Tak tahu la bagi orang lain, tapi bagi saya terasa jugak la kenaikan harga barang yang mencanak2.
Dengan syarikat pun kurang pendapatan, tak mampu bagi bonus atau kenaikkan tahunan.
Gaji sekarang dah rasa tak cukup kalau nak maintain gaya hidup lama.
Akhirnya saya ambik keputusan untuk kerja partime. Kebetulan jumpa orang iklan perlukan kerja di sejuk beku.
Orang tu pun bayar gaji secara harian. Habis kerja dapat gaji. So saya suka konsep tu.
Kerja sampai 12 malam. Masuk pukul 6.
Rupanya mencabar jugak kerja dalam sejuk beku ni.
Ye la macam kerja dalam peti sejuk. Kena susun barang2 dari kontena. Sayur2 daging2. Ada bahagian2 dia la.
Dengar macam senang, tapi kejung beku jari2 semua.
Sekali dengan saya ada sorang makcik ni.. 65 dah umur dia. Kesian sangat tengok dia.
Saya tanya kenapa la datang kerja sini. Dah tua2 kerja, lagipun kena angkat berat dan sejuk.
Dia kata terpaksa la adik. Nak kena hidup nak kena makan.
Saya tanya anak2 tak de ke..
Dia kata anak 2 orang ja. Masing2 dah ada keluarga. Kehidupan susah jugak. Nak bela anak diaorang lagi.
Makcik tak harap kat anak. Makcik tu pun tingal sorang ja. Suami dah meninggal.
Dia kata dulu kerja cleaner macam tu la. Tapi dia pun ada sakit. Penat, kencing manis. Dia selesa buat kerja orang, mana yang panggil dia pergi.
Dia dah tua nak mintak kerja mana pun susah. Dah tu sakit2 pulak.
Kerja ni je lah rezeki dia. Dia suka kerja ni sebab terus dapat gaji. Dia kata nak beli makan boleh terus beli. Kalau gaji bulan jenuh nak tunggu.
Lagi satu kalau tak sihat dia tak datang.. Bos pun macam faham. Tak dak la terus berhentikan. Tu yang lama dia mampu stay sini.
Style orang tua2. Gaji hari ni nak bayar api. Esok bayar air. Lusa nak beli2 makan. Berasa duit hari2 ada bila gaji hari.
Tapi setiap kali tengok makcik tu memang rasa kesian. Rasa diri sendiri susah dah, rupanya lagi ramai yang lebih susah dari kita.
Betul la orang kata, kalau nak didik hati bersyukur kena kerap tengok orang lagi susah dari kita.
– Ranting (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit