Kerana Sayang…

Assalamualaikum. Hi semua. Nama aku Zack, seorang perempuan berumur hampir 30 tahun, belum berkahwin. Firstly, thanks in advance to admin kalau confession aku ni approved.

Lately, aku tengok betapa ramainya confession (terutama perempuan) masih memilih untuk bersabar dan bertahan even diri sendiri tahu benda tu dah terlalu toxic dalam hubungan dengan pasangan mereka. Ni bersesuaian dengan tajuk confession aku “Kerana sayang, jadi b***h”.

Setiap kali aku baca confession mengenai pasangan curang, hati aku bagai disiat-siat. Betul, hari ini terlalu ramai pasangan curang dengan pelbagai alasan. Alasan paling common harini ‘tawar hati’.

Pada pendapat aku, memang betul kita tak boleh kawal hati kita tapi kita ada pilihan. Nak tetap tawar hati atau nak baiki hubungan jadi manis semula. Tapi, most of the couples, pilih tawar hati sebagai alasan untuk cari yang kedua. Tu case paling common jadi dekat sekeliling aku.

Tapi bukan tu yang aku cuba nak highlight harini. Aku cuma nak highlight, aku rasa kagum dengan perempuan yang masih bertahan dan bersabar even pasangan diorang dah hancurkan hati mereka beribu kali.

Mungkin orang luar tak duduk dekat tempat tu, mereka akan cakap perempuan tu b***h. Tapi aku cukup faham kenapa perempuan-perempuan dekat confession ni masih bertahan. Tak lain tak bukan, kerana sayang.

Orang luar mungkin boleh cakap macam-macam sebab diorang tak lalui apa mereka lalui tapi once mereka lalui benda sama, apa aku cakap, mereka akan pilih pilihan yang sama until nothing left. Kau akan tetap bertahan sampai kau rasa dah tak ada apa untuk kau bertahan.

Okay, aku intro sikit kisah aku. Aku kenal seorang lelaki daripada zaman hingusan sampai la sekarang, dah lebih daripada 10 tahun. Ni satu-satunya lelaki yang aku ada (tak temasuk ayah, abang, adik lelaki) sepanjang berpuluh tahun hidup aku.

Kes aku sama macam kes yang berlaku harini: tawar hati. Si lelaki tawar hati dan decide untuk tinggalkan aku untuk perempuan yang dia lebih selesa.

Dia baru kenal perempuan tu dan of course, normal kalau baru-baru kenal semua wangi compared to aku yang dia dah nampak baik buruk di setiap sisi kan?

Hahaha okay aku tak nak cerita pasal tu. Apa aku nak cakap, aku pun b***h macam perempuan dalam confession ni, aku tetap bertahan hahahaha geng-geng b***h, sep sikit! Haha

Sebenarnya, geng yang bertahan ni pun rasa perit dan marah dekat diri sendiri. Tak perlu korang maki pun, kitorang dah maki dengan diri sendiri. Weh, sape tak penat ada perasaan macam ni? Tipu kalau tak pernah cuba lari daripada situasi tu.

Pernah weh, banyak kali tapi tak pernah berjaya nak paksa hati ni dekat orang lain. Aku sampai fikir macam ni. Tak apa la kalau aku kahwin dengan lelaki tu, dapat anak then lantak kau la nak buat apa lepas tu. Aku hidup dengan anak aku je pun takpe.

Aku ada feeling macam tu sebab aku tahu, hati aku susah untuk suka dekat orang lain even aku cuba. Aku juga pernah fikir tak nak kahwin tapi aku nak anak. So worse case, kahwin dengan lelaki ni, dapat anak pastu dah. Haha ya, aku tahu korang nak maki bila aku cakap macam tu. Hahaha.

Orang luar boleh cakap tinggal je, cari lain. Buat apa stay lagi? Korang, kalau korang jumpa geng b***h macam ni, satu je suggestion aku, Kau tak perlu maki, kau tak perlu bagi keputusan untuk diorang. Kau just perlu comfort orang macam ni kerana tu je sebaik-baik pertolongan yang boleh korang bagi.

Why? Sebab macam aku cakap, kita tak akan faham orang tu selagi kita sendiri tak rasa apa yang diorang rasa. Even kau tengok dia dah worse, dah burn out, jangan buat keputusan untuk dia. Instead, bagi suggestion pron and cons dekat diorang and let them decide.

Golongan b***h macam ni ada feeling nak tinggalkan semua ni, ada. Korang tak payah maki, tak payah buat keputusan pun, diorang ada nak tinggalkan semua tu dan aku percaya, diorang pernah cuba tapi kadang-kadang apa yang kita nak, tak semua kita boleh dapat.

Macam golongan ni pun sama, dia nak sangat keluar daripada situasi tu seperti yang korang pesan tapi kita manusia, cuma mampu rancang. Selebihnya Allah yang atur dapat ke tidak.

Sebab itu aku bagi suggestion, kalau korang jumpa golongan ni, please do your best to comfort them without judging their decision.

Sebab golongan ni pun tengah berperang dengan diri sendiri, benci dekat diri sendiri kenapa masih stuck dekat benda b***h ni. Kalau korang alami, korang faham la apa aku cuba sampaikan ni.

To those yang tergolong dalam golongan b****h ni, anda mampu dan anda kuat. Aku tahu korang dah cuba yang terbaik, sehabis boleh, aku tahu. Kuatkan diri, dekatkan diri dengan Allah. Aku tahu kadang-kadang bila sakit sangat, korang ada menyalahkan Tuhan, korang rasa korang tak layak nak bahagia.

Aku tahu korang pernah ada negative thought dekat Allah tapi percayalah, Allah tu tak kejam. Pasti ada bahagia Allah reserve untuk korang.

Pape pun, if you need comfort, cari orang yang anda percaya. Jangan simpan sorang, InsyaAllah nanti bila benda ni dan berlalu, korang akan tengok belakang dan sedar “aku kuat rupanya”.

Aku pun masih berjuang macam korang. Baru ‘hidup’ kembali selepas ‘m4ti’ hampir setahun. Berat aku turun hampir 10 kg haha tinggal tulang je weh. Tapi aku dah malas nak fikir dan aku akan buat macam-macam untuk tak fikir. Aku just follow the flow, sama ada aku boleh keluar ke tak, lantak la.

I have no energy to think about it anymore haha. Jadi sama-sama lah kita kuatkan diri. Pedulikan apa orang cakap. Cuma korang je tahu apa yang terbaik untuk korang dan cuma korang tahu when is the best time for you to leave.

Apa pun, good luck <3 semoga ada sinar bahagia untuk korang, aamiinnnn!!

Also a fighter,

– Zack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *