Terima kasih admin, sudi kongsikan coretan aku, walaupun aku tahu ramai dalam kalangan pembaca sukar memahami isi kandungan penulisan ini.
Pertama sekali, aku minta maaf jika ada ejaan dan tanda baca yang tidak betul.
Maklumlah, tahap pendidikan aku sekadar sekolah kebangsaan sahaja disebabkan hal keluarga.
Sebagai ibu bapa atau bakal suami isteri, harap sangat urusan dokumen diri dan berdaftarlah perkahwinan di pejabat agama bila sudah berkahwin.
Ingat satu perkara, ini fasa pembelajaran mengurus emosi, nada suara, serta kewangan, bukan lagi fasa kalian hangat bercinta dahulunya.
Janji bulan dan bintang yang tinggal hutang.
Jika suami jenis suka memancing (cari gaduh) dan isteri pula mudah terpancing (naik angin), anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
Lahir dalam perkahwinan yang kerap memancing dan dipancing mewujudkan rasa trauma pada perkahwinan dan benci pada lelaki kerana bimbang akan berulang.
Oleh itu, cukup sahaja kita yang merasa caci maki dan segala jenis haiwan diucap, balingan, dan tamparan.
Janganlah, ya Allah, ada generasi seterusnya jika perangai itu tetap sama.
Terima kasih..
– Alif (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa yg cuba ko sampaikan ni? was2 nk kawin ko xyh kawin la.
Nasiblah kami bujang
Alhamdulillah
akk faham apa yg awak nak sampaikan dik, semoga awak bertemu kebahagiaan dan dapat membina perkahwinan yg awak impikan, bukan seperti kehidupan yang awak dah saksikan dan lalui selama ni, amin yra