Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku memendam untuk bercerita tetapi baru saat ini aku diberi kekuatan untuk mengeksprestasi apa yang terbuku dalam hatiku.
Aku Anne seorang suri rumah, mempunyai 4 orang cahayamata. Aku cukup sayang keluarga aku, anak2 aku. 10 tahun lebih usia perkahwinanku. Beza umur aku dan suami aku, dia 4 tahun lebih tua dari aku. Aku gelarkan dia K.
Sebelum berkahwin aku pernah bekerja. Selepas kahwin, hidup aku hanya fokus pada keluarga semata. Bukan aku tidak mahu bekerja, tapi disebabkan jarak anak2 rapat dan masih kecil aku membuat keputusan untuk fokus sahaja pada anak2, kini anak sulung 10tahun, yang ke 4 jarak jauh sedikit berumur 10 bulan.
Long short story, aku tak tahu nak mula dari mana, tapi setiap kali aku teringat namanya di mana2 hatta nama masjid sekalipun buat diriku trigger, teringat benda2 yang boleh buat hatiku terhiris seperti di siat2.
Aku terfikir, adakah aku salah berdoa? Terlalu sebut tak tahu makna, atau kebetulan? Aku selalu berdoa minta diberikan hidayah dan taufiq dalam hidupku.
Dalam tak sangka, Allah betul2 hadirkan seorg wanita bernama Hidayah. Sebagai skandal suamiku sendiri. Lucu bukan? Tapi itulah hakikatnya. Semuanya bermula bila K membeli kereta baru dan K cuba nak connect usb phone dengan player kereta, pap! appear 1 nama perempuan di situ.
Aku tak tegur, aku diam jelas nama “Hidayah”, K pulak tak panik tenang. Cepat2 dia cabut. Anak sulungku menyebut “eh siapa hidayah tu ayah?” Tiada balasan. Sunyi.
Aku bukan sejenis cemburu buta. Aku tak kisah kalau itu sekadar rakan sekerja. Dan aku tak menyoal satu pun dan aku ignore. Bodoh rasanya teringat balik kenapa aku tak cepat2 ambil no yang tertera di skrin tu.
Sehinggalah saat waktu ulangtahun kelahiranku, K ajak aku dan anak2 celebrate bersama, aku n anak2 seronok makan bersama seterusnya shopping, K belikan kasut sneakers kesukaanku walau harganya cecah RM400, lagi bertambah gembira dan sayang aku pada K. Akan aku jaga kasut ini sebaik2nya aku nekad.
Pulang sahaja ke rumah, aku berdua dengan K dibilik, aku mengusik, berseloroh, aku ada request 1 lagi untuk harijadiku harini K bertanya, jika boleh dia akan tunaikan. Aku minta untuk check phonenya. Terus wajah K berubah.
Aku cuba memujuk dan mengusik lagi, K macam endah tak endah tanpa memandang wajahku, aku dapat agak hint tu. Aku bertanya lagi jika tiada apa2, kenapa perlu sorok? K menjawab memang tak boleh kalau request phone banyak rahsia kerajaan.
Okey. Terus aku direct “abg, ada perempuan lain ke selain syg?” K terdiam. Lama aku tunggu jawapan. Pujuk dan pujuk akhirnya K mengaku Ye, ada. Aku masih tenang, aku tanya siapa? kenal di mana? Bila?
K menjawab semua pertanyaanku dengan jujur tanpa rasa bersalah K meluahkan hasrat ingin berkahwin dengan H. Aku? Tergamam! Diam. Mengalir air mataku sederas2nya. Rupanyaa sudah lama melamun cinta dengan H sejak anak no 3 hampir 6 tahun. Aku kecewa, aku rasa tertipu aku rasa aku dikhianati.
Kasut yang tadi nak saja aku lempar keluar. Aku jadi hilang pertimbangan. Ye, mmg salah aku sebab aku yang tanya. Tapi aku ambil peluang ini sebagai pillow talk dengan K memandangkan moodnya ok. Tapi aku tersilap, akhirnya menjerat diri sendiri.
H muda setahun dari K, H dan K hampir cecah usia 40an. Masih anak dara. Aku terkedu. Kenapa H? K cerita H dulu adalah crush junior di zaman universiti. So mereka berjumpa bertembung di masjid salah 1 universiti itu beberapa tahun lepas. Aku hanya senyum sinis.
Malam itu aku hilang pertimbangan, aku jadi benci tengok K sangat2 benci. Walau K cuba memujuk. Aku tetap diam seribu bahasa. Aku tak melawan cuma aku ignore.
Aku cuba korek lagi rahsia K n H, paling aku sedih ketika aku n K tunaikan haji 2 tahun sebelum itu, di padang Arafah, aku bersungguh2 minta maaf salah silap aku sepanjang aku jadi isteri K, apa kesalahan aku nak aku baiki, tegurlah aku. K hanya ignore. Dan aku bertanya K jika dia ada apa2 nak bgtau or luah pada aku. K hanya menggeleng.
Bila malam kejadian tu, K cerita semula dan jawab pertanyaan aku K bagitau waktu Arafah tu K doa agar aku lembut hati untuk terima H dalam hidup aku. Lagi bertimpa2 beban atas kepala aku bila aku dengar dari mulut K sendiri. Bertambah benci membuak2 rasa amukan dalam diri aku. Tapi aku masih kawal, sebab aku masih nak korek hingga aku dapat kenal wajah H.
Aku minta maaf aku tak boleh cerita details, sangat panjang untuk aku ceritakan. Sampailah beberapa minggu aku masih benci dengan K, aku cuba kawal marah aku, aku jaga anak2, masak, urus rumahtangga seperti biasa. Cuma K aku tak boleh tengok.
Sedih orang yang aku sayang susah senang dari kami zero bersusah payah dan berkahwin senang2 tipu aku main belakang aku hidup2. Oh ya, kadang2 K offshore, K pernah cerita waktu offshore K pernah vc dengan H. Remuk hancur hati aku macma2 aku terbayang. 1 soalan aku tnya K, pernah terlanjur? K jawab tidak.
Sedang diriku terumbang ambing huru hara uruskan anak2 sendirian, ketika K offshore atau outstation, K masih berani main belakang aku. Sangat kejam! Masih ada masa terluang. Bukan sibuk seperti didakwa! Kalau sibuk tiada masa untuk semua benda remeh ni.
Aku senang je, aku bukan menafikan hak berpoligami, tapi aku marah sebab aku di khianati. Tempoh percintaan mereka 4 tahun. Bayangkan ibarat ko bodoh sayang dia seorg sedangkan hati dia ada org lain. Sangatlah bodoh.
Sehinggalah aku confront sekali lagi dengan K, walau suasana mmg tegang, aku tanya K jika diberi pilihan, K memilih aku atau H, Kalau K memilih H, aku minta dilepaskan. Tanpa berfikir panjang, K terus tarik tangan aku campak bag pakaian aku dan anak2 untuk keluar dari rumah, K seolah2 dirasuk.
Anak2 waktu itu sudah tidur, K memaksa aku kemas pakaian, sehinggalah aku sendiri menangis kenapa kerana H kita berantakan. K memberi amaran kalau aku tidak keluar, dia sendiri akan keluar. Biar dua2 tak dapat jerit K. Aku tetap berkeras tidak keluar rumah, akhirnya K yang keluar dan K balik 2 hari selepas aku pujuk anak2 rindu dan tanya dimana K.
Aku cuba cari apa salah aku, aku gagal ke?Aku tak cantik di mata K? Aku dah tak berharga untuk K lagi ke? Sehingga aku tak putus asa aku confront lagi entah kali ke berapa tanpa aku serik untuk diherdik, selagi K tidak ceritakan punca utama K jadi begitu,
Akhirnya K bagitau, setiap kali pulang rumah topik aku cakap hanya rumah anak2, itu sahaja. Sedangkan H macam2 topik saling bertukar idea dalam bekerja. Buat pengetahuan H bukan sama bidang K. Dan bukan 1 tempat kerja. Sorng barat sorg timur.
Aku seolah rasa aku ni aneh, bosan betul aku ni sampai tak ada topik untuk aku borak punca isu K ada skandal. Aku cuba selepas itu cari 1 atau 2 topik hal semasa sebagai buah biacara sebaik sahaaj K pulang rumah. Mungkin boleh berubah. Sama sekali tidak.
Sebenarnya aku masih menjaga penampilan aku, walau aku di rumah. Bukan masih bau bawang atau selekeh. Aku sentiasa ready. K hanya makan, masakan yang baru masak. So aku akan pastikan aku akan masak timing K nak dekat balik rumah. Semua tersedia. Lauk nasi masih panas.
Sampai 1 tahap aku dah tak boleh tahan perangai K ignore aku, selepas kes keluar rumah tempoh hari. K dingin dengan aku. Tidak bercakap. Hanya anak2 K melayan. Aku dah tak boleh nak tanggung keseorangan. Terasa gila. Kadang ada waktu kami baik, kadang kami gaduh. Sehinggalah aku disahkan mengandung anak ke 4.
Sebelum kantoi skandal aku dah 2x keguguran, aku tahu akhirnya jawapan aku terjawab. Allah nak tunjuk, K ada perempuan lain. Allah tolong aku waktu itu.
Tapi bila mengandung kalini hidup aku double stress. K masih contact H. Aku mengalah, aku turutkan hasrat K untuk ambil H jadi madu aku tp aku nak balik rumah mak aku n anak2 untuk bertenang. Seminggu anak2 tidak ke sekolah atas masalah sampah ni.
Aku biarkan H buat keputusan, aku sudah lelah penat dengan semua ni. Dengan syarat, aku minta K bgtau H yang aku tgh mengandung. K setuju. Mak ayah aku hanya turutkan keputusan aku walau diorg tetap bantah tindakan aku. Aku fikir anak2 aku. Aku tak akan mengalah.
Aku minta K bawa aku berjumpa H, jika dia betul2 serius dengan hubungn ini. Malangnya, K maklumkan pada aku H sudah ada calon yang di cari oleh org tua H. Aku seolah tak percaya, tak mungkin secepat itu, bukan ke bercinta bagai serius hingga nak kahwin. Atau mereka berdua mereka-reka cerita untuk jaga perasaan aku.
Sehinggalah pada itu aku dah tak tanya lagi tentang H, aku selamat bersalin secara c – section, padahal anak2 aku sebelum ni semuanya normal. Alhamdulillah aku masih diberikan nyawa untuk jaga anak2 aku. Menangis aku terkenang adakah kerana asbab dosa aku melawan K selama ini.
K menjaga aku sangat baik waktu aku berpantang, ye hikmah aku nampak aku bersalin c-section, berbeza layanan K waktu anak2 sebelum ini bersalin normal. Dulu2 semua mak aku yang uruskan.
Aku ingat dengan aku mendiamkan diri selama ini, dan H pun sudah berkahwin, K tidak lagi contact H, ternyata sangkaan aku itu meleset.
Selepas beberapa bulan kemudian, waktu itu K bawa aku anak2 seharian keluar. Malam tu K minta untuk keluar atas alasan ada kerja perlu di selesaikan oncall meeting dari platform. K tak boleh buat kerja di rumah kerana ketika itu aku di rumah mak aku dan ada adik beradik lain riuh rendah berkumpul.
Okey tak mengapa aku faham kerja dia. Aku hulur tangan salam dan pesan pada K lepak mana2 maklum pada aku. Dan jangan balik lewat sangat. Setengah jam kemudian, aku check phone K masih tak bagitau lokasi dia lepak, dan aku msg K sepatah.
Aku terdetik teringat phone anak aku siang td tertinggal dalam kereta dan aku check location phone ternyata K going somewhere by LRT. Aku sangat terkejut, hati aku bercampur baur. Masih pilih untuk tenang tanpa spoilkan mood family adik2 aku lain di rumah.
Aku perhatikan lokasi phone hampir sejam tempat yang sama. Kemudian barulah K reply, dia lepak area kawasan rumah aku sahaja. Aku hanya menggeleng kepala memaki dalam hati. Masih tidak jujur lagikah?
Sampailah K tiba dirumah, lewat 1pagi aku bertanya K ke mana, jawapan masih sama. Lepak area kawasan berdekatan. 2, 3 kali aku minta K jujur, K masih lagi menafikan. Aku bagitau phone anak dalam kereta, jangan tipu aku, terus air muka K berubah.
K ngaku K pergi berjumpa H. Sekadar hantar barang “back support waist” , K pernah cerita H ni ada sakit kronik, selain tulang belakang bermasalah. Ntah betul ke tidak aku pun tak tahu.
Oh ya, alasan kedua K kenapa pilih H, sebab K dan H plan untuk buat 1 company bersama dan invest, share ideas untuk jangkaan masa hadapan. Sangat tipikal lucu bukan? Invest dengan skandal? Isteri depan mata tiada masa depankah? Hina betul diri aku rasa. Zero betul aku depan mata ko kan K.
K terus tak boleh tidur bila tahu kantoi bodoh mcm tu, K masih ego, masih tak minta maaf hingga kini. Tapi aku pilih sabar, aku fikir anak2 aku. Sekali lagi K buat, aku akan terus bangkit tanpa menoleh lagi. Walau hidup aku ni dihantui bayang2 curiga, aku tetap nak bagitau perasaan aku ni valid, apa yang aku rasa ini tak salah.
Dan selepas2 ni K outstation ke mana aku tak nak ambil tahu n peduli, jujur jujurlah tipu tipu lah. Aku dah letih, penat. Aku sayang diri aku. Anak2 aku. Apa2 aku n anak2 aku utama.
Buat H, andai betul anda seorg pesakit kronik, baik anda jaga kesihatan anda baik2, jaga suami anda baik (kalau betul anda dah berkahwin). Kalau anda tipu, aku tak ada hak, aku serah bulat2 pada Allah.
Terima kasih atas kesengsaraan kau pada aku. Terima kasih atas trauma kau berikan hingga saat ini. Aku tak salahkan kau seorang aku salahkan K juga. Tapi kalau dah tau suami orang kenapa masih melayan? Kalau ajak berjumpa baik2 kenapa masih menyorokkan diri tapi masih berani berjumpa laki orang? Laki sendiri tau kah?
Jangan lupa Allah tak tidur. Allah سميع وبصير. Aku harap aku berdoa aku tak sebut lagi berikan hidayah, aku akan doa ko, K dan aku diberikan petunjuk dan taufiq oleh Allah. Maaf aku tak boleh lupa apa kau buat. Tak akan! Aku harap suami kau tak buat pada kau. Sekian…
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit