Assalamualaikum, aku tak tahu nak luah kan pada siapa. Aku rasa kosong sangat. Terima kasih pada admin yang sudi approve. Let’s straight to the point, Aku memang dilahirkan kurang dari segi rupa paras.
Yaa.. memang berkait rapat dengan self esteem aku. Aku sedih sangat-sangat. Dulu waktu aku belajar di uni aku selalu dipinggirkan sebab rupa ni. Aku takut sangat nak bercakap, bergaul dengan orang.
Sampai kan lecturer pun aku takut nak jumpa. Aku selalu dipandang hina sebab rupa. Bukan aku tak cuba nak dekat, nak bertanya permasalahan studies. Sesungguhnya lecturer tu sendiri yang memalingkan muka dari aku.
Hancur hati aku. Mungkin sebab muka aku ni hodoh sangat. Kalau dalam kelas pun aku selalu jadi bahan ejekan. Memang sepatutnya dekat uni semua orang matang kan. Sepatutnya tiada benda macam ni kan.
Begitu juga sewaktu aku praktikal dulu. Benda yang sama berlaku, di beza2 kerana soal rupa. Bukan aku yang sensitif tapi kita rasa bila orang benci tengok kita. Bila orang palingkan muka daripada melihat kita.
Aku dapat banyak interview kerja dan sewaktu ni pun soal rupa aku turut dipertikaikan. Aku cuba confident dan aku pasrah. Mesti ramai yang rasa benda ni hal kecik je kan.
Tapi pada aku sangat menyakitkan. Tiada keyakinan diri ni macam mayat hidup. Buat apa pun tak jadi. Bukan aku tak cuba aktif join macam2 kelab, baca macam2 buku motivasi.
Aku cuba, aku cuba dan hati aku sering hancur bila selalu dibeza2 macam ni. Kadang2 aku pujuk hati aku, takpelah aku masih ada family. Biarlah orang luar tak hargai aku. Mungkin diorang ada masalah masing2 sampaikan soal rupa aku ni jadi bahan gelak je.
Bila aku balik rumah family aku. Benda yang sama jadi jugak. Aku masih ingat pakcik aku gelakkan rupa aku ni. Aku ingat lagi.. aku sedih sangat. Aku ingat family tak buat macam ni. Bukan dia sorang sedara2 yang lain pun sama.
Dulu waktu aku sekolah, aku kena cabut gigi. Aku ingat lagi doktor n misi2 kat situ gelakkan rupa aku. Sampai ada yang suruh aku buat pembedahan. Kejamm sangat. Mentertawakan kekurangan orang lain. Kejam sangat.
Tapi walau macam mana sekalipun. Aku selalu pujuk hati aku yang aku masih ada mama. Tapi sayang seribu kali sayang. Aku turut dibeza2 dalam adik beradik. Aku kurang dari segi rupa berbanding lain.
Inilah yang paling menyedihkan aku. Sampaikan aku tak mahu lagi memandang wajah mama aku sendiri. Aku kecewa sangat. Dah lama aku pendam derita ni.
Mama, kalaulah mama tahu. Adda nak sangat mengadu dekat mama. Adda nak sangat cerita apa yang adda lalui hari2. Adda tak cerita mama, adda pendam. Tahulah mama, adda nak baring kat riba mama. Adda nak nangis semahu mahunya.
Aku tak boleh buat semua tu. Mesti korang nak aku dekatkan diri dengan Allah kan. Aku buat, tapi kadang bila aku teringat balik apa yang orang buat kat aku, aku marah pada takdir.
Sampaikan kadang2 aku rasa kesilapan paling besar dalam hidup aku ialah meminta untuk lahir ke dunia ni sewaktu di alam rahim dulu. Aku tewas, hati aku hancur sangat2.
Aku rasa puncanya sebab aku kuat memendam. Aku pendam semua derita ni sejak kecil. Aku pendam derita dibeza2 ni sejak kecil dengan harapan masa dewasa segalanya akan berakhir. Aku silap.. aku semakin lemah semangat.
Aku tak salahkan sesiapa dengan keadaan rupa aku ni. Ini jalan hidup aku. Mungkin aku pemain watak ni dalam pentas dunia ni. Cuma aku tak tahu luah pada siapa. Sakit sangat dalam dada ni.
Aku harap korang semua doakan aku kuat menghadapi ujian aku ni. Aku tak mahu derita lagi ke neraka. Cukuplah di dunia ni. Sebab masih adanya persaan takut aku pada DIA yang buat aku tak buat perkara yang bukan2. Terima kasih masyarakat sekeliling aku.
Cukuplah aku yang terakhir.
Aku penat sangat2. Aku pendam dari kecik. Aku pura2 sabar orang ejek dan hina aku. Aku pendam dan pendam. Aku sabar depan diorang tapi ketahuilah aku selalu menangis setiap malam. Hina sangatkah aku. Tiada tempatkah untuk aku kat dunia ni.
Moga aku tak terlepas dari DIA. Doakan aku ye.
– Adda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit