Pernah dengar tak peribahasa tu ?
Ya, kerana mulut badan binasa, kerana lidah yg keluarkan kata2 yg tajam jadi asbab apa yg terjadi pada diri sendiri.
Aku nak cakap. Kita ni manusia. Jaga mulut kita. Hati2 bila bercakap dngn orang. Hati2 bila bercakap tentang soal sensitif orang lain .
Apa isu sensitif ? Kalau perempuan.
1) Hal kahwin. (konon2 sesama member then sbb tinggal dia ja tak kahwin lagi so tak habis2 bahan dia ) .Bahan tu macam mna ?Bahan tu bila kau guna satu isu untuk ketawakan seseorang. Bahan la hang ni tak laku la ,kena make up tebal la ,kena buat itu ini la .Atau pun bahan sebab sikap dia clumsy ka jenis terlalu lemah gemalai ka. Atau guna kan sikap dia untuk korang ketawakan buat bahan jenaka .well sesama kawan ni bila buat lawak bahan bagai mana nak perasan kan. Yang diorang tau. Benda lawak benda kelakar.Tp ada hati yg terasa ada hati yg pendam atau dendam .
Kawan2. Hati2. Manusia hati lain2. Ada 2 perkara aku nk sampai kan .Pertama .Mana tau sebab dah selalu kena bahan selalu terasa hati dengan korang .Dia tu p jumpa bomoh sihir keluarga korang ka. Atau maybe dia DOA Allah bagi petunjuk kepada Korang. Dan maybe petunjuk Allah datang melalui korang susah murah rezeki ,selalu gaduh laki Bini . Jadi kalau korang baru saja sakit kan hati sesiapa kawan2 korang. Pastikan minta maaf kalau terlanjur kata .Jangan buat macam tak dak apa la .
2) Atau maybe korang buat lawak isu kawan korang kahwin bertahun Tp still x dapat anak ka muka suami dia gelap la komen pasal anak dia muka sepet mcm haiwan ni la itu la..
Eh hello .korang dah besar panjang kot .Patut ka buat lawak isu2 ni ? Mana akal yg waras korang ? Kadang2 Allah bagi Ayu jadikan setiap perkara ada hikmah bukan saja2. So stop la cakap2 macam tu kawan2 korang. Dia dh kahwin berapa lama sekalipun ,anak lembam ka ,muka suami dia mcm muka pecah rumah ka .stop la buat lawak isu2 ni. Sensitif kot. Maybe ada orang lain tak kisah korang nk bahan anak dia ka suami dia ka diri dia ka .Tu terpulang la.
3) Isu Taraf Pendidikan.
Ada orang kan mentang2 dia ada degree .Dia punya berlagak tu Masha Allah .kat sini aku nak nasihat la. Taraf Pendidikan tak menentukan sikap korang .korang pandai budak 4 flat sekalipun kalau sikap dan mulut korang macam longkang busuk orang tak hormat la .setakat kawan sebab terpaksa. Tolong la hormat orang lain. Jangan sebab kau ada SPM ka diploma ka Masuk Matrik ka ,degree atau ijazah ka Jangan jadikan semua ni sebagai tiket untuk korang berlagak angkuh .
Kalau korang dah kerja .Sikap korang macam ni .Trust me .orang2 sekeliling kau tak kan suka kau .Bukan dtng dari mulut orang Tp dari sikap diorang layan kau . Orang pun ada hati kot .Hari2 nk terasa dngn kata2 hg yg berlagak sbb Taraf Pendidikan penat la .Tolong la. People will stay away or build gaps from you because of your mouth .Ataupun sesiapa yg kerja bawah kau akan resign in short term .Fikirlah. Kau maybe tak sedar la kan. Sbb ingat diorang yg tak suka kau padahal sebab mulut kau tu .
Mentang2 belajaq sampai itu sampai ini Ambik MUET ambik exam itu ini punya la berlagak siap ketawakan lagi bila orang salah cakap atau salah buat sesuatu .
For you funny. For other annoying.
4) Kawan korang cerita dia dapat rezeki ka dapat tuah ka then your reaction kt chat just
“Hahahaha ok ” or “oh ok “. Or knpa kau mngandung lagi susahkan suami kau ja nak cari duit or kau persoalkan knpa dia yg layak sedangkan kau rasa kau yg dh usaha .Then nnti if kat group wssup be like “krik krik ” .sbb ? Kau buta tak nampak orang lain trkejut dngn reaksi kau.
Korang kan kalau tak tau nak jawab apa bila kawan korang bagi tau berita gembira ka apa ka .ucapkan la tahniah ka alhamdullillah ka. Itu ja. Pastu korang nak diam seribu tahun pun diam la .Ya. Betul ada orang tak ambil kisah pun korang nak wish ka nk ucap tahniah ka apa ka. Tapi ni common sense la .
Dah jadi perkara biasa bila dapat khabar baik ucap tahniah ,tumpang happy. Bila dapat berita buruk ucap takziah ,tumpang simpati .Kalau tak tau nak buat apa nak balas apa .Jadi ja kayu krik krik .
Mana la tahu sebab respon korang ni ada kawan2 terasa hati sampai bertahun2 .Dan maybe ini menjadi asbab kenapa korang susah dapat apa2 ka. Aku bukan nak back up sesapa. Tp ni betul2 terjadi pada aku .dan pada segelintir kawan2 yg aku lama Perhatikan .
Situasi 1 : time spm kawan2 semua cita2 nak masuk U bagai yalah kan konon2 budak pandai.Tp selamba ja diorang ckp kat aku “ko mesti x dapat mana2 U sbb ko kan ada gagal la tak pandai la “. Serius aku sentap sampai harini tak boleh lupa .Dan sekarang ,kawan2 yg ckp aku mcm tu ,semua tak masuk U pun. Aku pula langsung x jangka aku masuk U. alhamdullillah masuk U . Bukan nak berlagak atau apa. Tp fikir la sendiri.
Situasi 2 : Ada kawan ni. Dia ketawa la bila aku cerita aku dah pregnant anak ke 5 .Dia kata seolah2 macam mempersendakan aku .seolah2 nak cakap apa la anak banyak nanti duit pakai banyak. Nanti parut penuh perut suami tak lalu la nanti gemuk badan la apa la . Walaupun sentap Alhamdullillah lega bila semua anak selamat lahir .Aku tengok dia masih belum ada anak .Bukan nak ckp sbb aku terasa ka apa. Tp cuba fikir satu sudut . Dia smpai Tanya “ada sesiapa pernah terasa hati dngn saya tak ? Mana tau sebab tu rezeki anak tak sampai lagi “. Dan selepas saya jujur mngaku pada dia pasal kisah dulu. Dan dia dah minta maaf dengan sungguh2 sangat sampai aku terharu serta sebak . Dia mngaku dia cemburu dan tak boleh tengok Orang lain lebih dari dia .Alhamdullillah sebulan lepas tu dia susahkan pregnant anak kembar 3 .
Maksud aku kat sini .Tak kisah la sesiapa pun sekeliling kita .Jaga mulut kita jaga kata2 kita .Kita anggap kata2 kita remeh atau saja nak sakit kan hati orang lain. Tp secara tak sedar kata2 tu akan makan diri kita balik.
Sentiasa muhasabah diri kita. Minta maaf tak jadikan kita hina .Dan memberi maaf tak akan jatuhkan maruah kita .
5) Kata2 tu doa. Maybe kita pernah doa supaya kwn kita ni dapat musibah la apa la .Tp secara tak langsung doa tu terpantul balik pada diri kita .Doa lah baik2 pada orang lain .Malaikat akan Amin kan dan minta Allah tunaikan Doa tu untuk diri kita juga jika kita doakan saudara kita tanpa pengetahuan dia .
6) Ya faham .Ada orang jenis cakap kasar jenis mulut sehari tak mencarut tak boleh .Ada juga jenis sehari tak ketawakan orang lain dia m cacing kepanasan.Sampai dia tak sedar kata2 dia dah sakit kan hati orang lain. Dah hina dah sendakan orang lain .Hati2 .Sesiapa yg jenis kasar jenis jalan hentak kaki jenis muka ganas ka apa ka tolong HADAM baik2 confession ini .
7) Kawan kau tak ada boyfriend tak couple. Then kau ketawakan dia kau cakap dia kuno la tak maju la tak laku la. Kau solat 24 jam Tp mulut macam ni kau tak rasa bersalah ka ?Biarlah kawan kau x nk couple ka x dak boyfriend ka. Kenapa nak sibuk ? Ataupun bahasa mudah sikit kau gelak2 dan cakap ” aku ni ada la orang nak dari kau tak dak langsung “. So is it funny ?
8) Ataupun mentang2 kau terror BI bila kwn2 kau salah sebut kau gelak bahan dia .Ingat lawak ??Ilmu untuk dikongsi bukan untuk dijadikan perisai kau berlagak angkuh dengan kata2.
Lastly. Kalau tak mampu berkata2 baik DIAM, kurang dosa. Tak sakitkan hati siapa2. Mind your words before late. Jadilah manusia yg mampu disenangi ramai.
Oh. Ada apa2 lagi yg sensitif ? Yg boleh buat kaum hawa atau kaum Adam terasa ?
– Mawar merah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit