Kerana Saka, Pelamin Anganku Musnah

Thank you admin kalau publish tulisan ni. Nama aku Lili, bakal berkahwin lagi beberapa bulan, tp tiba-tiba parents aku decide nak cancelkan wedding aku, sebab katanya mak mertua aku ada saka.

So tulisan ni lebih kepada nak mintak pendapat korang pasal saka, sebab semalam aku ada baca kes yg supervisor sihir dia (https://iiumc.com/disihir-oleh-supervisor-sendiri/), and aku baca ramai yg komen macam mana dia boleh tahu siapa yg sihirkan dia sebab adab perubatan islam memang takkan bagitahu siapa buat and jangan percaya nama2 yg disebut. Aku terpanggil untuk tulis sebab bahayanya petik2 nama org ni, and dah terjadi pada aku pun. Sorry but this is gonna be long.

So berbalik kepada kisah aku, aku dah bertunang tahun lepas, tapi baru2 ni mak ayah aku baru first time pegi rumah bakal mak mertua aku (lepas dah diajak banyak kali) so.. this was the triggering point. Mak mertua aku bukan typical mak melayu yg layan sinetron, dia rugged and simple. Berbanding mak aku yg beradat so ada benda yg mak mertua aku cakap tu dia tak berkenan. So masa kat rumah tu parents aku rasa tak sedap hati lah kot.

Family aku ni memang dari dulu dah biasa pasal sihir2 ni, so nak dijadikan cerita, satu hari tu ada sorang ustaz ni dtg kat rumah, dia tanya bilik tu bilik siapa (bilik aku) and dia cakap tu ada gangguan kuat, referring to kain baju nikah yg bakal mak mertua aku bagi masa tunang. Kata dia mak mertua aku ada letak something. Untuk info korang mak aku dah kenal and berubat dengan ustaz ni lama, so long story short ustaz tu mintak gambar mak mertua aku, and dia “scan” kekonon mak mertua aku ni ada saka penunduk. Mak mertua aku ni akan control aku lepas kahwin so that aku dah tak balik rumah mak aku apa semua. So dia sarankan mak aku utk halang wedding ni. Apa lagi, parents aku pun jd tak tentu arah then decide nak putuskan lah. Serious sedih gila.

So macam2 la parents aku kata kat tunang aku, bakal mak mertua aku. Katanya dorang mandrem aku, sebab tunang aku ni suka hadiahkan aku macam2, tunang aku tu bukannya taste aku pun, dia pelik kenapa aku nak dengan tunang aku tu in the first place. Lepas tu ada beberapa company trip aku last minute cancelled(sebab company nak cut cost) mak aku cakap sebab saka penunduk dia tu la panas, menghalang rezeki aku. K. Power gila saka mak mertua aku ni sampai CEO aku on the other side of the world dia boleh pengaruh. Sedih sebab aku percaya Allah tu dah tentukan rezeki setiap satunya, aku tak kisah pun. Then, parents aku plan nak pegi putuskan weekend tu.

Lepas tu nak menambah perisa cerita ni, tetiba pulak adik aku accident teruk, meraung2 mak aku call aku dia cakap “tengok ni apa kau dah buat? Kau jangan berbaik dah dengan keluarga org tu, saka dia dah mengamuk”. Point mak aku saka tu nak halang mak aku datang putuskan sebab tu dia buat adik aku camtu. Sedih gila bhai time ni. Then weekend tu aku balik la nak tengok adik aku, masuk bilik je aku discover barang hantaran pemberian keluarga tunang aku kena selongkar, kain kena rendam dengan air ustaz. Bila aku cakap dengan mak aku, aku cuba explain and tenangkan dia boleh cakap kat aku “takpelah, mak tahu bukan kau yg bercakap ni, “benda” tu yg cakap so mak kena bersabar je lah”. Kau rasa? Dah la takdapat kahwin, kena kata dirasuk pulak.

Adik beradik lain? Hmm semua percaya je kat ustaz tu, basically I’m alone in this. So tindakan aku lepas tu, aku teruskan berdoa, mintak pendapat ustaz2 lain. Aku ada baca kalau nak tau ada gangguan ke tak, try pasang ruqyah and tengok ada tindak balas tak, kalau ada terus jumpa perawat islam, so aku pun layan aa ruqyah everytime everywhere, so result dia, nothing happened. Ni aku dah syak something pelik. Aku takde pulak sakit2 ke apa ke, kemaruk nak kahwin jugak ke sebab aku rasa mesti ada hikmah kalau takdapat kahwin sekarang, aku dah accept je. Cuma aku panas sebab aku ni kena tuduh sebagai bukan aku, tapi saka so family aku don’t bother apa apa yg aku cakap. Pastu berterusan tuduh family bakal mertua tu hantar benda. And aku risau je kalau terfitnah, berdosa!

So ustaz lain2 cakap, kes aku ni pelik sebab mana ada rawatan yg boleh tengok through gambar je untuk tahu seseorang tu ada saka, itu dah dikira menilik and syirik. Lepas tu, sepatutnya tak boleh sebut nama, ni memecah belahkan org. Aku refer pada Darusyifa through call dia cakap dorang hanya rawat kalau sakit, kalau nak semak2 orang ni dorang tak buat. At this point aku risau dengan akidah family aku lebih daripada wedding aku sendiri.

Next weeknya aku balik, aku pegi confront ustaz tu, aku tanya dia, apa yg dia dah cakap kat mak aku, sampai mak aku macam tak boleh terima qada dan qadar apa yg jadi kat adik aku, lepas tu salahkan org lain. Dia cakap dia tak pernah sebut nama, tapi bila dia tengok gambar mak mertua aku tu, ada aura2 negatif yg referring to saka ilmu, utk control aku. Pastu, dia kata kalau ada gangguan dia tak bagitahu pun siapa buat, cuma, dia suruh mak aku berdoa, kalau dia mimpi tu alamat Allah utk dia, so mak aku kena tafsir sendiri. Tapi bukan ke mimpi tu ada dari syaitan jugak? Especially bila bercampur emosi? Pastu aku cakap la, aku pun berdoa dari awal aku kenal tunang aku ni, tp takkan la aku takdapat apa apa petunjuk, dia cakap, oh ya alamat ni memang org tertentu je dapat, tak semua. K.

Pastu aku tanya la apa yg ada pada kain mak mertua aku bagi tu, dia cakap oh setiap sentuhan mak mertua aku yg bersaka ni akan hasil kan aura negative yg akan menghasilkan gangguan. Time ni aku dah pelik. Dah berapa banyak la aura negative mak mertua aku dah tersebar kat dunia ni? So aku cakap la, daripada memecah belahkan macam ni, kenapa ustaz tak suggest utk berubat je? Perlu ke pecah belahkan. Dia jammed dah, dia cakap “sy takda apa2 kepentingan pun, sy cuma nak tolong. Org melayu ni memang selalunya ada saka, ada yg tahu ada yg taktahu, macam sy sendiri (belah dia ke wife dia tah) ada saka tp sy takpa sy boleh control”. Masa ni serious aku nak cekik je ustaz ni. Dia boleh pulak kahwin yg ada saka. I rest my case and aku blah je. Nak balik tu mak aku suruh ustaz checkkan kete aku kalau ada pape gangguan (facepalm), ada satu barang mak mertua aku bagi dalam carboot aku, aku saja perati, DIA CAKAP CLEAN PULAKKKK KATA SETIAP SENTUHAN BOLEH JADI GANGGUAN!

Balik tu aku cakap kat mak aku semua point yg aku rasa pelik tu , mak aku cakap ni bukan menilik ni kelebihan Allah bagi dia, ustaz ni dah banyak tolong org kampung kita. Ustaz yg kau tanya tu ustaz mana? Betul ke dia tu? Aku nak argue pun tak guna last2 dia guna la ayat kata bukan aku yg bercakap tapi saka.

Tunang aku? Well aku cerita terus terang semua kat dia, dia cakap dia ok je sebab dia tak buat, nak jumpa ustaz ke jom la pergi, dua tiga ustaz pun boleh sebab dia dapat kan aku dengan effort dia, cara baik. Family dia pun dah tahu cerita sebenar, aku beranikan diri jumpa sendiri sebab sampai sekarang mak aku belum pegi putuskan, mak mertua aku masa tu excited prepare and book macam2. Aku rasa bertanggungjawab dari dorang tahu last minute. Dorang terkejut and tergelak tp dorang kesian sgt dekat aku.

Dorang pun takde motif nak buat aku macam tu, mak mertua aku siap peluk cium aku cakap “its okay, maybe tahun ni yg batal, tahun lain ada lagi. Ada hikmahnya semua ni. Enjoy your life, pursue your career” Sampai skrg mak mertua aku follow up tanya aku ok ke tak, pujuk aku suruh balik jumpa family sebab lagi aku jauhkan diri lagi la aku ni macam kena saka dia. Bagi masa kat mak aku. Dia nak cakapkan pun tak boleh nanti lagi teruk aku kena sebab mengadu kat dia. Serious weh lagi aku sedih takdapat kahwin dengan tunang aku, after all that happened dorang still boleh terima aku.

I wish aku boleh buka mata family aku, tengok hal yg sebenarnya, aku sedih la patutnya at this time dorang comfort aku sebab tak jadi kahwin, tp ni sikit2 dah nak buat aku benci tunang aku and salahkan family dia. Bagi aku kalau betul memang family dia buat itu antara dia dengan Allah, ini ujian utk family aku, aku yakin satu hari kebenaran akan tertunjuk.

Ada idea tak camne nak settlekan family aku ni?

– Lili

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *