Hai. Assalammualaikum. Nama aku Ika. Aku sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak. Suami aku berjawatan besar di sebuah syarikat. Dia juga mempunyai bisnes sendiri sebagai pendapatan sampingan.
Kehidupan kami biasa sahaja. Sama macam suami isteri lain. Kadang kala ada juga bertelagah. Namun tidak pernah kami tunjukkan pada orang luar. Mereka pandang kami seolah2 kami pasangan yang sangat bahagia.
Suami aku suka mewahkan aku dan anak2 dengan wang ringgit. Mujur aku bukanlah isteri yang boros. Jadi aku hanya beli barang mengikut keperluan sahaja. Namun satu tabiat boros aku dan suami adalah suka belanja kawan2 kami makan.
Boleh kata dalam satu minggu berkali2 kami jamu kawan2 kami. Pelawa mereka keluar makan bersama tidak kira waktu. Jika kami pergi bercuti pelbagai buah tangan yang kami belikan pada mereka semua. Tidak seorang pon terkecuali.
Mungkin kerana sikap kami yang agak pemurah, kami sering disenangi oleh rakan2 yang lain. Kami tidak berkira wang ringgit kerana itu rezeki kami sentiasa ada. Bisnes suami sentiasa memberi pulangan yang lumayan.
Namun begitu, disaat kami tabur kebaikan dan keikhlasan, ada juga manusia yang iri hati dengan kami. Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan kami.
Salah aku kerana terlebih percaya pada orang yang bermuka2. Sering kali aku dengar dia mengeluh. Memuji kami suami isteri. Katanya dia tidak bernasib baik seperti aku. Suami aku terlalu sayang pada aku. Segala kemahuan aku dituruti.
Kerana sering kali diperdendangkan dengan keluhan sebegitu. Aku yang terlalu naif, membuka pekong di dada. Menceritakan keburukan suami yang pernah curang.
Aku pernah dipukul. Sikap suami yang pentingkan diri satu ketika dahulu. Niat aku cuma untuk menunjukkan kepada dia yang aku juga pernah hidup terseksa. Siapa sangka rupanya itu menjadi senjata dia.
Dalam diam kisah aku dijajanya ditokok tambah dengan pelbagai penyedap rasa. Sehingga berlaku pertelingkahan aku dan suami. Aku akui salah aku. Terlalu percaya. Aku terus mengasingkan diri.
Kerana mulut mereka. Aku buka aib suamiku sendiri. Aku fikir cerita itu tamat di situ. Rupa2 nya ramai yang bertepuk tangan. Dari satu mulut ke satu mulut cerita kami dijaja. Dari satu cerita menjadi lima. Dari tiada terus diada2kan cerita.
Aku jadi tertekan dengan pandangan sinis orang luar. Menyesal dengan kebodohan sendiri. Air mata jadi teman. Walaupun suami sudah memaafkan aku. Namun aku tak tahu mana nak letak muka.
Kadang kala ingin saja aku menjerit memperkatakan tentang kebenaran sebenarnya. Suami hanya minta aku terus bersabar. Sedangkan aku rasa tiada keadilan untuk aku bersihkan nama ku.
Bagaikan melepaskan anjing tersepit. Masa susah aku lah yang dicari. Tekanan yang aku lalui membuatkan aku dalam kemurungan. Hilang keyakinan diri. Takut berdepan dengan orang luar.
Aku jadi pemarah. Dan sering kali amarah ku itu ku hamburkan kepada suami dan anak2. Sehinggakan anak sulungku mengambil keputusan untuk keluar menyewa bersama rakan2 nya. Dan anak kedua aku pula memohon tinggal di asrama sekolah. Yang tinggal hanya anak bongsuku.
Dengan suami, aku tidak hairan jika digelar isteri derhaka. Pantang ada salah di mataku. Aku jerkah dia. Aku tinggikan suara kepadanya. Adakala dia hanya berdiam diri. Adakalanya dia melawan semula.
Jika dulu dia memarahi aku. Aku akan menangis dan merajuk. Sehingga dia datang kembali memujuk. Tapi kini, aku dah tak perduli apa2. Keluarga kami tidak seaman dulu. Setiap bulan pasti ada pergaduhan antara aku dan suami. Dan setiap kali bergaduh, hati aku sentiasa meronta untuk pergi jauh dari suami.
Aku hilang diri aku yang dulu. Dulu aku lah wanita yang lembut tutur kata. Yang sentiasa hormat pada suami. Yang jarang memarahi anak2 dengan kata2 kasar. Tapi sekarang pabila marah, aku hilang pertimbangan. Satu kepuasan yang aku rasa bila aku memaki hamun orang dalam rumah.
Kadangkala aku jadi benci pada suami. Benci pada sikap tidak kisahnya. Benci pada sikap ambil mudahnya. Segala dendam dan rasa tidak puas hati aku kepada orang luar, aku jadikan suami mangsa.
Pernah juga ada yang menasihati aku supaya sentiasa berzikir dan mengaji. Aku dah buat itu semua. Namun tiada perubahan.
Aku tak tahu berapa lama suami aku boleh bertahan dengan kelakuan aku. Dan rasanya ianya dah menjadi sebati dengan hidup aku sekarang ini.
Perasaan rasa diperalatkan, difitnah menjadi dendam yang tiada penghujung. Nasib aku tiada pembelaan. Nama baik aku dan suami dibusukkan. Dari cerita biasa2 rumahtangga suami isteri menjadi cerita luar biasa yang ditokok tambah.
Aku sentiasa berdoa aku akan dapat diri aku yang dulu. Semoga masa menyembuhkan aku dari keperitan ini.
Seorang isteri yang berdosa,
– Ika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit