Salam hi. Mohon sangat admin approve confession ni sebab maybe tak penting bagi orang lain tapi penting la bagi aku.
I need wise opinion from readers. Maybe perspektif orang lain akan buka minda aku lebih luas. Aku Nur, 28 tahun dan bakal berkahwin in less than 3 months.
Aku perlukan pendapat soal pekerjaan sebenarnya. Aku grad hujung tahun 2018, 2019 aku star kerja dalam bidang retail dalam 2 tahun 5 months camtu.
Aku kerja sebagai kuli2 jelah and tak naik pangkat pun dalam tempoh tu. End up aku resign daripada kerja tu and i was jobless selama dua bulan.
Dalam dua bulan aku jobless tu, sebenarnya aku dah secure satu kerja ni semasa dalam notis resign dari company lama aku tu. Kerja office hour 6 hari seminggu, bidang marketing.
Tapi aku resign jugak dalam masa 2 minggu je sebab aku rasa kerja tu tak kena dengan jiwa aku..
Bila aku pandang belakang balik, adalah sedikit kekesalan sebab aku tak mencuba lebih gigih.. at least stay lah sampai gaji ke apa kan, ni tak.. takpelah let byangone be byangone lah kan.
So, aku jobless lah selama 2 bulan and awal bulan 7 ni aku dapat lah satu kerja baru ni selepas merata aku apply.
Aku banyak apply kat indeed je. Aku dapat kerja retail lagi tapi kali ni aku kerja dalam beauty store. Kedai saka yang mostly perempuan punya favourite lah senang cerita.
Masalah aku kat sini, selepas aku resign dan jobless tu, aku rasa susah untuk aku adapt dengan tempat baru, dan orang baru.
Satu lagi masalah, aku pernah dapat anxiety masa kerja lama aku tu, aku jadi shaking and nangis tiba2. Lama dah tak jadi, tiba2 je jadi balik bila aku start kerja baru ni.
Aku baru kerja dua minggu je tau, and aku tak boleh lari dari kira masa bila aku nak balik ni.. macam aku tak enjoy kerja aku sedangkan semasa aku jobless dulu kemain minta kat Allah murahkan rezeki aku dapat kerja.
Bila dah dapat aku pulak macam ni.. tak bersyukur ke aku ni?
Another thing is, aku macam tak gemar sangat working days tempat baru ni sebab kerja 7 hari straight, lepas tu baru cuti.. memang lah takde ot wajib, aku kerja 8 jam je tapi aku tak gemar dengan working style & working days dia..
Kadang aku jadi blank, macam apa lagi aku nak buat kat kedai ni sebab staf tak boleh la kan nak duduk saja2.
Sistem kedai ni, nak susun barang tu dah ada tempat dia tau, tak boleh suka suki je letak mana2 ko suka..
Bila ada banyak barang sampai, aku lega sebab at least aku ada benda nak buat tau. Bila takda, aku kena keep on mencari apa benda yang aku boleh topup sikit2, ambil customer camtu jelah.
Aku memang tak lari dari kerja susun2 barang, layan customer semua.. biasalah kan retail.. aku rasa nak resign lagi masalahnya..
Cuma hari2 lah aku cakap kat diri sendiri, jangan overthink, hadap je, doa Allah mudahkan, bersyukur ada kerja and paling penting, aku nak kahwin tak lama dah.
Aku perlukan duit untuk cover certain cost sebab habis bayar kereta masa aku jobless haritu.. Aku bertahan atas sebab ni lah buat masa sekarang…
Aku tak tahu nak fikir macam mana.. benda tak kena dengan jiwa.. dalam kepala aku sekarang, tahan je dulu sampai kahwin and lompat kerja lagi..
Selagi tak jumpa yang kena dengan aku, selagi tu lah aku lompat kerja.. paling tak pun aku jadi surirumah, berbakti untuk suami aku tapi tulahh kereta aku sape nak bayar…
So, aku harap korang boleh tolong aku.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cite kak sme mcm sye skrg..tah la rse mcm tak gune pulak diri sendiri ni..