Terima kasih admin sebab siarkan artikel ni. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi pada pembaca.
Aku ni anak keempat dari 6 adik beradik. Nak kate paling pandai tak juga sbb kami 5 beradik masuk universiti. So semua tahap ok la bab education tu.
Dipendekkan cerita mase aku kecik waktu tu darjah 4 ,befday yang ke-10 tahun, mama cakap mama tak dapat belikan hadiah befday sebab tak cukup duit. Itu first time sebenarnya aku tak dapat hadiah befday. Aku sedih and menangis teruk waktu tu.
Esok pagi bila dah nak pergi sekolah aku nampak sepasang kasut baru tepi kasut aku. Aku tanye sape punye. Adik beradik aku cakap tak tau. Tibe2 abah datang and ckp tu kasut untuk aku, hadiah bfday. Walaupun time tu aku kecik lagi,aku terharu sangat dan aku berjanji pada diri aku,aku akan belajar bersungguh-sungguh demi abah.Perjalanan aku sebagai pelajar berjalan dengan sangat baik.Alhamdulillah.
Tiba waktu interview sambung master, interviewer tanya reason kenapa aku nak sambung master sedangkan aku dah kawin, ade anak dan bisnes sendiri.
Jawapan aku 1 je, ia 1 janji pada diri saya demi abah saya. Dia nak saya belajar pandai-pandai dan bela nasib mereka bila diorang dah tua.Saya juga nak jadi seorang pendidik yang berilmu dan memberi manfaat pada anak bangsa.
Bukan aku sorang je yang emo, interviewer pun meleleh airmata.
Dengan tekad dan azam yang kuat aku dapat habiskan Masters degree dalam 3 semester saja. Memang aku pulun amik subjek banyak2 sebab aku nak sambung Phd pulak. Takdir Allah aku plak pregnant anak kedua time awal sem 1.
Mase dlm pantang hari ke-23, semester baru pun mula, aku pakai jaket tebal.. Stokin n mkn jamu byk2 and pergi kelas macam biase..Kalau korang nak tau itu aku buat kali kedua dah sebenarnya sebab time degree aku pernah pregnant anak pertama mase sem 4 and pernah pegi klas jugak time dalam pantang. Sabar je la..haha..mesti korang kate dia ni asik pregnant je..Tapi nak buat macam mana dah rezeki aku pregnant time sambung study. Tapi aku kekalkan momentum postitif dgn fikir kalau niat kite baik mesti Allah permudahkan.Memang betul. Semuanya berjalan dgn lancar. Alhamdulillah.
Moral of the story, jika kita nak buat sesuatu ,cari BIG WHY kita.. Kenapa kita nak buat benda tu..nak lagi jelas tulis kenapa kita perlu buat. Bila kita tau BIG WHY tu,ia akan jadi push factor kita dan buat kita sentiasa bersemangat dan sambung apa yang kita dah mulakan.
Sekarang aku tgh buat PhD kt UTM dan aku harap Allah panjangkan umur abah dan mama untuk tengok kejayaan aku. Tiada apa yang lebih berharga berbanding kasih sayang diorang. Aku jugak selalu beri semangat pada anak murid aku dan kongsikan pengalaman hidup aku sendiri supaya diorang pun bersemangat nak belajar mcm aku dan bahagiakan ibubapa masing2. Takde ape yang dapat menggembirakan ibubapa melainkan melihat kejayaan anak2.
Alhamdulillah dengan semangat dan dorongan dari aku,ramai anak murid aku yang berjaya dengan cemerlang walaupun pada asalnya ada yang gagal dan jadi pelajar bermasalah kat sekolah diorang. Pernah sorang cikgu tanya aku ape rahsia students aku boleh skor A semua.Rahsia aku ialah aku sentuh hati diorang, bila diorang tau tujuan hidup dan kenapa diorang perlu berjaya,efforts tu akan datang sendiri.
Pernah aku tgk students aku screenshot perbualan aku dgn diorang dan jadikan kata2 aku sebagai pembakar semangat kat whatsapp status diorang. .Ade jgk status yg tgh stdy tampal stiker kat buku and tulis terima kasih cikgu Sofia, my counselor.Terharu beb.
So disini pentingnya peranan guru. Bagi aku, cikgu2 tak kira la cikgu sekolah atau cikgu tuisyen,kita perlu guna pendekatan physcology utk tackle hati students..Klu hati diorg nak blaja, efforts tu akan dtg sdri bila diorang yang nak benda tu terjadi. Aku dh tgk ratusan pelajar gagal and bermasalah boleh transform jadi pelajar cemerlang hanya kerana suntikan semangat. Kita tak boleh salahkan pelajar saja,sebagai guru kita diberi amanah utk mendidik mereka,kerana tanggungjawab yg bsr itulah,profession ini dijanjikan syurga.
Pesan pada diri aku dan pembaca, hidup kita ada tujuan sebab Allah tak cipta kita sia-sia. Even ulat dan lalat pun ade tugasnya inikan kita makhluk Allah yang diciptakan sempurna sebaik-baik kejadian. So kite mesti bagi yang terbaik bukan saja utk diri kita tapi untuk ibubapa yang dah lahirkan and susah2 besarkan kita,juga pada orang yang sayangkan kita.Kita mesti jadi yang terbaik utk mereka sebelum kita menutup mata.
Semoga kita jadi hamba Allah yang berguna kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat.
Assalamualaikum.
– Cikgu Sofia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit