurang sihat.

Jadual kerja yang tak menentu buatkan aku banyak makan lewat malam dan terus tidur sebab kepenatan kerja. Sedar tak sedar aku dah naik 35kg dalam masa 6 tahun sejak aku habis belajar.

Bila aku stress aku craving benda manis. Kulit muka aku yang dulu flawless mula naik banyak jerawat.

Lepas aku melahirkan anak, aku berpindah dekat dengan rumah family belah suami. Bila transfer tempat kerja baru, tempat kerja tu terlalu toksik sampai aku yang baru habis maternity leave dapat tekanan perasaan.

Tekanan menjadi new parent dan berpantang tradisional ditambah soalan soalan menyakitkan hati tentang penyusuan & pengurusan anak buatkan aku gagal mengawal emosi.

Akhirnya disebabkan tekanan melampau aku berhenti kerja.

Sejak berhenti kerja aku buat banyak kerja part time untuk melangsungkan hidup tapi agak sukar dapat kerja tetap dalam keadaan ekonomi sekarang so aku banyak buat kerja gaji hari.

Alhamdulillah aku rasa lebih tenang tapi family in law aku hampir setiap hari mendesak aku cari pekerjaan tetap. Aku pun pergi countless interviews sebab tak tahan hari2 orang tanya dah dapat kerja belum.

Dalam kesibukan uruskan anak kecik & kerja part time aku gagal uruskan diri sendiri hingga akhirnya aku semakin gemuk, kulit muka rosak dan makan pun tak jaga.

Apa yang convenience itu la yang aku makan asalkan cepat disediakan.

Tiba-tiba kawan-kawan lama kat kampus nak buat reunion. Suami aku semangat nak pergi jumpa kawan kawan lama. Rindu katanya. Tapi jujur aku tak nak.

Ada perasaan rendah diri dalam diri aku. Aku rasa makin buruk, gemuk, jobless, macam tak ada achievement sejak habis Universiti. Sampai sekarang fikiran aku sibuk mencari alasan untuk tak ikut suami pergi reunion tu nanti.

Aku belum give up dalam hidup ni. Aku akan terus usaha untuk keluarga aku.

Aku cuma nak meluahkan sebab dalam kesibukan menjadi dewasa ni, kadang2 rasa down bila dunia ni tak seperti yang kita harapkan sedangkan kita tau sifat dunia memang tak sempurna.

Bila aku nampak graduan universiti yang happy excited bila konvo, deep down my heart ache knowing that i used to be that full of hope too.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *