Kerana Tanah

Assalamualaikum, mula-mula sekali tujuan saya share cerita di sini sekadar untuk dijadikan pedoman.

Rasanya kisah tanah dan harta pusaka ni terlalu biasa jadi duri dalam daging keluarga melayu

Kisahnya ibu kandung saya sendiri yang dianiaya oleh kakak kandungnya sendiri kerana tanah pusaka keluarga.

Kakak ibu saya ni dalam keluarga memang antara yang paling kaya antara adik beradik, ada rumah besar di kuala lumpur, anak yang kerja pangkat tinggi, dalam adik beradik memang disegani dan dijunjung lah kiranya

Ibu saya pula, orangnya jenis adik bongsu manja tahap dewa. Dia memang sikit-sikit kakak-kakak dia, tak cukup kakak sendiri ambik kakak angkat bagai. Dia memang suka meramaikan silaturrahim lah.

Tapi saya perasan ramai sangat dalam keluarga besar saya yang macam tak berapa suka ibu saya. Especially keluarga kakak dia sendiri.

Masa kecik saya andaikan kerana perangai ibu saya yang suka havoc, suka memeriahkan suasana. Tapi rupanya kenyataan lebih hitam dari itu

Selama ini, rahsia mengenai tanah pusaka yang jadi punca keluarga kakak ibu saya benci dia.

Sebenarnya sewaktu ibu saya kecil, kakak dia mahu gunakan tanah pusaka untuk membeli tanah lain (tanah pusaka dibahagi dua dengan ibu saya).

Oleh kerana mahu menyenangkan urusan arwah atuk tidak meletakkan nama ibu saya di dalam geran tanah tetapi berkali-kali mengingatkan kakak ibu saya untuk meletakkan kembali nama ibu saya di dalam geran itu

Bila ditanya bila mahu meletakkan kembali nama, kakak ibu saya hanya suruh ibu saya belajar dan dia akan uruskan hal itu.

Berpuluh tahun kes ini sampai masing-masing dah tua ada anak cucu tetap kakak ibu saya tidak buat seperti yang diamanahkan

Sampai lah kami semua dapat tahu, kakak ibu saya dengan berani meletakkan nama anak sendiri di dalam geran itu tanpa menyelesaikan isu nama ibu saya.

Kami semua memang sudah lama redho dan abaikan kes ini sampai lah pakcik saya (abang kepada ibu saya) dapat tahu

Baru lah saya nampak sisi sebenar kakak ibu saya, betapa selama ini dia memburukkan nama ibu saya supaya semua orang benci ibu saya dan akan membiarkan dia membolot tanah tersebut sendiri.

Kakak ibu saya boleh buat drama dengan pakcik saya, siap berlakon sakit semata-mata tidak mahu berikan kembali hak ibu saya

Depan mata saya kakak ibu saya dengan suaminya mengarahkan ibu saya menutup mata dan biarkan hal tanah ini kerana fikirkan arwah nenek yang telah meninggal.

Malah kakak ibu saya sengaja keras hati playing victim dan buat macam ibu saya bersalah

Kakak ibu saya menuduh ibu saya tamak dan busuk hati, sedangkan yang sudah menggunakan geran tanah berpuluh tahun untuk membuat harta dia dan keluarga dia sendiri

Saya dari pada redho dan pasrah, rasa tak mampu untuk menghalalkan semua yang sepatutnya jadi hak saya yang diambil oleh kakak ibu saya.

Selepas kes mereka play victim, saya mengHARAMkan semua yg sepatutunya jadi milik mak saya, dan lebih parah lagi saya dan adik beradik sebenarnya anak yatim. Boleh kira mereka makan harta anak yatim

Dan balasan yang mereka dapat boleh dikatakan dasyat juga.

Mereka sekeluarga ditimpa masalah bertalu-talu, ada anak yang sakit tak pulih-pulih, ada anak yang masalah suami isteri, kakak ibu saya sendiri sakit dan sukar pulih tapi pada kakak ibu saya, dia LANGSUNG tidak bersalah

Sebenarnya ada satu kejadian yang buat saya tegar untuk ceritakan kisah ini di sini tapi macam panjang pula. InsyaAllah ada rezeki saya sambung lagi kisah keluarga saya yang mendukacitakan ini

– Yang penat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *