Kerana Tanah

Assalamualaikum. Ini sambungan dari kisah, (https://iiumc.com/kerana-tanah/).

Mula-mula, maaf lah ramai pening panggilan “kakak ibu” tu. Betul lah macam ada seorang yang komen, saya memang tak nak gelarkan dia “makcik saya” sebab tu saya bagi nama macam tu.

Tapi takpe kali ni saya bagi dia gelaran makcik Jah for jahat ye. Maaf jugak tak habiskan sekaligus haritu.

Kisah agak panjang dan saya cuba untuk cover banyak angel sebenarnya. Tapi janji ni last, saya pun bukan acah-acah suka nak buat siri berdrama sampai 800 episod ni takde niat macam tu pon.

Post haritu saya ada mention saya nak bagitahu satu peristiwa yang buat saya dan keluarga saya betul-betul sakit hati dan terguris dengan keluarga si makcik Jah ni. Peristiwa ni adalah susur galur daripada makcik Jah punya menantu.

Dia merupakan satu-satunya ahli keluarga makcik Jah yang sangat baik dan jaga ibu saya. Saya nama kan menantu dia abang B for baik.

Abang B ni sangat baik dan rapat dengan ibu saya. Dari kami kecik apa aje masalah, dia pasti bantu. Walaupun ahli keluarga yang sedarah sebenarnya adalah isteri abang B, tapi abang B lebih rapat dengan kami berbanding isterinya.

Dia sendiri tahu kes pasal mak mentua dia yang aniaya ibu saya dan penah berjanji untuk membeli tanah tu untuk diberi kepada ibu saya kerana tahu ibu saya tak bersalah,

Namun, Allah lebih menyayangi orang-orang baik, dia meninggal kerana covid masa covid mengganas dulu.

Dalam keluarga abang B, hanya anak lelakinya seorang sahaja yang baik seperti abang B. Anak-anak perempuan dia semua benci ibu saya, manakala isterinya pula biasa-biasa aje dengan ibu saya.

Beberapa bulan selepas abg B meninggal, anaknya pula mahu berkahwin. Saya bagi gelaran anaknya ini G aje. G ni antara yang paling benci ibu saya.

Ibu saya tahu tapi demi mengenangkan jasa arwah yang terlalu banyak, ibu saya pejam mata dan cuba untuk membantu majlisnya mana yang boleh.

Macam-macam ibu saya buat demi majlis G walaupun tiada yang menghargai. Dari majlis nikah, sanding sampai la ke majlis belah lelaki ibu saya pergi. Majlis di belah lelaki inilah si G membalas dendam kesumat dia pada ibu saya.

Memang ketara niat dia mahu memalukan ibu saya di hadapan semua kaum kerabat kami.

Di majlis itu, susunan meja diatur mengikut pangkat dalam keluarga. Mereka yang pangkat nenek, ibu diberikan meja hadapan untuk memudahkan tepung tawar. Jadi sepatutnya ibu saya satu meja dengan makcik Jah, kan?

Tidak ye. Si G yang gila ni, letakkan ibu saya di meja paling belakang, di bahagian mereka-mereka yang tidak penting, tidak diperlukan kiranya.

Mereka yang beri susunan memaklumkan pengantin gila itu yang mahu ibu saya duduk di situ. Mulanya ibu saya mahu balik aja, hati betul-betul terguris tapi,

Kakak kepada abang B memohon agar ibu saya teruskan masuk demi abang B. Sepanjang majlis kakak baik ini genggam tangan ibu saya, menemaninya sepanjang majlis si gila itu. Sewaktu majlis sedang berlangsung,

Tiba-tiba kakak kepada si G ni, saya namakan k for Kudis, panggil ibu saya untuk tukar meja dan duduk di meja bersama makcik Jah (ramai ahli keluarga kami sudah mengata-ngata mereka). Ibu saya yang sudah terguris dan sakit hati hanya menolak.

Si Kudis ni boleh menjerkah ibu saya dan memaki ibu saya di hadapan kesemua ahli keluarga kami dan ahli keluarga belah lelaki. Ibu saya diam dan tahankan lagi sampai dia pulang.

Esoknya, makcik Jah telefon ibu saya dan macam biasa, makcik jahat ni play victim dan kata dia tidak tahu menahu si gila mahu buat begitu kepada ibu saya. Ibu saya yang sudah bertahan berpuluh tahun, menghamburkan kesemua kecewa dia kepada makcik jahat.

Dia bagitahu dia tidak menyalahkan gila sepenuhnya kerana gila ni dimomokkan dengan cerita tipu yang direka makcik jahat sendiri.

Andai makcik jahat bagitahu kisah sebenar, mungkin benci dia tidak sampai begitu sekali. Apa respon makcik jahat yang tamak haloba ini?

Macam biasa, play victim dan menyalahkan ibu saya kembali… saya betul-betul ingat saya sudah tidak perlu tengok keluarga jahat ini lagi namun, Allah memang mahu menduga kami semua

Suami kepada makcik jahat ni sakit, sudah lama sebenarnya. Saya yakin ini merupakan salah satu daripada kifarah dia kerana, dia sama-sama dengan makcik jahat untuk menganiaya ibu saya.

Lama juga dia bed ridden dan selepas kes si gila malu kan ibu saya, dia meninggal. Kami dapat tahu pun daripada pihak keluarga jauh yang beritahu.

Makcik jahat sikit pun tidak memaklumkan kepada ibu saya walaupon kami lebih dekat dengan mereka, memang salah satu cara dia mahu menyakitkan hati ibu saya.

Makcik jahat ni boleh memaklumkan berita kematian suaminya kepada rakan dia di negeri lain, daripada ibu saya yang merupakan darah daging dan duduk satu taman dengannya.

Ikutkan hati saya langsung tidak mahu tengok lagi keluarga jahat itu tapi memikirkan fardu kifayah, saya bawa juga ibu saya ke pengkebumian arwah

Seperti yang diagak, memang mereka tunjuk habis benci mereka pada ibu saya dia pengkebumian, namun saya dan ibu hanya menghadiri, dan pulang selepas jenazah selamat dikebumikan.

Malam yang sepatutnya tahlil, langsung tidak mereka maklumkan jauh sekali untuk mengajak ibu saya. Kami memang sudah redha dan pasrah dengan keluarga yang jahat yahudi ni.

Saya mulanya pelik kenapa si gila ni marah sungguh dengan ibu saya, rupanya semua berpunca dari lepas makcik jahat beri tanah itu kepada anaknya.

Anaknya yang diberi tanah ni, saya beri gelaran S, memang jenis manusia angkuh. Bila ibu saya minta bahagiannya, dengan bongkak dia minta ibu saya bayar separuh kerana dia mampu untuk mengadakan separuh bahagian dia juga.

Ibu saya mengamuk kerana ini memang tidak adil untuk ibu saya sedangkan makcik jahat sudah menggunakan tanah itu berpuluh tahun tanpa mengeluarkan satu sen pun. Adik saya masuk campur hal itu dan tiba-tiba si gila ni memaki ibu saya depan adik saya.

Silap besar sebab adik saya yang pangkat pakcik pada dia memarahi dia sebab kurang ajar dan masuk campur hal orang tua. Sikit lagi si gila ni makan penampar adik saya.

Jadi apa kesalahan ibu saya? Sebab ibu saya tidak pertahankan si gila ni dari kena marah dan hampir disepak adik saya. Itu punca dia benci dan dendam dengan ibu saya.

Mesti ramai sebenarnya mahu tahu apa lagi kifarah yang diterima keluarga yang makan harta anak yatim ni kan?

Saya sebenarnya perasan masalah bertimpa yang mereka alami selepas saya sendiri maklumkan yang saya mengharamkan setiap sen yang sepatutnya menjadi hak saya.

Sumpah, lillah, saya dan keluarga saya sebenarnya lama dah redha dengan makcik jahat bolot kesemua tanah tu tapi bila mereka sampai membenci dan menghina kami begini,

Tidak cukup nak bolot tanah, nama baik mak saya pon dia nak musnahkan juga, saya memang tak mampu nak maafkan. Betapa busuknya hati makcik jahat ni. Tapi Allah maha adil:

Makcik jahat ni sendiri memang sakit, suami yang sama-sama teammate dengan dia untuk hina mak saya depan mata saya, tiba-tiba je sakit sampai terlantar bertahun di katil.

Padahal kalau orang kenal orangnya, dia sangat menjaga kesihatan tapi kuasa Allah tiada siapa boleh menyangkal. Makcik jahat juga kehilangan beribu ringgit kerana dicuri orang yang menjaga suaminya.

Salah seorang anaknya, yang sangat aktif, sakit sampai sukar mahu berjalan walau pelbagai rawatan dan terapi dibuat.

Ada seorang anaknya pula, sakit teruk sampai kurus kering, bercerai dan hidup kesorangan. Anaknya yang dia beri nama untuk tanah pula, suami isteri masing-masing ada orang ketiga dan dia ni langsung tidak hormat pada makcik jahat,

Sepanjang ayahnya terlantar sakit sikit pon dia tidak membantu menjaga mahupon ambil berat.

Kebanyakan anak kepada makcik jahat ni memang langsung tidak ambil berat kepada dia dan paling hebat sekali, kesemua cucu dia menjadi manusia paling kurang ajar, sombong dan bongkak.

A bit cliche tentang cucunya kerana, sewaktu saya kecil ibu mereka pernah marahkan saya dan adik saya kononnya kami tak baik, kurang ajar, kena ajarlah maklumlah, kami tiada ayah kan..

Jadi apa kami buat semua tak kena. Tapi sekarang anaknya sendiri jauh lebih kurang ajar dan biadap dengan orang tua.

Kalau ikut logik sepatutnya orang akan sedar dan taubat selepas pelbagai benda buruk jadi dalam keluarga namun pada makcik jahat ni, dia sikit pun tak salah tentang tanah ni, salah besar kalau ibu saya atau sesiapa ungkit.

Bila hati sudah hitam dek kerana makan harta haram begitulah buta mata buta hati. Mungkin ada yang akan pertikai ibu saya, betul ke arwah atok berikan separuh kepada ibu saya?

Percaya la suatu ketika dulu saya pun pernah fikirkan benda yang sama namun, Allah maha kuasa, salah seorang keluarga saya tiba-tiba minta kebenaran ibu saya untuk membeli tanah itu.

Ibu saya beritahu itu bukan tanah kami, itu milik makcik jahat, namun saudara ibu saya itu menegaskan separuh dari tanah itu hak ibu saya,

Maknanya, bukan ibu saya sahaja yang tahu tentang perjanjian itu, kesemua adik beradik sebenarnya tahu, namun, demi kerana takutkan makcik jahat, mereka semua mendiamkan diri dan membiarkan makcik jahat menganiaya ibu saya.

Yang benar-benar fight untuk ibu saya hanya abang-abangnya sahaja namun, mereka juga sudah menghadap ilahi.. Semoga syurga buat mereka.

Maaf andai cerita kucar kacir, maaf juga penggunaan nama yang kasar, maaf sebab saya manusia biasa tak mampu dah nak bagi nama baik-baik untuk manusia yang buat terlalu jahat kepada ibu saya. Semoga kisah ini bermaanfaat hendaknya.

Saya akui, salah satu tujuan saya menceritakan kisah ini agar mereka yang berkenaan tahu cerita sebenar dan sedar orang tua mereka sendiri yang sebenarnya membuat onar tentang hal tanah ini. Semoga belum hitam lagi la hati mereka hendaknya

– Yang penat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *