Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-reunion/).
Salam semua. Aku Bulan yang confess sekerat hari tu. Janganlah marah aku. Kita ni manjahhh… Haha.
Anak aku memang nangis bergaduh tu. Yang perempuan tu typical perempuan betul. Gaduh tarik rambut.
Aku risau karang jadi drama WWE pulak. WWE drama ke? Entah. Aku hentam je.
Okey sambung.
Esoknya, ada nombor tak dikenali mesej aku. Aku copy balik sini tapi aku betulkan ejaan la sebab ejaan dia banyak short form.
“Salam. Bulan kan? Saya Aliyah. Saya minta berhentilah ganggu rumah tangga saya. Suami saya si encik A (bukan nama sebenar) tu dah tak serupa orang dah. Kalau Bulan terus ganggu begini, saya tak teragak-agak nak viralkan!”
Eh? Ni salah orang ke apa? Bila pulak aku ni buat percubaan menyondol rumah tangga orang? Risau pulak aku nak viralkan aku ni.
Benda online, sekali kau upload get ready je la benda tu untuk bersemadi selamanya online, unless internet dah tak wujud kat dunia. Malu ke cucu cicit karang.
Sebab tu suami aku pesan, kalau marah ke gaduh ke dengan sesiapa jangan update status kat socmed. Hantar Whatsapp kat diri sendiri.
Lepas sebulan, cuba baca balik luahan amarah sendiri tu. Mesti rasa buruk benar dan menyesal emo entah apa-apa.
Jangan nak meluah tak ketahuan hala kat socmed. Zaman sekarang orang screenshot. Jaga aib diri dan orang tersayang. Gitu.
Sambung balik.
Entah kenapa. Time tu aku banyak minum susu kut. Otak aku cepat berhubung. Aku terus teringat dekat Aliyah yang jadi punca aku lari tidur kat rumah mentua aku ni.
Rupanya, yang selalu mesej aku tu suami kepada Aliyah yang sebenar ni. Bila dia sebut encik A, aku baru teringat.
Dia ni mamat yang sama yang suka selit surat bawah alas plastik lapik meja tu. Alah, alas clear plastic zaman dulu tu. Yang lahir tahun 90-an mesti tau.
Aku tak layan sebab aku rasa macam cringe gila. Ada tulis sajak cinta-cinta. Kadang-kadang lirik lagu Newboyz, Boboy, Antz, Spin semua dia tulis selit kat situ.
Confuse aku. Nak suruh aku nyanyi ke apa? Aku kalau nyanyi, katak pun boleh pekak dan maki aku.
Punya tak sedap sebab cara aku menyanyi dan bersyarah macam tak ada beza. Tapi aku anggap tu cinta monyet je la.
Encik A ni kategori ada rupa sebenarnya. Tapi tu lah. Baru tingkatan satu kut. Umur tu aku masih main sep tiang dengan kawan-kawan. Tak de kerja nak bercinta. Kemenangan main sep tiang tu lagi syok.
Dia ni pun ramai peminat. Ada kakak angkat dia siap conteng dinding sekolah guna marker tulis nama aku nama kelas aku dan carutan untuk aku.
Satu dinding tu merata perkataan hinaan untuk aku. Bayangkanlah… Time tu aku rasa nak pakai topeng otomen pergi sekolah.
Lama jugak nama aku bersemadi kat dinding tu. Lastly, pihak sekolah cat baru dan seorang cikgu seni ni lukis mural kat situ.
Lagi lah aku rasa tak minat dia. Sebab dia, satu sekolah tengok nama aku dicarutkan kat situ. Dah serupa batu bersurat kat muzium ramai orang tengok.
Mana aku tau kakak angkat dia buat? Sebelum hujung tahun aku pindah, ada senior ni datang jumpa aku. Dia minta maaf dan mengaku dia buat.
Dah berpuluh tahun kan? Patut dah move on je sebab masing-masing dah tua dan dah kahwin pun. Aku pun sampai terlupa dah watak dia ni sampai la Aliyah yang sebenar confront aku.
Aku reply Aliyah yang sebenar dan screenshot semua mesej. Alhamdulillah aku tak save nama encik A, jadi nama Whatsapp (love)Aliyah(love) tu jelas terpapar kat screen shot aku sebab banyak mesej yang aku reply je.
Kiranya, bukan aku yang initiate untuk mulakan sembang.
Dasar betul.. Kemain konon sweet letak nama bini kat Whatsapp. Profile pun gambar kahwin sampai aku terpedaya ingat dia perempuan. Hampeh…
Aku minta maaf kat Aliyah. Aku tak de niat nak kacau rumah tangga sesiapa. Dan aku pun ingat Aliyah yang Whatsapp aku tu perempuan!
Aliyah sebenar tu mengadu kat aku. Dah dekat sebulan encik A tu mabuk cinta macam orang gila. Dalam galeri phone penuh gambar aku. Aliyah tunjuk gambar-gambar yang dia snap dari phone suami dia.
Aku ni bukan model dan aku bukan kaki selfi. Aku sedar diri aku ni level muka awam je. Aku tengok gambar tu semua dia ambil dari IG aku. Gambar pun aku tak de sorang-sorang. Dengan husband, dengan anak.
Tapi si encik A senget ni pergi crop insan-insan sekeliling aku dalam gambar tu. Siap ada gambar yang pixelated sebab dia crop tu. Gitu pun jadi.
Lepas tu Aliyah call aku. Kesian pulak aku dengar suara dia nangis. Aliyah cerita malam tadi suami dia tak balik. Laki dia kata dia tidur kat rumah aku. Gila!
Aku bagitau Aliyah aku kat rumah mentua aku dari semalam. Aku siap cakap boleh video call aku time tu.
Aku ada bukti. Berani kerana benar. Aliyah setuju.
Aku pun terpaksalah datang kat mama yang tengah potong pokok kat halaman. Aliyah tanya mama, aku menantu dia ke. Mama cakap ya.
Aliyah tanya mama, bila aku datang rumah mama. Mama cakap pagi semalam.
Fuhhh.. mujur Allah lorongkan aku balik rumah mama. Tak balik rumah sendiri. Mama jawab semua soalan Aliyah lepas tu pandang-pandang aku kerut dahi.
Mestilah pelik. Wartawan mana nak interview dia tanya fasal menantu dia ni? Aku bukan artis pun. Influencer pun bukan.
Lepas siap video call tu, mama terus letak gunting pokok dan panggil papa. Aku faham dah. Mesti macam-macam mama nak tanya. Kami duduk sama-sama dekat meja batu.
Sambil tu hadap pizza aku yang keras sebab menguli dengan hati yang tak tenang. Mama suruh spill the tea bak kata orang Maran.
Aku pun cerita kat mama apa yang berlaku. Start dari jumpa Sarah, group Whatsapp, fasal reunion dan semuanya sambil nangis-nangis.
Tangisan aku tu saling tak tumpah macam menangis salam-salam pagi raya. Penuh penyesalan gitu.
Menyesal wei aku terlayan Aliyah palsu tu.
Mama peluk aku. Papa pulak suruh aku report polis sebab rasa encik A tu macam membahayakan je.
Tapi masa Aliyah video call tadi, Aliyah ada merayu jangan report fasal husband dia sebab husband dia ni kerja gomen tau. Sebab tu dia tau details aku hanya dari no plat kereta je.
Aliyah kata dia takut suami dia hilang kerja. Lepas tu Aliyah ni pun tengah mengandung dan ada empat orang anak lagi yang kecik-kecik.
Aliyah ni pulak surirumah macam aku. Aku faham perasaan kena bergantung pada suami tu macam mana. Kesian dia.
Papa diam je bila aku cerita situasi Aliyah. Tapi papa cakap beritahulah suami aku. Minta pendapat suami aku macam mana.
Time tu jarak suami aku dan aku ni beza 14 jam. Time aku tengah tidur tengah malam, time tu dia lunch break.
Aku ni bersengkang mata sebab tunggu anak tidur dulu dan nak heart to heart menaip panjang kat suami aku. Nak video call tak boleh sebab time tu internet dia macam tak stable sangat.
Kang macam ayam dan itik. Aku dah cerita part lain, suami aku baru tanya benda yang aku dah cerita 5 minit lepas. Aku tak boleh. Aku baran karang.
Jadi aku ambik keputusan untuk Whatsapp je la.
Husband aku cadangkan aku jangan balik dulu rumah tu sebab risau keselamatan aku. Lepas tu, jangan keluar guna kereta merah kesayangan aku tu. Pakai kereta lain. Pinjam kereta adik ipar.
Lepas tu, husband aku discuss dengan papa untuk jual kereta tu. Beli kereta lain. Sedih aku wei. Aku sayang kereta tu.
Husband aku pujuk dia belikan model yang sama, warna yang sama tapi versi upgraded la sebab kereta aku model lama.
Nombor phone aku pun aku tukar. Si encik A tu aku block nombor dia. IG Tiktok aku delete. Tinggal FB aku je la yang dah capai friend limit tu. Lepas tu semua pos aku set friends only.
Aku kena ada FB. Kalau tak, mahu aku terputus dengan dunia luar dan isu semasa. TV kat rumah tu memang anak-anak aku wartakan tu depa punya. Kartun memanjang.
Gambar aku dekat medsos, semua aku delete. Aku jadi seram pulak ingat si encik A ni gigih crop gambar aku. Bayangkan kalau aku ni kaki selfie, entah apa pulak dia buat dengan gambar tu semua.
Dan aku baru sedar dan faham, kenapa Allah perintahkan wanita ni untuk tidak terlalu menonjol di khalayak.
Aku pun time tu terpaksa hidup macam nomad. Kebanyakan masa aku memang duduk kat rumah mentua aku. Anak-anak aku happy sebab rumah mentua aku ada kolam, rumah aku ada baldi je.
Kadang-kadang aku tidur juga rumah aku. Mentua aku temankan. Tinggal lama sangat takut berhantu pulak. Alhamdulillah aku dapat mentua yang sayang aku macam anak sendiri.
Aku cuma kembali ke rumah aku lepas husband aku balik darat. Rindu wei kat rumah sendiri.
Selang beberapa bulan, Aliyah mesej aku. Dia cakap encik A dapat arahan kena tukar ke Borneo. Dia tanya aku ada report ke. Aku cakap tak ada.
Tapi entah. Aku rasa ni ada kaitan dengan papa mentua aku jugak ni.
Haaa tu je la cerita aku. Sekian…
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Akak baca kisah kau ni mcm roller coaster la dik. Kejap creepy. Kejap gelak2. penceritaan menghiburkan. dan akak suspect kau ni lawa orgnya. kalau tak, takkan la sekolah setahun je tp org ingt lg lps 20 tahun. gittew.
Masuk part 2 aku dapat rasakan ni cerita rekaan . Tapi engko berbakat lah dik tulis cerita genre misteri.
wei gila ar, aliyah tu lelaki eh??? saitonnnnnnnnnnnnn
nasib baik terbongkar dan sis selamat.. ok tamat cerita
seramnyaaa lahai… nasib baik takde kejadian buruk yang berlaku. aku syak akak ni mesti cantik hahaha. and even akak ni housewife tapi dia nampak educated & ada mertua yang educated juga. semoga yang baik-baik sahaja untuk sis sekeluarga ya! betul, kalau libatkan reunion ni orang memang nak ambil tau hidup kita je sebenarnya, lebih kepada nak menyibuk. takyah layan sangat reunion ni, melainkan circle yang kita betul2 rapat je. or dapat invitation wedding ke ok la kan. lah panjang pulek comment aku ni hahahahah
Nice paperweights were initially made by expert employees within the glass factories in Europe and the United States in the course of the traditional interval (1845-1870.) Since the late thirties, a small variety of very skilled artists have used this art kind to precise themselves, utilizing principally the traditional methods of millefiori and lampwork.
https://telegra.ph/ehoftsfapj-11-04
In this case, you don’t need or could not have the area for a huge stroll-in shed.
https://telegra.ph/qxpqsuivsgilqh-11-03
These help you isolate the heat pump to prevent water flowing by it.
https://telegra.ph/xademmvhmkzetnxqtnu-11-03
She soon finds out that she is an “Earth Rabbit”.
https://telegra.ph/oghzdmldzke-11-03
When the music stops, whoever is holding the balloon is out and should do whatever the remainder of the group dares them to do.
Attach