Kerana Mulut Badan Binasa

Hi readers. Tajuk luahan aku kerana mulut badan binasa.

Peribahasa ini sebenarnya sebagai peringatan kepada kita semua untuk berhati-hati dengan lisan. Sebab terlalu banyak kes, semuanya bermula dengan mulut hingga akhirnya terjadi perkara tak diingini. Seperti kematian contohnya. Nauzubillah.

Semoga kita semua menjadi manusia yang sentiasa berhati-hati dalam bercakap. Kadang2 mungkin tak sedar percakapan kita mengguris perasaan orang. Manusia ni kompleks. Pemahaman kita dalam komunikasi boleh jadi berbeza bila latar belakang berbeza.

Kalau kau tinggal di India, bhabi tu maksud dia kakak ipar… kalau kau panggil kakak ipar kau bhahi dalam keluarga Melayu, makan penampar lah kau jawabnya. Maafkan aku kalau aku tersalah.

Sebab perbezaan macam ni lah, Islam suruh kita bergaul, bukannya jadi katak di bawah tempurung. Kenal manusia pelbagai. Tak adalah syok dalam kelompok kita sahaja. Berbalik kepada tajuk aku. Aku nak cerita macam mana peribahasa ini telah disalahguna oleh ahli keluarga aku.

…..

Ceritanya, aku ada kakak. Kakak aku ni Y, seorang yang baik tetapi tegas. Berdikari. Mungkin kerana kakak aku ni pandai, dia yang berani break the curse dalam family.

Bila kakak aku bercakap benda yang family aku tak boleh terima, dari situ 3 orang adik beradik aku yang lain mula buli kakak aku. Bagi mereka, kerana mulut badan binasa. Jadi tiket kepada mereka untuk buat jahat kepada Y. Betapa tak matangnya mereka. Padahal umur dah 30-40 an.

Adik beradik aku yang tak berapa matang ni aku namakan mereka F, U, A. Ini antara sebab kenapa belajar tu penting. ini merupakan faktor utama kepada perangai tidak matang mereka.

– U

Pernah satu hari keluarga kami pergi ke masjid untuk program ceramah. Kakak aku Y duduk sahaja di luar. Kakak aku ni sebab family kami toksik sangat kut, kakak aku kurang komunikasi.

Tiba2 abang aku si U ni bila dah balik, dia boleh sindir Y. Kenapa tak naik ke masjid, badan kepanasan ke kalau naik masjid? Padahal kakak aku uzur masa tu. Kan orang uzur tak boleh naik ke masjid. Aku malu sendiri dengan kebodohan abang aku.

– A

Ni kakak aku A. Perangai suka melaga-lagakan orang. Tapi kalau pembaca kenal dia di luar mesti tak percaya. Tuannya nampak pendiam dan baik sahaja. Cakap pun manis. Ada tahi lalat di bibir. Ni pun suka sindir2 kakak Y.

Kalau kakak Y buat air, bab over reaction bagilah dekat si A ni. Kalau tak sedap air yang Y buat, reaksi dia seolah-olah minum air basi, dia punya over tu. Padahal elok ja aku minum. Elok lah perangai melagakan orang burukkan org dia tu, dah berjangkit dengan anak saudara aku.

Umur baru 7 tahun dah pandai buat cerita fitnah orang. Dia yang buat, dia tuduh orang lain buat. Nak ja aku bagi penampar anak buah aku tu biar sedar sikit. Risau bila dah besar jadi tak sedar diri macam mak dia.

– F

F ni lagi kelakar. Dia tak ada isu pun dengan Y. Tapi sebab kakak dan abang aku tu jadi contoh tauladan tak baik, dia pun ikut sama. Support member laaa konon-kononnya. Lepas tu up status, memang hidup aku ni nak kena puaskan hati semua orang ke?

Masalahnya, tiga2 ni, mulut pun boleh tahan juga. Menyindir, mengata orang. Lepas tu kau nak salahkan orang. Kau provok orang, bila orang balas kau tak boleh terima. Lepastu pedajal hidup orang. Lepastu setiap post kau, kau buat #keranamulutbadanbinasa.

Hidup jangan seronok buat orang. Nanti bila benda tu datang balik kat kita.

Jaga mulut sendiri sudah. Tak perlu nk betulkan mulut orang. Kalau mulut sendiri pun sumbing.

– Kupu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *