Keredhaan-Nya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua… Terlebih dahulu sis minta maaf sekiranya ada ayat yang tunggang langgang…

Ceritanya begini… mengenai ibu yang tersayang… Sedih melihatnya setiap hari kerana ia melibatkan perasaan.. Setiap hari terkenang kan anak lelaki yang jauh..

Ibu duduk dengan sis bermula seminggu sebelum puasa sehingga sekarang.. Kami telah kehilangan ayah setahun yang lepas kerana sakit tua.

Semasa arwah ayah hidup dan sedang sakit, arwah ayah dan ibu tinggal bersama abang. Setelah arwah ayah tiada, ibu lebih suka duduk di rumah sendiri. Katanya lebih selesa.

Kami faham akan kehendaknya. Kami akan datang melawat dan melihatnya sekerap yang boleh. Cuma baru-baru ni hati ibu terbuka untuk duduk dengan sis.

Umpama satu rahmat buat sis apabila ibu nak duduk dengan sis keluarga. Sis berjanji untuk menjaga ibu selagi hidup. Ini lah peluang sis untuk berbakti.

Tapi masalahnya ibu rindukan anak-anak yang lain. Sis telah meminta adik beradik yang lain supaya sentiasa menghubungi ibu bertanya khabar dan melepas rindu beliau kepada anak2nya.

Kakak-kakak sis selalu menghubunginya semenjak ibu tinggal dengan sis. Cuma masalahnya abang sis. Selalu menghubungi ibu “melalui” isterinya.

Contohnya kakak ipar yang akan menghubungi ibu dan bertanya khabar tapi bukan anak lelaki nya sendiri. Mungkin sekali dua ibu boleh terima.

Ibu rindukan suara anak lelaki nya yang seorang. Sampai satu tahap ibu beritahu anak lelakinya “kau lah penawar, kau lah racun hidup aku. Kau lah anak lelaki aku seorang. Kenapa tak call dan tanya khabar ibu sendiri?”.

Sis memang pernah bertengkar dengan abang disebabkan “sesuatu” yang berkaitan dengan keluarga. Tapi sis dah meminta maaf dan ampun melalui wasap dan meminta beliau menelefon ibu sendiri. Andai kata bencikan sis jangan bencikan ibu.

Sis minta abang supaya menelefon ibu dan meminta maaf kepada ibu. Mengalah andai kata ibu ada tersalah kata kepada keluarganya. Sis tidak mahu beliau menyesal dan ralat.

Sis tahu abang sis sedang bahagia tapi ibu di sini menanggis setiap hari kerana rindu dan teringatkan anak lelakinya.

Masing2 ego tidak mahu mengalah. Sis tersepit. Tidak tahu nak buat apa.

Andai kata sis ingin menasihatkan abang rasanya dia tidak akan menerima. Sis ingin melihat ibu tersenyum dan tenang apabila ada bersama sis.

Sis tidak meminta apa-apa pun dari adik beradik. Cuma hubungi lah ibu sendiri. Ibu hanya ingin mendengar suara kalian.

Buang lah ego dan marilah kita jaga harta dunia akhirat yang kita ada. Buanglah perasaan yang lain demi ibu kita.

Untuk semua pembaca, dengan rendah hati meminta semua doakan agar hati abang sis terbuka untuk menghubungi ibu. Sesungguhnya sis takut abang akan ralat dan menyesal kemudian hari.

– Murni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *