Kerana Sayang Maruah Hilang

Assalamualaikum. Memandang kita berada di musim cinta IIUM confession. Aku pun rasa nak kongsi sedikit pandangan mengenai perkara ni.

Aku adalah seorang perempuan. Umur 27 tahun. Dulu aku bersekolah di sekolah asrama agama, yang mana semua pelajarnya adalah perempuan. Kawan2 aku ramainya adalah perempuan. Kawan lelaki yang ada pun Cuma kawan2 dari sekolah rendah je la. Walaupun sekolah aku perempuan semua, tapi ade jugak la yang kapel2 ni. Biasanya yang kapel2 ni budak2 duduk luar. Budak asrama ni takde masa nak bercinta sebab sibuk nak langgar disiplin je.

Masa berlalu dengan pantas, kami masing2 bawak haluan masing2. Ade yang belajar, ade yang kerja. Salah seorang kawan yang kerja ni tersalah langkah. Ya, dia terlanjur, dia mengandung. Aku terjumpa dengan dia di surau mall, sembang2, lepas tu dia bgtau dia ade anak dah. Aku pun eksaited la, tapi dia tak kawen lagi. Aku terdiam. Perasaan aku bercampur baur, sedih, kesian, geram, marah. Tapi aku control la. Dia kata nanti datang rumah dia, kita sembang, aku kata ok, nanti aku singgah rumah dia.

Weekend tu aku pegi rumah dia, rumah dia seriously, nak menitik airmata aku tengok rumah dia, dulu aku duduk asrama, memang xpernah la pegi rumah dia, tapi aku tau dia agak susah, sebab dia selalu jual sarapan kat dalam kelas untuk tampung belanja dia. Dan dia adalah salah seorang budak pandai. Tapi xde rezeki nak sambung belajar. Baby dia lelaki. Sebelum pegi rumah dia sempat aku singgah beli baju baby nak hadiah kat baby dia.

Tiba2 dia bukak cerita, benda ni semua jadi masa dia kt KL. Dan dia sendiri mengaku yang dia sendiri culture shock. Dia kata dia tau dia salah, lepas terlanjur tu dia nangis, dia takut. Aku rasa inilah silapnya, sepatutnya dia kene fikir perkara ini adalah perkara yang salah sebelum dia mula nak start (start terlanjur) lagi. Kalau dah terlanjur baru fikir salah, menyesal je la yang tinggal. Korg boleh kata, ye la aku tak kene boleh la cakap, pelis, sekolah agama dari form 1 sampai form 5, takkan dalam 5 tahun tu takde setitik ilmu yang berbekas.

Aku tanya dia, macam mana kau boleh rela nak buat benda ni, dia kata sebab dia sayang pakwe dia. Lepas tu aku cakap la dekat dia, aku tak sokong perbuatan kau, benda tu tetap salah, tapi satu aku nak bagitau kau, anak kau tak pernah salah, dan kau tetap kawan aku, biar benda ni jadi pengajaran untuk kau dan untuk aku, dia diam, dia kata aku pun tak tau kenapa aku buat benda tu. Memang dia menyesal. Dia kawen dengan lelaki tu masa tahu dia dah mengandung 5 bulan, tapi kawen terpaksa, sebab lelaki tu taknak kawen dengan dia, dia mintak tolong kawen jugak dengan dia, lepas bersalin bercerai, lelaki tu setuju, lepas bersalin dia bercerai dengan lelaki tu. Sedih. Aku yang dengar pun sedih. Lelaki tu pun xde ke sikit rasa sayang dekat perempuan tu lepas ape yang dah korang buat sama2. Alhamdulillah dia dah ade suami yang boleh terima dia seadanya, dan kehidupan yang lebih baik.

Aku juga ade seorang kawan jurusan syariah, baik, lembut, tudung labuh (yang bulat), pandai. Perfect. Kira wife material la. Aku kenal dia dah lama, kami 1 sekolah, 1 rumah, kos je lain, aku kenal dia sangat2, dia dulu masa sekolah tak penah kapel, macam aku cakap tadi budak asrama xde masa nak bercinta sebab sibuk nak langgar disiplin, masa form 6 dia duduk luar dan dia teringin nak kapel. Last2 dia dapat kapel sebab silap2 nombor. Start dari perasaan dia yang teringin nak kapel tu, membawak sampai ke U dia tak boleh hidup kalau xde pakwe. Dia kemaruk, bunyi mcm kasar, tapi betul dia tak boleh takde pakwe. Pakwe dia tukar2. simple. ye la orangnya lawa. Tapi aku tahu dia kapel tu setakat OTP, nak repot keluar pegi mana, jumpa pun kat cafe, kalau jumpa dekat luar bapak dia suruh bawak aku, senang cakap aku kenal semua pakwe dia, pakwe dia semua kenal aku, ade no fon aku, tapi aku tak sailang la wei pakwe member.

Dalam ramai2 pakwe dia ade sorang ni aku memang tak suka langsung, tapi yang ni la dia paling saiyang nak mampos. Masa awal2 keluar dengan pakwe yang ni dia angkut la aku, lama2 dia dah berani keluar berdua tak ajak aku, aku pelik la jugak, sampai satu hari pendrive aku hilang, aku nak pinjam pendrive dia, dia bagi la, aku tengok ade 1 folder gambar, aku bukak la, korg jangan la nak tuduh aku ceroboh hak privasi la tak mintak izin la, sebab ktorg dah biasa, terlampau biasa, kadang amik duit pun main amik je, kejap lagi baru bagi tahu, ktorg okay je, inikan pulak gambar je, aku bukak tengok gambar dyorg, tergamam aku, tak percaya, gambar macam suami isteri, pegang tangan, peluk, cium, pegang pinggang, tangan 1 dekat dada lelaki tu, patut la kalau dia keluar dengan lelaki tu dia tak pakai tudung bulat, dia pakai tudung segi. Satu silap aku kat sini, aku tak tegur dia, aku tak tahu nak tegur dia macam mana. Tapi last2 dyorg putus. Bagus. Aku orang paling bahagia, dia orang yang paling sedih.

Dua2 ade basic agama yang kukuh, tapi dua2 buat silap, Cuma level kesalahan tu lain2, aku pernah dengar ustaz kata, lagi banyak ilmu agama seseorang tu lagi tinggi pangkat syaitan yang dihantar untuk menyesatkan orang tu. aku bukan nak bukak aib kawan2 aku, tapi nak kongsi yang semua orang pernah buat salah, tapi aku yakin dua2 dah taubat dengan taubat nasuha sebab kehidupan diaorang sekarang semakin baik dan bahagia dengan orang2 tersayang.
Walau ape pun aku tetap tak sokong dengan perbuatan zina tu. zina tetap salah. Sedangkan menghampiri zina pun dah salah. Korang bagilah alasan apa pun, aku tetap kata untuk perkara zina ni lelaki salah, perempuan salah. Zina adalah dosa besar. Semua orang tahu. Tapi, masih ade yang buat. Lepas tu menyesal, sedangkan sebelum tu dah tahu berdosa. Masa silam tu tetap salah, takde sapa boleh ubah sebab tu pilhan kau sendiri, tapi ketahuilah ade masa depan yang lebih baik sekiranya kau bangkit berjalan menuju redha ALLAH. Belajar dari kesilapan, jangan ulangi kesilapan.

Cerita ini adalah berkenaan dengan orang yang terlanjur dengan rela. Bagi yang kene rogol, aku tau korang tak rela, korang adalah mangsa. Maaf aku juga seorang perempuan melayu yang tipikal, dan mungkin agak susah untuk aku terima andai pasangan aku pernah terlanjur. Jangan la kata aku menidakkan darjat orang yang bertaubat nasuha itu, mungkin boleh jadi darjatnya lagi tinggi. Tapi sebagai manusia biasa aku perlu masa untuk hadam sejarah silamnya. Aku perlu fikir dengan sebaiknya sebelum aku terima orang yang ada sejarah hitam kerana aku bukan sahaja menerima hati dia malah aku juga turut menerima masa silam dan masa hadapan dia dalam hidup aku.

– Kakak Manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit