Kerenah

Aku Farahdeeba. Aku sudah berkahwin 9 tahun lepas. Dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Suami aku bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai penyelia. Saya pula surirumah yang kini mempunyai bisnes kuih-muih seperti kuih2 talam, kuih2 goreng serta kek.

Pada mulanya aku start bisnes nie, Mak mentua aku tak setuju sebab katanya belum tentu laku jualan dan rugi katanya. Kenapa tak minta kerja lain katanya.

Saya bagi alasan ini sahaja yang saya reti. Kerja2 pejabat saya tak reti. Mak mentua kata kalau malas kerja cakap saja, jangan kasi alasan itu ini.

Dia suruh saya ikut Kakak ipar yang dia kata dia yang suruh Kakak ipar kerja. Tapi cerita sebenarnya, Mak mentua pernah cakap kat Kakak ipar yang kena kerja dan jangan nak harap duit anaknya sahaja.

Katanya Kakak ipar kena beringat yang anaknya ada keluarga, ada Mak Bapak. Sebabkan Kakak ipar aku nie jenis lembut, tak melawan so dia ikut jerlah. .

Aku tetap dengan pendirian aku untuk buat bisnes tersebut. Macam biasalah, canang-canang kata aku pemalas taknak kerja. Nak duduk rumah senang lenang. Menghabiskan duit anak dia sahaja.

Mak mentua pernah cakap, dia punya impian mahu menantu yang bekerja. Baru dikatakan bagus. Aku pun ye kan jerlah.

Bisnes aku semakin okey. Banyak tempahan yang aku dapat. Tetapi bagi Mak mentua aku, aku dikatakan hanya duduk di rumah besarkan badan dan punggung tetapi hakikatnya, badan aku tetap sekeping jugak.

Mana tidaknya, menyiapkan tempahan orang yang banyak. Mula-mula buat seorang diri. Dan sekarang ada dua pekerja iaitu adik aku sendiri.

Aku pernah bagi kuih pada keluarga mentua. Yang lain memuji kuih aku sedap. Tetapi Mak mentua aku cakap tak sedap. Ingat lagi ayat dia,

“Macam nie korang kata sedap?Lidah korang rosak dah kot. . “Dan apa-apa aku masak pun, memang bagi Mak mentua ianya tak sedap. Sebab aku menantu yang tak kerja. Padahal aku buat kuih-muih, kek bagai tue bukan kerja namanya. Entahlah…

Tapi selagi boleh sabar, aku sabar saja. Suami aku pun mula berani tegur Maknya. Bukan kasar pun. Tapi Mak mentua sound suami aku dengan label anak kurang ajar. Ayah mentua aku masih ada tapi dia sendiri pun pening dengan perangai isteri sendiri.

Dengan suami dia sendiri pun Mak mentua aku boleh hentak2 kaki bagai marah2. Apatah lagilah anak menantu. Sampai anak aku pun takut. Bukan itu jer, pernah sekali anak sulung Abang suami aku tegur Mak mentua sebab Mak mentua cakap bodoh dengan bangang.

Anak tue just kata tak baik Nenek cakap macam tue, berdosa. Korang tahu apa Mak mentua aku buat?Dia tampar budak tue sampai pecah bibir. Sekali dengan sumpah seranah. Sejak itu, Abang ipar aku dah jarang ke rumah. Datang pun just dia seorang.

Isteri dia cukup marah tapi sebab katanya fikir orang tua dan Mak mentua. Ayah mentua akulah beriya minta maaf bagi pihak Mak mentua aku.

Mak mentua aku nie dengan adik beradik dia sendiri pun banyak hal. Semua dah tak tahu nak buat apa.

Kalau dengar jer anak buah perempuan dia tak kerja, jadi surirumah, habis dia “basuh”kawan tue sampai kawan tue trauma nak datang. Anak-anak buah Mak mentua selalu akan elak nak jumpa disebabkan mulut takde insurans.

Sekarang bisnes aku dah maju. Alhamdulillah…Dapat juga bantu suami cari duit lebih dan ada rezeki kami tukar kereta baru.

Tapi Mak mentua aku jenis tak relax menangis meraung-raung sebab kami beli kereta baru. Sampai cakap habislah duit anak aku. Dalam hati aku, aku gelak.

Maaf, bukan apa. Tengok keletah Mak mentua aku nangis macam tue, serupa budak lambat dapat susu lepas tue tantrum. Lebih kuranglah.

Suami saya cakap pada Maknya, “Kereta baru nie kalau isteri saya takde bisnes jual kuih dengan kek, saya tak mampu nak beli kereta baru.

Nie kereta bayar sama-sama. Saya mengaku, tak mampu saya nak bayar kereta nie seorang. Menantu Mak nie tolong. “Ingatkan dah habis kat situ. Rupanya Mak mentua aku cakap, “Buat apa beli kereta baru. Buat membazir jer. Baik sedekah jer duit. “Pulak dah…

Sebenarnya nak cerita lagi memang panjang. Mungkin segelintir orang kata ini kisah dongeng, rekaan apa bagai kan. Terpulanglah nak percaya atau tidak. Sebab aku yang lalui.

Sampai ke la nie Mak mentua aku macam itu jugak. Kalau jenis tak sabar, agaknya Mak mentua aku tue dah lama kena “smackdown”.

Dan sampai sekarang jugaklah isteri Abang ipar aku tue taknak balik ke rumah Mak mentua sejak peristiwa tersebut. Anaknya pun masih trauma lagi. Doakan yang baik-baik sajalah semoga semuanya baik sahaja ya…

– Farahdeeba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *