Kerani

Assalamualaikum, aku degree holder kos pengurusan perniagaan. Swasta. Baru grad dalam bulan 12 tahun lepas. Aku dah pun bekerja sekarang. As kerani dengan gaji sebanyak Rm1300 sebulan belum tolak epf dan socco. Tolak – tolak semua, tinggal rm300 bersih untuk aku makan, bagi mak abah, dan keperluan aku. Ptptn? jgn tanya aku masih tak mampu nak bayar Rm380 sebulan. Dan sekarang aku dah hampir 1 tahun kerja sebagai kerani yang mana kadang-kadang aku rasa kenapa aku amik degree dulu. Bukan sebab aku tak bersyukur dengan pekerjaan aku sekarang, aku masih bersyukur, cuma kadang-kadang ia membuat aku terfikir.

Sebelum aku nak dapat kerja as kerani ni pun, aku cukup struggle. Interview sana sini still tak dapat. Alasan yang paling tak boleh blah, “kami nak diploma holder”.. what?? kau tulis dalam iklan diploma and degree qualification kau nak, bila aku tanya kenapa tak dapat kau kata nak diploma je? okay. Bukan 1 company hampir 90% company yang aku interview semua bagi alasan macam itu. Rata-rata, batch aku pun masih ramai yang tak bekerja atas alasan yang sama. Alasan “kami masih belum ada kekosongan untuk degree holder”.

Until now, aku still cari kerja yang sesuai dengan kos sara hidup aku. And the best part is, bila qualification spm, experience nak 4 tahun sebagai kerani. KERANI. dan berhuhulah aku ketika membaca job description diorang. Aku faham kenapa certain company nak kan experience sampai 4 tahun, qualification kalau boleh tak nak ambil yang tinggi sangat, aku faham. Mungkin sebab ekonomi, mungkin sebab diorang tak nak bayar gaji mahal-mahal. mungkin. Aku berfirasat macam tu je la. Oh lupa, sebelum korang kecam aku, aku tak memilih kerja. Sebelum nie aku pernah kerja salesgirl, dengan cleaner dekat syarikat kerajaan.

Mungkin kerani nie la kerja yang sesuai untuk aku buat masa sekarang nie. Allah dah tetapkan rezeki hamba-hamba dia. dan aku bersyukur. Kepada company-company kat luar tu, if nak hire diploma holder only, tulis terang-terang. Jangan bagi harapan palsu. Dan tolong la bagi degree holder peluang untuk develop. Aku xnak pun gaji sampai 3k, cukup la untuk aku settle kan ptptn aku bulan2 tu semua. Untuk kawan-kawan aku kat luar tu yang masih belum bekerja, jangan give up teruskan hantar resume. Keep hunting kerja-kerja kosong. In sya allah adalah rezeki korang tu.

– No name

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit