Kerana Tiada Anak

Assalammualaikum Admin. Terima kasih kerana menyiarkan luahan kali ini. Ini lah kehidupan, bila kita dapat berikan apa yang orang sekeliling kita mahukan, seburuk dan sejahat kita pun orang tak ambil kisah dah.

Saya sudah berkahwin setahun dan tinggal bersama keluarga mertua & ipar duai di utara tanah air. Masih belum di kurniakan zuriat dan saya suri rumah kepada suami yang bekerja di sebuah kilang. Keluarga saya tinggal di Selatan.

Saya mohon jangan fokus kepada kenapa duduk sekali dengan mertua or ipar duai sebab sebenarnya saya nak fokus kan bertapa rendah nya kedudukan saya di mata semua apabila belum mempunyai zuriat. Terasa, sedih, cemburu, kecewa dah biasa bagi saya yang tinggal bersama keluarga mertua.

Antaranya:
1. Bila bersembang, saya mesti akan di pinggirkan, di ketepikan. Ibu Abah mesti akan bersembang dengan ipar & cucu je. Even saya ada dekat situ, mereka akan buat macam tak wujud. Saya dah usaha untuk bersembang sekali, tapi ipar or Ibu pasti akan ubah topik lain.

2. Bila suami cuti, saya masak makan malam special sikit. Saya siap hidang dan panggil semua makan. Tapi semua suruh makan dulu dan semua cakap da kenyang. Habis je kami makan, ipar saya masak maggie. Ibu terus makan tanpa perlu pelawa pun. Saya terus perbetulkan niat saya semula “Saya masak untuk suami, tak apa kalau Ibu Abah tak nak rasa. Nanti cuba masak lagi” supaya tak terus sakit hati. Betapa saya berkecil hati tapi saya diam kan je.

3. Apabila kerja rumah semua di serah kan kepada saya dengan alasan saya tiada komitmen. Tak de anak untuk di jaga. Untuk tak sakit hati, saya cakap pada diri saya sendiri “Saya kemas sebab saya memang betul- betul nak kemas. Bukan sebab tak de komitmen and tak de anak”. Bila saya rasa letih nak kemas sepah yang anak2 ipar buat, saya terus akan ingat kan diri saya “Suami, lagi penat cari rezeki untuk saya” Everythings saya cuba positif sebab tak nak sakit hati.

4. Ipar2 banyak susahkan Ibu. Ibu yang basuh & lipatkan baju, basuh pinggan mereka makan. Bagi Ibu mertua, even menantu malas macam mana pun tak apa asalkan dapat bagi cucu. Ipar2 saya bangun lambat atau selalu tidur petang, semua tak kan jejas kan apa2, tapi kalau saya terlajak tidur sebab letih pasti Ibu akan tarik muka masam. Sampai satu tahap saya rasa sia2 untuk tlg mengemas, jaga adab, kawal perasaan saya. Tapi saya sedaya upaya untuk positif lagi. Mujur Allah ada. Tempat meluah selain di sini.

Bahagian dugaan saya lambat dapat zuriat, terselit juga dugaan keluarga mertua saya untuk sabar tunggu. Tapi mereka tak sabar malah menghukum secara halus.

Sesungguhnya orang yang belum di kurniakan zuriat ni, setiap hari melawan kesedihannya, melawan cemburunya, melawan kata- kata orang sekeliling. Jadi tak perlu lah untuk menambahkan lagi bebanan atau kesedihan orang yang senasib dengan saya. Semua orang yang berkahwin, pasti mahukan anak tapi kami tak mampu nak lawan ketentuanNYA. Sekarang saya banyak kan diam dan sabar. Moga ada ganjarannya kelak.

Doakan saya supaya di limpahi rezeki supaya boleh bina hidup berdikari bersama suami suatu hari nanti. Terima kasih sesiapa sahaja yang membaca, semoga mendapat sedikit pengajaran dari cerita saya.

Stay positif, always connected to God.

– Silencer

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *