Kerana Sayang, atau Tanggungjawab?

Assalamualaikum hai semua. Aku sudah berkahwin dalam tempoh yang agak lama. Sebenarnya aku dalam dilema yang teramat sangat.

Sebenarnya aku takut nak buat confession ni sebab takut suami atau orang yang kenal baca.

Tapi aku cuma nak kan penjelasan atau pun kalau mana2 suami atau isteri yang jugak yang alami masalah yang sama, boleh share apa solution yang korang buat.

Bukan niat aku nak bukak aib suami, sebab tu aku pilih confession ni sebab tak ada orang tahu. Aku tak pernah post kat Kisah Rumah Tangga ke atau sebaliknya ya. Ini first aku buat confession tentang ni.

Sepanjang aku kahwin, aku tak pernah cerita masalah rumahtangga kat ibu ayah aku sebab aku tak nak mereka risau dan aku tak nak mengeruhkan lagi keadaan.

Sedikit pengenalan tentang diri aku, aku seorang isteri yang bekerjaya. Suami pun bekerja. Suami seorang yang sangat baik, bertanggungjawab, tak pernah culas bab nafkah.

Tak pernah berkira dengan aku atau keluarga. Cuma ada satu sifat yang aku sangat terasa, dia selalu buat keputusan tanpa bincang dengan aku. Keputusan yang bagi aku perkara yang besar-besar.

Sebelum ada yang salah faham, sepanjang kahwin, suami tak pernah curang, aku check phone dia, semua pasal kerja. Dia seorang yang sangat kuat bekerja.

Bukan kaki lepak, bukan kaki game. Hidup dia penuh dengan kerja. Suami tak pernah pukul aku. Dia jaga aku dengan baik. Mesti orang akan fikir aku ni tak bersyukur kan? Tak, aku memang sangat bersyukur.

Cuma bukan sekali suami buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan aku, itu buat aku rasa seolah aku ni tak wujud, dan aku selalu fikir betul ke dia sayangkan aku?

Kalau sayang kenapa tak bincang dahulu? Alasan dia selalu sama, sebab aku mesti takkan setuju dengan keputusan dia, jadi dia buat dulu baru bagitahu aku.

Aku ingin tahu apa perasaan isteri atau suami yang lain, bila pasangan buat keputusan sendiri?

Adakah perkara biasa ataupun ini tak sepatutnya berlaku dalam rumahtangga? Dalam apa hal sekalipun, pasangan kena kongsi apa pun keputusan yang nak buat.

Bukan sengaja aku nak halang apa suami buat, tapi sebab aku tahu kewangan suami macam mana. Aku tahu password bank dia dan dia pun tak pernah mintak duit aku.

Memang dia banyak bayar semua benda dan tak pernah suruh aku bayar apa2. Cuma aku yang offer nak bayar jugak tapi aku bayar benda yang macam elektrik, air, internet.

Cuma bila jadi macam ni, aku rasa macam tak nak dah tolong apa2. Kejam ke aku?

Isteri mana yang tak risau bila suami beli sesuatu yang agak mahal tanpa bincang dahulu?

Bagi pinjam duit dekat kawan/family tanpa bagitahu. Dah buat baru bagitahu. Tu pun tahu bila check phone dia.

Tapi ada jugak yang dia bagitahu sendiri, cuma waktu dia bagitahu tu, dia dah buat perkara tu. Sedih sangat.

Kami dah berapa kali bergaduh pasal ni. Dan perkara yang paling sedih bila dia sangat berkira dengan diri sendiri. Dengan orang lain dia sangat pemurah. Pelik kan?

Soal keselamatan diri dia buat tak kisah je. Contoh masa motor rosak, aku suruh dia repair berkali-kali tapi lama sangat2 baru dia buat.

Sedangkan bukan dia tak ada duit. Tapi dalam masa yang sama, dia boleh bantu pulak orang lain.

Bukan sekali, tapi dah berkali. Dan kali ni terjadi lagi. Aku selalu tertanya, betul ke aku ni isteri dia?

Dan masih ke dia sayang aku macam masa mula2 kami kahwin? Atau dia cuma jalankan tanggungjawab sebagai suami je pada aku? Aku harap ada yang sudi share kalau ada masalah yang sama macam aku.

Jujur kadang2 aku rasa tawar hati dengan suami, tapi tipu lah kalau tak sayang, sebab sayang la aku selalu risau. Kenapa suami tak faham?

Nanti kalau apa2 jadi, kalau susah ke, sakit ke, isteri jugak yang akan bantu, bukan orang lain. Jadi tak layakkah isteri seperti aku beri pendapat dan buat keputusan bersama?

Aku takut sebenarnya. Macam mana kalau sebenarnya suami tak sayang aku tapi dia buat sebab tanggungjawab dia sebagai suami? Aku tak rela perkara tu.

Kalau betul dah tak sayang, aku lebih rela berpisah dari hidup dengan orang yang dah tak sayang aku. Jujur aku buntu.

Sekarang ni kami okay saja cuma nak gurau ketawa tu macam tak ada sebab aku masih terasa hati. Aku masih sedih. Tapi aku pendam sebab tak nak bergaduh.

Aku tak nak aku yang menyesal. Biarlah hati aku yang terluka, asalkan bukan aku lukakan hati orang yang aku sayang.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *