Assalamualaikum, salam sejahtera semua.
Ini adalah cerita lama aku masa menuntut disalah sebuah universiti awam tempatan di utara tanah air pada tahun 1998-2002.
Dah 22 tahun pun cerita ni berlaku. Semuanya adalah cinta monyet zaman universiti. Aku belajar dalam jurusan teater dan sememangnya aktif berlakon teater.
Pada tahun 2000, aku terlibat dalam satu produksi teater di luar kampus. Turut terlibat adalah junior aku seorang budak perempuan yang agak genit, meletis dan comel jugaklah pada pandangan mata aku.
Sebelum tu, sebagai makluman ampa, berat badan aku masa ni 120-130kg, pinggang 60cm dan tinggi 182cm. Ampa boleh bayangkan lah kan? Betapa besaqnya aku.
Memandangkan produksi diluar kampus, maka terpaksalah aku berulang alik dengan motor EX5 dari kampus ke tempat latihan yang mengambil masa dalam 20 minit perjalanan.
Budak perempuan junior aku ni tak der transport. Maka motor akulah yang ditumpangnya.
Beruntung dia membonceng motor dengan aku. Kalau hujan dari depan, memang dia tak kena pasai badan aku yang besaq berjaya menjadi pelindung dirinya dari hujan.
Kalau orang tengok dari depan, nampak macam aku naik motor sorang. Tapi bila dah lepas, padang dari belakang baru nampak yang motor tu ada pembonceng.
Sepanjang sebulan latihan, hari-hari dah tumpang aku, maka secara tak sengaja aku dah mula ada hati kat budak junior aku nih. Aku selalu memendam rasa bila dia rapat dengan budak lelaki lain dalam produksi tersebut.
Dalam hati, aku kata tak boleh jadi. Aku mesti luahkan apa yang aku rasa terhadap dia. Nak tak nak aku perlu kuat untuk meluahkan isi hati aku pada dia. Pada aku, aku dah luahkan dan terpulang pada dia nak terima atau tidak.
Maka, pada satu malam dalam perjalanan pulang dari latihan, aku bawak dia pi singgah makan dulu. Aku bercadang nak melamar dia masa tuh. Dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi, aku meluahkan isi hati aku pada dia.
Dah habis makan, aku pun tanpa teragak-agak terus meluahkan isi hati aku pada dia. “Minah, aku suka kat hang. Hang nak dak kat aku?”
Dia terkedu dan memandang tepat ke mata aku. Aku debar dan rasa malu serta bersalah. Lepas tu dia mula senyum dan membalas “Awang, aku mintak maaf… Aku anggap kau seperti abang aku sendiri”.
Maka aku fahamlah isi hati dia. TAK NAK LAH TU KAN…. OK FINEEEEE… PASAI AKU GEMOKKKKKK… Aku senyum dan menerima hati yang terbuka.
“Oklah… jom balik” dia menggangguk tanda setuju. Atas motor dalam perjalanan balik ke kampus, kami diam tak kata apa-apa.
Kalau sebelum ni dia pegang pinggang aku yang memang tak berpinggang, malam tu dia pegang besi belakang motor jer. Macam jijik sangat kat aku.
Ok fine. Setelah aku hantar dia balik ke bilik, aku pon balik ke rumah sewa.
Dalam perjalanan balik atas motor, tanpa sedar mengalir air mata jantan aku. Dalam hati, aku berkata-kata “Kau tolak aku ya? Tapi tak salah kau… aku tau aku gemok”.
Malam tu jugak aku tekad yang aku nak diet. Sampai di rumah sewa, macam biasa aku akan mandi dulu sebeum tidoq. Sebab latihan teater berpeluh bagai. Berguling atas lantailah dan macam-macam lagi. Sebelum mandi, macam biasalah… aku berak dulu.
Masa tengah memerut tuh, duduk atas mangkuk tandas jenis jamban duduk. Sambil isap rokok, aku mengenang kembali peristiwa sebentar tadi. Masih tergiang-giang lagi kata-kata Minah. Aku terfikir bahawa aku perlu melakukan sesuatu.
Aku tak boleh biarkan kata-kata ini membunuh cita-cita aku untuk memiliki cinta. Ada orang kata cinta itu buta, tidak memandang rupa dan harta. Poooodddaahhhh!!! Dalam pada itu, aku melihat perut aku.
Wahhhh memang besaqqq tak nampak ‘adik’ kat bawah… hahaha… dengan kopek lebik berlemak melepek atas perut lagi. Memang hodoh aku tengok sendiri.
Aku tekad bahawa aku kena kurus. Aku jadikan penolakan cinta aku pada malam tu adalah turning point untuk aku kurus.
Selesai memerut, sebelum pi mandi, aku panggil housemate aku masuk toilet. Aku mintak dia tolong potong rambut aku. Cukur botak terus (rambut aku panjang paras bahu). Malam ni aku bernazar untuk kurus.
Lepas botak, aku berdiri depan cermin dalam bilik air. Ya Allah… memang tak elok.
Maka keesokkannya bermulalah hari-hari aku mengKuruskan badan. Aku mula jalan kaki dari rumah sewa ke kampus dan dari kampus balik ke rumah.
Segala urusan dalam kampus pun aku berjalan kaki jer. EX5 aku, aku bagi housemate aku pakai. Aku mula berjogging setiap petang.
Aku dah mula tinggalkan air manis, tinggalkan nasi hanya meratah sayur dan makan buah sahaja. Sekali sekala aku ambik roti.
Setiap malam aku sembahyang hajat mohon Allah bantu aku agar tetapkan hati aku untuk kurus dan bantu aku kurus. Isnin dan Khamis aku buat puasa sunat.
Macam-macam petua diet kawan-kawan kongsi. Semua aku amalkan dan ada satu yang aku nak share… amalan meminum campuran air sirih dan kunyit.
Power wooo.. (baca sampai habis… aku share kat bawah nah). Selama setahun aku menjalankan rutin-rutin tersebut. Dari berat badan aku 130kg, tinggal 70kg dan pinggang aku dari 60cm tinggal 32cm.
Terlupa nak sambung cerita lepas esoknya tuh, aku tetap bawa jugak budak junior aku tu membonceng motor pergi latihan teater. Cuma hubungan kami tak semesra sebelum ni.
Aku bawak dia sehingga hari pementasan berlangsung dan dia pun dah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang mamat dalam produksi tuh.
Hari-hari seterusnya aku tetap biasa dengan dia dan redho atas segalanya serta turut merestui hubungan mereka. Dengan boyfriend dia pun aku baik.
Aku anggap mereka macam adik-adik angkat aku jer. Tapi dalam pada masa yang sama, aku berharap agar hubugan mereka tak lama. Hahahaha… sebab aku masih ada hati dengan Minah nih. Puihhhh…
Jeng-jenggggg… Namunnnnn… ada satu kejadian yang membuatkan aku betul-betul kecewa. Ada satu malam, Minah dan boyfriend dia nih mai lepak rumah sewa aku.
Aku keluar sekejap pi beli makan. Balik jer rumah, aku tangkap depa beromen dalam bilik aku. Ya Allah… kecewanya aku. Namun aku tetap buat biasa. Tapi dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu bahawa hati aku remuk berkecai.
Aku mulai jauh dengan Minah. Di kampus pun aku akan lari dari dia. Dalam pada itu, aku tetap fokus dengan usaha mengKuruskan badan aku.
Sehinggalah pada semester akhir aku, (masa tuh aku dah kurus slim dah) Minah mai duduk depan aku masa aku tengah makan di kafe.
Aku tak boleh lari dah masa tuh. Minah minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni. Aku kata aku no hal… ok jer…dan Minah meluahkan perasaan dia kat aku semula… “Awang, ingat tak malam tu hang meluahkan perasaan hang kat aku? Aku sudi terima balik”.
Aku senyum… dan akau jawab “Ya… aku ingat… tapi aku pon anggap hang macam adik aku sendiri jer” aku bangun dan terus blah.
Tinggallah Minah keseorangan dan tercengang-cengang.
Lepas dah kurus tuh, penampilan dan keyakinan diri aku berubah 360 darjah. Aku jadi playboy kampus baq hang…semua awek aku berkawan… semua aku buat mesra… semua aku layan… sebab ada satu perasaan ingin membalas dendam terhadap wanita seperti Minah.
Aku juga pernah diambil oleh Syarikat Produk Kurus untuk jadi model iklan billboard dan majalah. Begitulah cerita cinta monyet zaman kampus aku…
Terima kasih tekun membaca.
Petua Sirih Kunyit :
Daun sirih 20 helai
Kunyit Hidup 1 genggam (Ikutlah dapat banyak mana pon dalam genggaman tuh)
Daun sirih diramas dan kunyit diracik-racik.
Masukkan dalam 1 periuk, buh air. Didihkan sehingga dapat 1 gelas.
Amalkan minum segelas sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Penggunaan boleh berulang sehingga air menjadi tawar.
– Omey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit