Kerana RM1

Kecoh satu Malaysia pasal cadangan nak naikkan caj perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan milik KKM.

Bagi pendapat aku, eloklah kalau sediakan borang kaji selidik takpun survey secara online di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital itu sendiri.

Lantiklah NGO takpun volunteers untuk jalankan tugas collect info dan feedbacks ini.

Kalau boleh NGO mana yang banyak bunyi, suruh dorang conduct semua ini.

Jangan suruh doktor atau misi-misi pulak yang buat kerja camni. Nanti tuduh pulak bias dan berat sebelah.

Fitnah dan viral pulak doktor dan misi sibuk buat kajian lapangan sampai tak sempat check patients.

Tujuan kutip info dari pesakit di hospital dan klinik-klinik kesihatan kerana merekalah orang yang berhak bagi pandangan dan pendapat.

Kalau boleh dapatkan maklumat secara terperinci daripada pesakit-pesakit yang memang datang klinik dan hospital setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

Yang datang secara berkala pun perlu diberi perhatian. Mereka inilah pengguna tegar perkhidmatan tersebut.

Yang lain-lain itu perlu dipertimbangkan untuk kebaikkan bersama.

Mereka yang guna perkhidmatan ini sudah pastilah mereka lebih tahu keadaan semasa yang jadi di hospital dan klinik kesihatan milik KKM ini.

Kalau boleh dalam borang itu letaklah sebab halangan dan kekangan untuk melaksanakan kenaikkan caj perkhidmatan tersebut.

Daripada situ bolehlah kita tahu masalah-masalah sebenar pesakit-pesakit ini. Kenapa dan mengapa mereka tidak bersetuju dengan kenaikkan tersebut.

Dapatkan maklum balas direct dari pesakit macam ini lagi berkesan daripada minta rakyat Malaysia isi online sendiri.

Tengok sendirilah apa yang jadi bila disuruh isi online untuk permohonan bantuan yang kerajaan umum. Macam-macam rungutan diterima.

Nak lagi mudah,collab dengan JKM dan pegawai pejabat Adun. 2 in 1. Info boleh dapat on the spot dan urusan yang lain senang nak diatur.

Selalunya yang betul-betul susah jarang nak meminta. Selagi mampu, mereka bertahan. Di sinilah cadangan dan pertolongan dari pihak JKM dan Adun diperlukan.

Mungkin juga boleh di bawa ke parlimen untuk dibahaskan untuk peruntukkan. Masalah rakyat kot takkanlah nak didiamkan je.

Ikutkan aku pun setuju naikkan caj semua itu untuk penambahbaikkan. Sedih tengok fasiliti kat hospital.

Misi dan doktor kat kaunter buat kerja duduk atas bangku plastik lubang tengah seperti kedai makan Ah Cheng depan hospital.

Kerusi kat office korang lagi selesa dari mereka. Ada roda boleh pusing-pusing dan ada penyandar.

Tapi, aku tak boleh selfish. Bukan hari-hari aku pergi hospital. Kena faham keadaan orang yang tidak berkemampuan di kawasan luar bandar.

Yang datang ke hospital dan klinik kesihatan hari-hari untuk dapatkan rawatan. RM1 amat bermakna bagi mereka.

Yang aku bebel kat atas tu cuma cadangan aku sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Aku tahu akan ada yang tak puas hati dengan confession aku.

Tapi takpelah. Pendapat masing-masing.

Tugas aku sebagai rakyat Malaysia cuba untuk membantu,aku dah guna saluran ini untuk luahkan. Tunggu cadangan dari korang pulak.

Manalah tahu ada antara pembaca IIUM Confessions ini yang boleh kongsikan idea yang bernas kat komen.

Sama-samalah kita kongsikan pandangan dan cadangan.

– Jijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *