Assalamualaikum semua. Nama aku Firdause. Harap admin dapat siarkan artikel ni sebagai pengajaran dekat semua yang nak kaya tapi taknak usaha.
Waktu aku belajar dulu, makcik aku terjebak dengan skim cepat kaya. DANA R*P. Waktu tu memang gah lah kononnya makcik aku ni jadi proxy, nak tolong orang melayu katanya. Habis mak aku, makcik2 aku terjebak sampai gadai rantai mas.
Aku pun kena paksa bagi setengah PTPTN aku sebab kononnya mak aku nak ganti balik berjuta juta. Keuntungannya tak boleh bawak bincang guys. Masuk RM10 dapat RM2juta.
Bila aku dengar tu memang tergelaklah. Tapi makcik aku siap tunjuk bukti yang owner dana tu memang berniat nak tolong orang melayu. Mak aku asyik abiskan duit dekat makcik aku tu sampai duit anak2 pun abis jugak sebab dia merayu2 mintak tolong.
Owner dana tu plak asyik bagi tarikh kononnya akan masuk cash dalam bank. Bila sampai tarikh, dia anjakkan lagi hinggalah saat aku menulis ni, dah hampir 10 tahun, masih tak nampak duit akan masuk. Aku tengok Owner yang semakin kaya, tapi para penyumbang ni masih miskin.
Setiap kali open plan, dah tak main berjota dah guys, tapi masuk RM100 dapat RM1billion haha. Bagi aku makin lama makin merapu dah dana ni, so aku bersemuka dengan mak aku. Yelah ikutkan aku pun ada sumbang dalam rm5k duit PTPTN aku dulu. So aku ada hak la nak tanya kan?
So bermulalah perang besar antara aku dan makcik aku. Bila aku dah start report kepada bank dan polis. Makcik aku pergi mengamuk kat mak aku, kononnya aku ni nak sailang dan sumbat makcik aku dalam lokap. Mak aku apalagi, abis disumpah seranahnya aku cakap anak tak kenang budi. Habis semua family aku pulaukan aku siap cakap nanti dah jadi jutawan, memang dorang nak ketawakan aku je lah.
Setiap hari bila aku balik dari kerja, family aku akan saja cakap kuat2, besar2, nak beli rumah kat damansaralah, nak beli BMW lah dan siap cakap nak pergi bercuti setahun di luar negara. Semua impian mewah yang aku anggap sebagai angan2 mat jenin (lebih teruk lagi dari mat jenin aku rasa) yang family aku akan sebut setiap hari.
Bila aku bawa balik berita yang dana tu dah kena disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia, makcik aku defend mengatakan dana ni istimewa, kononnya Perdana menteri pun tahu dan mesti dibuat secara sulit. aku kaji latarbelakang Owner Dana tu, Owner tu dan bangkrap, takde kerja, dan guna title ‘Tan Sri’ yang taktahu dapat dari Agong yang mana.
Aku tanya kawan-kawan aku yang kerja AMLA, semua cakap tak pernah dengar dana ni. Dalam hati aku sebenarnya aku kasihankan mak aku. Dia betul impikan nak hidup mewah, nak baiki rumah, dan jalan2.
Bila aku offer nak baiki rumah dan buat ikut bajet aku, dia buat tak layan. Kononnya bukan seperti dia impikan. Bila aku bawa dia jalan2, balik je dia complaint aku ni bawak dia pergi travel dengan cara takde duit lah ape lah. So sekarang aku banyak diam. Sebab tolong salah tak tolong pun salah. Family aku pun dah bencikan aku, aku buat keputusan untuk keluar dari rumah.
Kebetulan aku dapat tawaran belajar ke UK, so aku memang masa sesuai untuk aku pergi. Family aku siap cemuh, dorang cakap buat apa nak pergi UK demi sambung belajar, dorang tak lama lagi akan senang kaya raya, lebih dari UK dorg boleh pergi. Aku diamkan je dan sabar.
Sepanjang aku di UK memang family aku tak berubah. Mak aku masih invest dalam dana tu dah hampir RM20k duit dia abis. Kakak aku masih taknk kerja sebab bagi dia, buat apa nak kerja, sebab akan jadi jutawan tak lama lagi.
Makcik aku plak dah dinaikkan pangkat sebagai partner kepada Owner Dana terbabit, so makin gah dan makin ramai yang jadi mangsa dana tu disebabkan makcik aku ni pakai tudung labuh, cakap agama. Takkan la dia nk menipu ye tak?
Tamat je Master aku, aku jumpa isteri aku sekarang. Waktu aku bagitahu nak kawin, family aku sorang pun tak nak datang. (Aku buat nikah je kat UK sebab aku dapat tawaran bekerja disini, so aku tak boleh balik buat sementara waktu). Aku siap nak sponsor dorang, tapi sorang pun taknak datang, dorang cakap, dorang akan datang bila jadi jutawan kelak.
Aku tak mampu nak buat apa untuk menyekat aktiviti dana ni. Dengarnya ada yang sudah bercerai kerana terlalu obses dengan Dana, ada yang dah bayar deposit rumah semata-mata confirmed dana ni akan dapat. Aku sedih sebab keluarga aku yang ramai paling terjebak dalam dana ni.
Sekarang mak aku makin menjauh dari aku. Isteri aku tak sempat sekalipun berkenalan dengan keluarga. Pernah sekali isteri aku cuba telefon, tapi dilayan acuh tak acuh. So aku bagitahu wife aku, bersabarlah, lagipun kami tinggal jauh. Wife aku ni pulak terlalu pemurah. Dia tahu mak aku ada darah tinggi, sanggup pergi cari ubat yang paling bagus dekat sini.
Wife aku kerja Pharmacist, so dia tahu ubat mana yang bagus. Dia beli dan hantar setiap bulan, bukan murah, tapi itu tanda dia ingat ibu mentuanya. Tapi setiap kali tu jugaklah dapat cemuhan dari mak aku. Kakak aku siap tambah bara api lagi menghasut. Aku tahu kakak aku dengki dengan kejayaan aku dan isteri. Dia masih tak kerja, harapkan pencen ayah aku.
So apa yang kami berikan dia akan cuba menghasut sedaya upaya. Asyik bercakap gah dah nak jadi billionaire (bukan millionaire dah sekarang ni). Aku satu je risau, ubat yang wife aku supply setiap bulan tu amat bagus untuk mak aku. Tapi mak aku dah tak nak makan. Kononnya sebab dia nk tunggu duit dana tu so dia nk terus datang sini untuk buat treatment.
Macamana aku nak yakinkan mereka yang dana ni scam? Bila aku sorang je ada akal yang logik mengatakan rezeki takkan datang bergolek tanpa usaha, aku pulak dipulaukan keluarga.
Aku tak kisah aku dicemuh dihina, tapi aku amat sayangkan mak aku. Aku nak dia sihat. Sekarang ni, satu duit aku pun dia dah taknak. Dia cakap tak perlu nak bagi, sebab dah nak kaya. Asyik ayat tu je yang aku dengar. Apa perlu aku buat?
Kepada para pembaca yang masih percaya dana R*P ni wujud, tolonglah hentikan harapan dan hentikan dari terjebak dalam dana ni (sebab dengarnya ahli dah hampir 60k orang. Pasti ada yang baca kat sini). Aku taknak korang akan terima nasib macam aku dipulaukan keluarga dan ada yang teruk sampai bercerai berai.
Dana ni dah lama ada di Malaysia. Aku hairan kenapa kerajaan masih tidak dapat banteras kegiatan ni sampai habis duit orang pencen sampai meninggal pun masih tak nampak hasil. Allah dah cakap, rezeki akan datang kalau usaha. Takde istilah goyang kaki duit datang sembah kat dunia ni.
Kalau ahli2 pun dah boleh dapat sorang berbillion ringgit, mesti Owner lagi kaya dari Bill Gates. Bank Dunia boleh tutup kerana ada manusia yang lagi kaya dari Bank Dunia. Lucukan? Tapi inilah realiti sekarang yang ramai mungkin terjebak dan tidak tahu menahu.
Ikhlas,
– Firdause (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit