Aku ada seorang kawan lelaki bernama Zam yang mengalami Major Depressive Disorder (MDD) selepas beberapa bulan dia putus dengan girlfriend dia. Cerita dia macam ni, dia ada perhubungan dengan seorang perempuan yang bernama Lulu pada tahun 2016 dan awal 2017.
Lepas dia dah gaduh dengan Lulu tu, diorang pun putus hubungan. Sepanjang perhubungan dia dengan Lulu ni, tak pernah sekali pun dia dapat beritahu orang ramai tentang perhubungan dia walhal hari-hari dia video call gf dia.
Apabila dia kata dia nak bercakap dengan ahli keluarga Lulu, Lulu akan menghalangnya. Lulu selalu bagi alasan kata takut terlalu awal, takut family dia tak dapat terima dia dan lain-lain. Tak pernah sekali pun Zam dapat bercakap dengan adik-beradik Lulu ni. Kata Lulu, abang dia garang, tegas dan lain-lain.
Zam ni seorang yang gentleman. Kalau dia ada perhubungan dengan perempuan, memang dia akan beritahu keluarga perempuan itu, dan dia nak beritahu keluarganya juga, atau sekurang-kurangnya beritahu pada kawan-kawan dia di media sosial, namun sentiasa terhalang oleh Lulu.
Lulu selalu memarahi Zam sekiranya dia ada percubaan untuk post gambar mereka berdua, atau percubaan untuk memberitahu orang lain. Zam berhabis duit, dan sering memberi Lulu pelbagai barang-barang kerana dia sayangkan teman wanita dia.
Tetapi, Zam sendiri perasan akan sifat Lulu yang entah apa-apa kadangkala tu. Dia siap pernah menceritakan kepada aku, bahawa Lulu ni pernah mesej lelaki orang yang sudah beristeri. Namun, dia tak marah atau berbuat apa-apa kerana dia terlalu sayangkan Lulu. Cuma dia amat pelik, seolah-olah perhubungan mereka perlu dirahsiakan oleh orang ramai. Aku selalu menasihati Zam
“Kau tak boleh macam ni. Kalau kau tengok girlfriend kau beriya-riya tak mahu beritahu orang pasal perhubungan kau pada keluarga kau, aku yakin dia nak main-mainkan kau. Dia tak serius, dan mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan”.
Kata-kata aku dibidas, namun aku tak marahkan Zam. Aku faham, cinta itu buta. Orang akan buat perkara bodoh kerana cinta. Orang akan hilang common sense sebab cinta. Zam bukan orang biasa. Dia seorang manager, dan ada ijazah pun. Tapi kepandaian dia dan common sense dia akan dilindungi sikap terlalu sayangkan seseorang itu. Aku tak mahu cakap lebih-lebih kerana aku pentingkan silaturahim dan persahabatan aku dengan dia.
Selepas berbulan-bulan kemudian, mereka break. Aku tak berapa pasti sebab mengapa, tetapi mereka sudah pun putus perhubungan. Zam bercerita kepada aku, mereka tidak lagi serasi bersama. Namun, dia kelihatan tidaklah begitu sedih. Tidak marah, dan tidak stress dan depress.
Tetapi, keadaan mental dia tiba-tiba berubah. Tak semena-mena dia depress dan dia menghubungi aku untuk bertanya apa yang perlu dia lakukan. Aku nasihatkan dia seperti biasa. Aku mengajak dia berjumpa pakat psikiatri, untuk berubat dan kaunseling. Aku tidak pernah ingin bertanya, mengapa dia jadi begitu. Pada aku, biarlah dia yang menceritakan kepada aku, dan pada satu hari, dia akhirnya menceritakan segala-galanya pada aku.
Satu hari, dia menceritakan segalanya kepada aku. Dia perasan si Lulu ni update satu story di WhatsApp dan dia Instagramnya. Gambar dia dengan teman lelakinya yang pada tanggapan Zam adalah teman lelakinya yang baru. Tetapi, apabila Zam terbaca caption yang ditulisnya, Zam menjadi sangat sedih. Dia mengatakan kepada aku, selama ini dan sepanjang perhubungan mereka ini, dia rupanya diperbodohkan dan di main-mainkan hati dan perasaannya.
Manakan tidak, caption tersebut berbunyi “Thanks sayang for being with me since 2015 until now”, yang menerangkan bahawa semasa perhubungan Lulu dengan Zam sekalipun, dia sebenarnya masih ada hubungan dengan lelaki yang dikatakan kepada Zam, sebagai bekas teman lelakinya.
Zam breakdown, dan amat marah kerana diperlakukan sedemikian. Dia mahu membalas dendam, dan meminta segala pemberiannya semula, namun, aku sering menasihatinya, perbuatan dendam tersebut tidak berbaloi dan merugikan dirinya sendiri sahaja. Tambahan pula dia sedang Depress dan sedang on medicine, karang, kalau dapat acute stress reaction nanti dah jadi susah.
Akhirnya, Zam diamkan diri sahaja. Aku perasan dirinya yang sedikit berubah, menjadi lebih serius, dan apabila ada perempuan yang ingin berkenalan dengannya (Wajah Zam agak kacak), dia akan melompat, melenting dan tak semena-mena marah.
Aku tahu, itu bukan dia, itu hanyalah mindanya yang dikuasai oleh Depression dan kebencian yang meluap-luap. Aku bersyukur, nasib baiklah dia akhirnya, selepas beberapa tahun mula sedikit demi sedikit membuka pintu hatinya untuk menerima seorang perempuan. Yalah, nasib baik dia tak fobia dan bertukar LGBT pula.
Jadi, begitulah kisahnya. Ada beberapa pengajaran yang aku dapat pelajari daripada kes sebegini, iaitu, kalau pasangan kau seboleh-boleh tak nak beritahu orang lain, terutamanya ahli keluarganya dengan pelbagai alasan-alasan sampah dan merapu seperti “tak bersedia lagi”, “nak kena pujuk mak ayah dulu” atau “takut diorang marah”, kau tak payahlah percaya.
Aku pernah dapat kes di OSCC, perempuan 23 tahun yang pregnant akibat dikerjakan lelakinya, dan mak ayahnya langsung tak tahu bahawa anaknya ada seorang teman lelaki. Kau tak payahlah nak argue dengan aku pasal point ni, kecuali kau pun buat benda yang sama, mesti kau akan terasa pedas kan?
Aku seorang lelaki akan call dan beritahu mak ayah seseorang yang aku nak date. Itulah perkara pertama aku akan buat sebelum perkara lain. Kalau gf aku bagi kebenaran untuk call, sekurang-kurangnya, mak ayah dia dah tahu anak perempuan dia yang dia besarkan susah payah ni ada seorang lelaki yang rapat dengannya.
Kau nak tahu berdasarkan kes ni, apa sebabnya dia beriya-riya tak nak parents dia tahu? Sebab nanti, adik beradik dia yang lain tahu, maka kantoi lah bahawa dia curang dan dia ada lelaki lain. Itulah salah satu sebabnya. Dulu, bila aku tulis
“Kalau anda ber”couple” kan, tapi pasangan anda seboleh-boleh taknak bagi anda berjumpa mahupun bercakap dengan parents dia dan memberi pelbagai alasan like “terlalu awal”, you better leave him/her. He/She is playing games with you, so, dont be an idiot”
Bukan main lagi ada seekor perempuan ni cakap macam-macam, kata nak kena convince parents dulu lah, parents jenis old school la etc. Kau nak tunggu sampai ada janin dalam kandungan kau baru kau nak terhegeh-hegeh beritahu parents kau?
Kesian aku tengok, mentang-mentanglah parents dah tua dan buta teknologi, dengan selamba tanpa rasa malu keluar dengan beberapa lelaki, walhal, dia tahu akibatnya apa. Aku pesan banyak kali, kalau kau nak buat dosa besar, kau better pastikan kau tak akan drag mak ayah kau sekali ke lembah neraka, itu sahaja.
Untuk lelaki, tak malu ke kau bawak anak orang sana sini tanpa pengetahuan mak ayah dia? Untuk perempuan, tak malu ke kau ada dah boyfriend, lepas tu kau jadikan lelaki-lelaki ni plan B, plan C kau? Spare Tyre? Kau jadikan dia sebagai tempat kau nak dapatkan duit, dapatkan barang dan lepas tu, lepas kau dah puas, kau patah balik pada lelaki yang kau kata ex kau.
Aku pesan ni supaya kau bersikap menghormati bakal mak ayah mertua kau. Belum apa-apa dah nak tipu mak ayah, dan mak ayah gf kau, dah tu kau ingat hubungan kau tu akan berkat?
Serius aku kata, kalau kau gentleman, kau call dulu parents dia, dan kalau kau betul-betul seorang wanita, a lady, bukan a little girl, kau benarkan bf kau bercakap dengan mak ayah kau. Tak payahlah nak halang-halang kalau tiada sebab munasabah.
P/s – Tiada kaitan dengan perhubungan aku sekarang atau sebelum ini. Cuma berkongsi masalah seorang kawan aku yang mendapat penyakit MDD hanya kerana seorang perempuan.
– Ilzanno Sharky (Bukan nama sebenar)