Kerana Tak Wish Birthday Aku Nekad Cerai

Salam semua.. Ada orang tanya aku, kenapa cerai. Antaranya sebab suami aku dulu tak pandai nak hargai aku seharusnya… Aku tak harap banyak, tapi kerana hiba lebih banyak daripada suka, aku memilih hidup sendiri.

Tak perlu cerita berapa kali aku tergerak hati nak putus tunang kerana sikap sambil lewa dia melayan perasaanku, apatah lagi dia pernah ada ramai ex sebelum tu.

Kes pertama selepas kahwin, aku cuba cek hp dia, tergamam rasa sebab dia wish birthday ex dia. Jika betul dah putus tak perlu pun nak wish lagi apatah lagi dah ada isteri.

Sehingga ex dia call dan aku jawab, aku hanya kata jangan kacau dia dah kahwin dengan aku. Dalam hati aku dah mula benci suami sebab aku tahu dia yang mulakan.

Waktu nak tidur aku menangis, suami tanya kenapa aku kakukan diri. Tapi suami ni jenis kaki perempuan dia tahu cara pujuk dan goda. Faham fahamlah tidur sekatil… Itu je sebab aku bertahan.. takut jika berpisah aku tak dapat benda tu.

Kes kedua, dia tak menunjukkan keterujaan bila aku mengandung, akulah yang pegang tangan dia suruh rasa kandungan. Suruh dia doakan… Dia jenis tak ada perasaan agaknya.

Sampailah aku kecewa dan aku buat segala urusan menyambut kelahiran baby sendiri... Aku tak beritahu dia aku beli apa, aku dah beli semua kelengkapan baby dan ibu berpantang. Nak dekat bersalin dia belikan beberapa set baby dan ibu pantang.

Aku tak gembira pun tapi rasa membazir sebab apa yang dia beli tu aku dah beli..

Saja tanya kenapa beli banyak ni, dia kata ada kawan dia kata isteri nak bersalin kan, belilah set2 ni. Dah kawan dia memang jual benda ni. Aku dah perasan suami aku ni bodoh, perlu ke aku buat bodoh bodoh.

Sebelum mengandung dulu dah kena macam ni, dia ada pergi ke Thailand urusan kerja katanya, balik tu bagi aku baju tidur, aku pun pujilah cantik, sekali dia kata kawan dia pilih. Terus aku mati selera.

Tahun pertama dia masih ingat birthday aku, adalah hadiah istimewa yang masih aku simpan. Tahun seterusnya dia dah tak wish birthday aku, entahlah sebab lupa atau sengaja.

Aku memang sengaja tak wish birthday dia sebab dia tak wish birthday aku. Kebetulan birthday aku sama tarikh anniversary. Aku tunggu je kot ada surprise ke prank ke, tak ada… Benci.

Aku raikan birthday anak aku je. Birthday kami buat tak tahu, mula tu rasa sedih juga, macam sama sama ego tapi akhirnya aku anggap benda tu tak penting pun.

Yang menyebabkan aku cemburu bila aku tengok perkongsian ipar aku sambut birthday dan anniversary yang romantik. Sekali suami aku wish untuk adiknya. Sakit tu lain macam.. dia bukan tak pandai wish birthday tapi tiada untuk aku dan anak.

Kerana sikap bodoh dia dalam bab menjaga hati isteri, aku nekad carai. Apatah lagi aku dah sakit hati sebab dia nampak lebih mesra bila bercakap dengan orang lain tetapi dengan aku serius je. Atas katil je bertukar manja.

Aku pun dah malas layan dia, dah rasa berdosa tak tidur sebilik, aku tidur bilik anak. Aku minta dilepaskan dengan baik.

Waktu dia lafaskan cerai tu dia nangis, aku pula rasa tenang sebab tak perlu lagi rasa kecewa, sedih, malu, pedih, hina…

Telah kering air mataku yang lama memendam rajuk dapat suami tak suka pujuk. Lebih suka hiburkan orang lain daripada orang rumah… Pergilah kau dari hidupku tapi jangan hilangkan diri daripada anak ini.

Walaupun dia tak pernah nak wish birthday kepada anak mungkin tak ingat tarikh lahir anak lebih ingat tarikh lahir ex, dia bagi nafkah duit belanja pada anak pun alhamdulillah. Alhamdulillah ala kulli hal.

Bercerai itu tak dosa jika ia untuk keluar daripada neraka. Menangislah kerana Allah bukan kerana manusia.

– Awan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. i feel you.. thank god urusan penceraian u went well.. awal2 angkat kaki bila ada red flags… jangan sebab kesiankan anak si ibu merana.. terbaik sis… hugs for you..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *