Kerana Mu Ibu

Asalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan artikel ini. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman kepada pembaca. Kisah ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada semua pihak terutama bakal2 suami dan bakal2 mertua.

Saya telah memutuskan pertunangan dengan seorang ‘imam’. Terlalu banyak kisah yang terjadi sebelum keputusan ini diambil.

Yang pertamanya, di awal perkenalan dia telah membohongi saya dengan mengatakan dia tidak pernah berkahwin. Sehinggalah hubungan ini telah menjadi serius barulah dia memberitahu bahawasanya dia merupakan seorang duda anak 1.

Tipulah kalau saya mengatakan saya tidak kecewa kerana ditipu. Tapi, pada saya setiap manusia juga melakukan kesilapan. Saya berikan dia peluang dan semuanya berjalan lancar. Sehinggalah dia dan kedua ibu bapanya datang bertemu ibu bapa saya dan menyatakan hasrat hatinya.

Alhamdulillah kedua keluarga bersetuju untuk menyatukan kami. Namun, ia menjadi agak pelik pada pandangan saya kerana dia ingin mempercepatkan urusan kami. Namun saya tetap bersangka baik memandangkan dia adalah seorang agamawan dan datang dari keluarga yang baik2.

Dia merancang untuk bernikah pada oktober ini tetapi saya dan keluarga tidak bersetuju kerana terlalu cepat memandangkan adik dan abang saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan awal tahun lalu. Jadi keluarga dia tetap ingin mengikat kami dengan ikatan pertunangan. Keluarga sata bersetuju.

Namun, apa yang menyebalkan saya, ibu dia telah menghantar wasap katanya ingin berkenalan lebih lanjut dengan saya. Saya okay sahaja. Yang mengejutkan, ibunya mohon bantuan saya untuk duit hantaran. Katanya anaknya tidak mampu. Sedangkan nilai hantaran itu anaknya yang tetapkan pada ibu saya.

Saya tidak menjawab pertanyaan itu dengan harapan ibunya faham yang saya tidak mahu campur tangan. Selain itu ibunya turut memberi pelbagai amaran halus mengenai anaknya. Termasuklah jangan memberitahu anaknya mengenai perbincangan wang hantaran itu.

Ibunya memberitahu anaknya sensitif, tidak boleh berkasar, tidak boleh cakap begitu begini yang menjadikan saya meluat dengan mesej2 ibunya dimana jelas menunjukkan saya perlu berusaha sebaik mungkin tidak melukakan hati anaknya.

Ibu saya sendiri tak pernah warning mana2 menantu sedemikian rupa apatah lagi bertanya mengenai wang hantaran. Yang mahu cepat nikah anaknya. Sata telah memberi cadangan supaya kami kumpul duit dahulu skiranya dia tidak mampu namun dia tidak bersetuju. Perkaraini berlarutan sehinggalah selepas kami bertunang.

Pelbagai perbincangan mengenai perkahwinan saya ajukan kepadanya. Namun apa yang saya dapat adalah jawapan dari ibunya! Dia mahukan anak ramai, mahukan bantuan saya buat kerja rumah, iron baju kerjanya, dan pelbagai lagi kerja surirumah tetapi tidak mahu saya berhenti kerja dan perlu bahagi dua untuk duit sewa rumah.

Kemuncak kesabaran saya terus diuji. Ketika saya sedang bekerja dan mesyuarat, dia call dan wasap tanpa henti sehingga menjejaskan saya. Ya saya akui, saya jawab call dan meninggikan suara mengatakan saya sedang bekerja lagipun saya dah share lokasi, laporan bergambar dan maklumkan keadaan saya yang akan sibuk untuk hari itu.

Ya selepas bertunang saya perlu melakukan itu; maklumkan sekiranya keluar, share live location, laporan bergambar tempat dan diri sendiri. Atas dasar hormat dia sebagai tunang saya lakukan. Namun dia tetap tidak faham dan kami kerap bergaduh kerana isu ini.

Dia juga tidak suka sekiranya saya ajak berbincang. Dia akan mengugut saya, psycho saya dan mengungkit pelbagai perkara sekiranya saya memulakan perbincangan. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyatangi diri saya sebelum orang lalu meninggalkan dia. Terlalu banyak yang dia sembunyikan dari saya tapi bercerita sepenuhnya kepada ibunya.

Antara yang saya tidak ulas disini adalah, pengakuan beliau menggunakan dadah, syarat2 ibunya (arahan) kepada keluarga saya untuk majlis bertunang (apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa majlis; sepatutnya urusan keluarga perempuan), dan segala mesej2 ibunya yang menyalahkan saya 100% atas kejadian ini.

Kepada yang bakal berkahwin, silalah jujur kepada pasangan anda, berbincanglah berdua dahulu sebelum melibatkan pihak ketiga, bertanggungjawablah terhadap segala yang dibincangkan kerana ini untuk masa depan bersama. Kepada wanita2, jangan dikaburi indahnya serban di kepala kerana di hati tetap tak sama.

Kepada bakal mertua, hadkanlah campur tangan urusan anak2 terutama yang sudah punya pasangan. Benar, anak itu acuan kita namun pasangannya itu juga punya acuan yang sendiri.

Cubalah sama2 mencari keserasian dari mencari pebezaan dan mahukan pasangan anak kita terus mengikut acuan kita. Tak salah menasihati, cuma dengarlah dari kedua belah pihak. Janganlah diserbu pasangan anak itu seolah kita pasti punyai bukti salahnya dia.

InsyaaAllah, saya doakan awak berjumpa dengan jodoh yang baik dan mak awak berjumpa menantu pilihan yang menyenangkan hatinya. Sungguh, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

– Miss B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *