Sekarang ni tengah hot issue sam bunkface dan bekas isterinya. Aku taknak ulas banyak mengenai issue tersebut memandangkan takut jatuh fitnah. Tapi, perempuan/bekas isteri yang macam tu memang wujud.
Meh sini aku ceritakan kisah aku. Lama sangat pendam tapi tak sempat-sempat nak type sebab sibuk kerja. Nama aku Nia. Dah dua tahun berkahwin dengan duda anak dua. Aku 29 tahun manakala suami aku 37 tahun.
Aku bekerja sebagai peguam dan model sambilan (bila ada kelapangan masa) manakala suami bekerja sebagai pegawai uniform. Anak tiri berumur 12 dan 10 tahun. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah sekarang aku tengah mengandung anak pertama (8 bulan).
Suami aku bercerai 4 tahun lepas, pada 2019. Kami kenal masa awal tahun 2021, dua tahun selepas suami bercerai. Tapi masa kenal-kenal tu pun aku risik-risik juga background suami aku, check kat sistem mahkamah semua sebab takut kena tipu, since bila aku tanya kenapa bercerai, dia seboleh-boleh tak nak burukkan bekas isteri dia.
Jawapannya cuma “nak buat macam mana, tak ada jodoh.” Punya la suami aku jaga aib bekas isteri, family mertua aku tak ada siapa yang tau semua ni, punca cerai semua mereka tak tahu. Of course aku tak puas hati, haha jadi aku ambil inisiatif untuk korek sendiri.
Alhamdulillah tak ada apa-apa yang mencurigakan. Family belah suami, juga sangat-sangat baik dan melayan aku macam anak sendiri. Ipar duai juga baik-baik belaka. Suami juga baik, bukan lelaki yang jenis cuba ambil kesempatan sepanjang kami kenal. Aku pun lega sebab aku risik-risik juga bekas isteri dia dari social media.
Nampak ex nya memang dah move on, dah ada boyfriend dah pun, so aku okay. Masa tu anak-anak dijaga bekas isteri dia. Tak ada perintah mahkamah semua tu. Selepas 9-10 bulan kenal, suami pada masa tu decide untuk kenalkan aku dekat anak-anak dia.
Alhamdulillah anak-anak pun okay cuma malu-malu. Tapi macam-macam cabaran nak jumpa anak-anak dia. Rupanya suami dah 6 bulan lebih tak dapat jumpa anak-anaknya sebab exwife nya tak kasi.
Rupanya lepas bercerai memang ex-wife nya cuba jauhkan anak-anak dari suami. Pindah-pindahkan anak. Suami masa tu tunjuk semua whatsapp conversation merayu-rayu nak jumpa anak.
Agak tidak adil bagi aku sebab nafkah suami bagi tiap bulan untuk anak-anak tapi tak dibenarkan jumpa. Dalam setahun bagi jumpa sekali dua je. Itu pun susah. Raya pun tak bagi jumpa.
Hujung tahun 2021 kami pun berkahwin. Bermula lah episode drama dari bekas isteri. Bekas isteri secara tiba-tiba bagi jumpa anak. Giliran suami sebulan dua kali pada hari minggu (jumaat malam-ahad malam). Tapiii… bila nak pulang anak ke bekas isteri, bekas isteri akan tiba-tiba hilang.
Dia cakap dia takde rumah la outstation la. Takpun dia akan sidai 2-3jam baru dia balik rumah. Banyak kejadian di mana anak tak sekolah seminggu sebab masa nak pulang, mak nya tiba-tiba hilang. Tengok story bukan main lagi jalan-jalan dekat mall area rumah.
Suami pula kadang-kadang isnin outstation seminggu- (ada operasi), jadi aku kena jaga anak sorang-sorang. Suami banyak kali minta maaf sebab aku terkena tempias. Tapi aku okay sebab anak-anak dah mula ngam dengan aku. Alhamdulillah.
Cuma kesian sebab tak sekolah. Lama-lama, suami whatsapp bekas isteri dia dan bagitahu yang dia tak boleh suka-suka macamni sebab suami aku operasi. Jangan tiba-tiba tak ada sebab kesian anak asyik la tak pergi sekolah.
Perempuan tu mengamuk ya and balas mesej “Jaga anak pun berkira. B****, pu*****”. Bermula lah cerita yang tak sedap dari bekas isteri di social media nya. Saya dan suami hanya diam tak balas apa-apa kenyataan di social media.
Kebanyakan masa, bekas isteri akan suruh ambil awal macam hari rabu ke apa sampai ahad. Alasan dia outstation la, cabut gigi la, demam la. Dalam sebulan tu hampir tiap minggu tiba-tiba demam dan suruh suami ambil anak on the spot sebab tak larat katanya. Bila nak ambil anak, kena ambil awal-awal, bila nak pulang, dia hilang.
Satu hari, suami dapat surat untuk hadir ke mahkamah. Bekas isteri menuntut HAK JAGAAN ANAK SEPENUHNYA, nafkah anak, nafkah iddah, harta sepencarian, rumah kereta semua dia tuntut. Ok tak apa lah itu hak dia.
Tapi part tuntut hak jagaan penuh untuk anak tu aku macam pelik sikit. Yelah sebab dia kan campak anak macam bola. Kalau dia tak mengelat tiap masa aku tak pelik sangat. Ni gaya macam tak nak jaga, tapi nak hak jagaan anak penuh. Kes sulh tu lagi dua minggu dari tarikh suami terima notis tu.
Sementara tu, bekas isteri dan kawan-kawan nya semakin rancak ya di facebook. Memang masing-masing up status tentang kami setiap hari.
Terdapat banyak kenyataan dari bekas isteri berbaur fitnah, antaranya “dulu hidup kau pun aku yang tanggung, sekarang ni, bila aku minta ganti rugi, kau mintak refund hantaran. Kepala ****. Dah la nafkah anak tak bagi. Leka dengan yang baru ke tu ops”. Di bahagian komen memang rancak juga.
Kawan-kawan dia balas “undang-undang mana dia pakai ye, tu la kahwin dengan peguam cabuk pakai undang-undang kepala **** dia la kan. Kesian dia, kahwin dengan peguam je. Kerja model pun model picisan apa lah sangat eh.” “Model b**i sondol punca cerai.
Dasar pengutip sampah” Mereka gelar aku si pengutip sampah sebab kahwin dengan suami aku. Aku tengok kawan-kawan dia suri rumah tau, tak bekerja, dan bekas isteri suami aku, kerja sebagai kerani.
Tak pernah sekali pun aku buka mulut atau pun hina pekerjaan bekas isteri dia. Hari- hari bekas isteri update status “I sue you, see you in court!!” “by the way aku ada video dorang tau korang, sekali aku pos ni padan muka dia”. Aku tak habis fikir video apa kan, sebab aku clean date.
Sengaja timbulkn persepsi negative. Kalau ada, pos lah. Sebab aku pun nak tengok juga. Sampai harini tak de pun video tu. Aku geram. Aku confront suami aku dan tanya betul-betul. Betul ke mintak refund hantaran, betul ke tak bagi nafkah anak.
Part punca cerai tu aku tak boleh brain sebab aku kenal suami aku lepas dua tahun mereka cerai. Masa tu, ramai-ramai serang facebook dan Instagram aku supaya aku tak dapat job model. Aku kena shadow banned. Tapi tak apa, aku percaya rezeki allah tu luas. Sabotage la macam mana pun.
***
Suami pun tunjuk segala resit tiap bulan nafkah anak. Part minta refund hantaran tu tak pernah wujud ye. Ada satu part buat aku terkedu.
Suami reveal punca cerai mereka. Rupanya bekas isteri kantoi curang pada 2015 dengan rakan sepejabat. Scandal dah lama. Tapi suami baru tahu sebab terlalu percaya dan tak pernah check phone bekas isteri dia. Scandal dia sebaya aku weh, hahahah muda betul lelaki tu.
Suami aku simpan segala whatsapp conversation antara bekas isteri dan scandalnya. Dia hulur kat aku dan suruh aku nilai sendiri.
Mengucap aku bila aku baca conversation mereka yang bekas isteri sampai tahap tidur sekali dengan scandalnya.
Siap janji nak minta cerai dengan suami aku supaya mereka berdua boleh kahwin. Suami aku cerita, masa 2015 tu, lepas kantoi, bekas isteri dia mengamuk dan angkut anak-anak dan tinggal rumah mereka, bawa lari kereta and bagi scandal kereta suami aku tu, dah la bulan-bulan suami aku yang bayar.
Sebab memberontak since suami aku tak bagi bekas isteri dia tu contact scandal dia. Perempuan tu tak balik SETAHUN. Suami hari-hari whastapp bekas isteri dia, tanya anak kat mana, merayu suruh balik. Hari-hari dalam mesej tu suami bangun tahajjud tiap malam dan mesej bekas isteri, bagi doa-doa share doa dekat bekas isteri.
Bekas isteri reply “tak payah nak whastapp I lah, geli, rimas. Just contact I untuk duit anak-anak je k. jangan cari kitorang doa-doa bagai. Ha ni susu habis pampers habis, bank in la sekarang!!”.
Suami pun bank in duit. Dalam masa sama suami macam orang gila cari bekas isteri dia dan anak-anak masa tu. Suami tak nak buat nusyuz sebab suami nak pujuk suruh balik. Kalau buat nusyuz takut perempuan tu lagi memberontak.
Akhirnya suami dapat jejak yang bekas isteri dia (masatu of course isteri la kan), duduk dekat rumah kawan dia. Suami rampas phone, rupanya sepanjang setahun tak balik, bekas isteri dia hari-hari keluar dengan scandal, anak-anak kecik tinggal je kat rumah.
Patut la lari rumah, supaya senang dating hari-hari dengan scandal rupanya. Anak-anak masatu bila nampak suami aku, dorang lari, dorang takut. Suami aku tanya kenapa, anak-anak jawab “mak bagitahu, ayah dah tak sayang kitorang.
Dah taknak and dah buang kitorang”. Anak-anak cerita sambil nangis. Suami aku pun nangis masa tu. Suami lepastu terus dapat notis mahkamah, untuk sebutan cerai. Reason cerai adalah “suami sibuk bekerja”.
On the spot kena marah dengan hakim sebab tak munasabah dan hakim perintah untuk bekas isteri kekal dengan suami. Time flies sampai lah 2019. Bekas isteri guna fake account untuk umpan suami aku. Cara dia dengan acah-acah jadi peminat, dan tahu hari-hari suami aku pergi mana.
Suami aku pun balas dm perempuan tu sebab pelik, siapa dia ni kenapa tahu semua pasal suami aku. Dan-dan bekas isteri check phone suami aku and tuduh suami aku curang dengan dia. Aku dah baca mesej dia dengan “peminat misteri” dia tu. Mesej tu biasa je. Takde lebih-lebih pun.
Lepas bekas isteri konon “tangkap” suami aku curang sebab reply mesej perempuan kat facebook, dia terus lari rumah bawa anak-anak. By the way, masa ni anak dah siap-siap dapat sekolah baru dan dia pun dah ada rumah sewa baru means dia dah lama rancang semua ni since nak tukarkan anak sekolah kan banyak proses.
So fake account “peminat misteri” tu dia buat masa tengah tukar sekolah anak la. Setiap hari masa suami aku pergi kerja, bekas isteri akan masuk rumah tu and bawak semua kelengkapan dan perabot rumah. Lama-lama suami aku tukar mangga rumah.
Frame RM2 pun kena rembat, padahal semua tu suami aku yang beli. Haha. Tak lama lepas tu suami dapat notis mahkamah yang bekas isteri minta cerai. Suami aku malas pening kepala dia pun lepaskan je lah sebab dah lama makan hati.
Selama bertahun-tahun lepas mahkamah perintahkan perempuan tu kembali sebagai suami isteri, perempuan tu tidur bilik asing. Tak bagi sentuh ya. Suami aku ikutkan je sebab fikir, tak apa lah, yang penting anak-anak ada mak ayah.
Setiap hujung minggu perempuan tu akan keluar dengan kawan-kawan, tidur serumah buka tudung campur lelaki perempuan, dan suruh suami aku jaga anak-anak.
Kalau ditegur mengamuk. Oh by the way masa nk cerai kali kedua tu, perempuan tu siap cakap “Eh takpayah nasihat aku la takut aku silap langkah la, fikir anak-anak la, takut aku buat keputusan ni sebab ikut perasaan la. Aku memang betul-betul suka lelaki tu. Memang kami nak kahwin.
Aku tak boleh tengok muka kau dah. Setakat lelaki macam kau ni, sekali petik beratur la nak kat aku. Bersepah.” Semua cerita ni aku baca sendiri di whatsapp mereka.
So ni la sedikit sebanyak punca cerai mereka.
***
Berbalik kepada cerita notis mahkamah tentang sulh tu. Setelah aku advice mengikut pengetahuan dan pengalaman aku sedikit sebanyak.
Aku bagitahu suami aku, yang aku tak kisah kalau ditakdirkan anak dapat kat suami aku, suami aku keberatan sebab takut aku penat jaga anak sorang-sorang since suami aku selalu operasi. Aku ok je. Then suami aku pun pergi ke mahkamah. Aku tak ikut sebab kalau boleh tak nak masuk campur.
Aku bagi moral support sahaja. Lagipun proses sulh tak perlukan peguam lagi. Kalau tak ada persetujuan bersama barulah pakai peguam untuk ke peringkat bicara. Terngiang ngiang perkataan “I sue you! See you in court! Hahaha” .
Balik tu suami aku cerita, bekas isteri masukkan anak-anak dekat sekolah mahal, dan masukkan banyakkk kelas-kelas tambahan termasuk lah kelas karate, berenang eh macam macam lagi lah.
Bekas isteri tuntut persiapan raya RM3,000. (aku tengok dekat facebook baju anak-anak sehelai je, dia siap flex baju raya dia 7 helai ye).
Banyak lagi la tuntutan y sengaja nak bagi laki aku susah. Dia pun tahu kemampuan suami aku macam mana. Kalau mereka masih berkahwin, semestinya anak tak masuk sekolah mahal macam tu sekali dan tak masuk segala jenis kelas tambahan karate smua kelas tu tak ada punya.
Kerat jari la. Suami aku jawab “kalau awak nak tuntut hak, saya pun ada hak saya juga, tak apa. Kita pergi bicara.” Perempuan tu mati-mati taknak.
Nangis pula dekat situ, hmmm so suami saya cakap “tak apa, kita ambik tarikh lain, saya bagi awak fikir masak-masak dulu. Sebab kalau bulanan bayar macam ni banyak, saya tak setuju, terutamanya persiapan raya”
Sejak kejadian tu aku dihujani fake accounts di Instagram, tanya soalan “gaji lawyer berapa, rate model dan review berapa ya”. Banyakkkk sangat account macam tu.
Bekas isteri private account, aku view pun dari kawan suami aku punya Instagram (dia tak perasan kot). Jenis susah approve orang, tapii, fake accounts sampai beratus-ratus tu semua follow diri sendiri dan like gambar sendiri. Termasukla account “peminat misteri” tu. Haha buat kerja tak clean.
Banyak juga fake account yang follow suami aku sampai hari ni. Risik punya risik rupanya scandal office dia tu dia dah tinggalkan dia.
Pindah office lain and kahwin dengan orang lain yang lagi muda. Lahhh patut lah meroyan. Tiba-tiba aku pulak punca cerai dia dulu kan.
Huhu. Selang beberapa minggu, tarikh sulh pun datang. Bekas isteri pujuk kat situ supaya suami terima dan merayu jangan pergi bicara.
Nangis lagi. Suami aku berkeras je.
Last-last perempuan tu cakap “ok lah ambik la budak tu! Ambik harini”. Bekas isteri pun lepaskan hak untuk semua tuntutan dia so dia tak dapat sesen pun. Takut masuk bicara punya pasal.
Malam tu anak-anak pun datang la ke rumah aku. Bawak beg sekolah, buku-buku. Bekas isteri call anak-anak marah-marah. Dia minta pulang balik semua barang. Tak ada satu pun barang anak boleh bawa. Barang sekolah tu semua suami aku punya duit tau.
Bila suami aku bagitau anak-anak selamani barang-barang semua suami aku bayar, anak-anak tak percaya. Mereka cakap mak mereka bagitau ayah tak pernah bagi duit. Hmm. Huhu malas gaduh so kami pun pulangkan la.
Lagi satu jadi issue kalau anak datang pakai baju sekian, bila balik rumah dia pakai baju lain (bukan baju yang sama masa datang). Pelik aku.
Dari dulu memang takkan ada baju spare, memang anak kalau bermalam masa dulu-dulu pun maknya takkan bagi baju spare. Sangat berkira. Alhamdulillah hari ke hari, anak-anak makin rapat dengan aku. Kalau jalan jem sikit, anak-anak akan whatsapp “ibu, rindu, bila ibu nak sampai rumah, lama lagi ke”.
Bila aku sampai rumah anak-anak sambut. Alhamdulillah kami happy. Bekas isteri pula hari-hari upload story “me time, finally”. “dah bujang”. Upload story jalan-jalan sorang-sorang. “best dapat jalan-jalan”. Aku tak cemburu pun, apa-apa pun ada hikmah dan aku anggap anak-anak ni amanah dari Allah.
Mula-mula memang struggle lebih-lebih part makan. Sebab anak-anak tak berani cuba makanan yang mak dia tak biasa masak. Hari-hari mak nya masak sup ayam je. Cara masak tu pun bubuh sup bunjut, air, cube ayam dan ayam. Tu la makanan anak hari-hari.
Tapi ex wife selalu flex di fb “terpaling pandai masak, masak sedap, pandai jaga anak, cantik, supermom pun kena curang dengan bekas suami. Tak tahu lelaki nak apa”. Kat komen macam biasa, berbakul-bakul orang maki aku.
Anak-anak cerita, tiap malam lepas balik kerja mak nya keluar, mereka makan sendiri, buat homework sendiri. Dekat sini anak-anak happy sebab makanan sedap. Hari-hari aku dan suami buat kerja rumah dengan anak-anak.
Kalau makan tu 5 pinggan sekali makan bertambah-tambah. Alhamdulillah, makin gemok anak-anak. Masa dengar cerita anak-anak tu aku diam tak komen apa-apa. Aku tau anak-anak tak ada niat nak burukkan mak sendiri, cuma budak kecik kan jujur.
Lepas dapat hak jagaan kekal, bekas isteri pula dapat giliran bermalam dua minggu sebulan. (jumaat malam-ahad). Tapi anak-anak tak nak balik. Walaupun dah dua bulan tak jumpa maknya. Maknya pun senyap je. Anak-anak nangis-nangis.
Aku dan suami pujuk and bagitau anak-anak tak baik macam tu. Aku tak ada niat nak ganti tempat mak mereka. Sebolehnya aku dan suami taknak pisahkan anak-anak dengan mak mereka. Kami nak anak-anak happy tak kisah duduk belah mana.
Tiba-tiba balik dari rumah mak nya anak-anak berubah. Duduk jauh-jauh. Aku tanya buat tak tahu. Siapa je tak terasa. Aku cuba duduk sebelah anak-anak. Mereka pindah duduk tempat lain. Sejak hari tu, tiap malam bekas isteri akan video call anak-anak.
Nangis-nangis rindu anak siap cakap “mak demam, duduk sorang, tak kesian ke kat mak. Nangis. Kenapa ayah hantar anak-anak mak guna van sekolah. Kesian anak-anak mak duduk situ”. Sambung nangis. Eh van sekolah pun jadi issue ke.
Masalahnya hari-hari demam tu tak tahan tu haha. Hari-hari call nangis-nangis. Ada sekali tu, bekas isteri tanya anak, pagi ni sarapan apa.
Anak jawab “roti”. Bekas isteri dia nangis, and cakap “hah? Makcik bagi makan roti je? Kesian nya anak-anak mak duduk situ”.Lepastu nangis. Masalahnya aku masak roti telur kot. Kalau anak duduk dengan bekas isteri, bukan ada sarapan pun (anak cerita).
Dia larang anak-anak panggil aku ibu(suami aku yang suruh anak-anak panggil), dia cakap aku tak layak and dia sorang je mak budak-budak tu. Hari-hari call anak suruh anak janji yang cuma sayang dia je dalam dunia ni. And kena ingat yang mereka tu anak-anak dia je bukan anak aku.
Macam tu ye dia cakap kat anak-anak. Haih. Ada sekali tu anak duduk dengan dia 4 hari (cuti sekolah). Hari pertama dah demam. Dia tak hantar anak pergi clinic. Ahad 11 malam dia hantar anak ke kami, then dia call anak “kenapa ayah tak hantar anak mak pergi clinic? Sampai hati ayah.
Ni mesti anak mak demam sebab rumah tu ada aircond kan”. Video call tu kuat even kat bilik sebelah so aku dengar. Dapat bayang tak apa aku rasa masa tu. Haha. Tiap kali balik dari rumah maknya, anak-anak taknak bercakap dengan aku. Lepas dua tiga hari baru ok balik.
Tiap kali aku terasa, aku doa kat Allah supaya bagi anak sendiri. Dalam hati aku kan, anak sendiri mesti takkan layan aku macamni kan :’) .
Sakit semua aku jaga, makan pakai aku jaga, aku bukan nak ungkit dan nak ganti tempat mak dia, cuma at least hormat la aku kan. Aku cuma nak anak-anak appreciate je. Takpe, sabar.
There goes the psychopath story. Ex wife pergi ke Thailand and buat muka. Bukan nak fitnah tapi benda ni terlalu obvious.. sebab ex wife dia ubah hidung, bentuk muka. Last last muka dia sama macam muka aku weh. Tapi aku sumpah aku tak pernah buat surgery ke ubah muka ke mancungkan hidung ke takde tau.
Aku speechless sebab sama weh. Takde la sebiji 100% tapi sekali pandang muka kami sama. Aku ingat perasaan aku je tapi ramaiii yang perasan and cakap benda sama. Aku rasa benda ni scary. Tiap kali aku upload apa-apa gambar di social media, bekas isteri suami aku akan beli tudung, baju, seluar, beg, kasut yang sama.
Warna sama sebiji. Dan, POSING PUN SAMA. Lilit tudung macam mana, hujung rambut sampai hujung kaki pun pun dia akan tiru sebiji.
Bukan sekali tau, tapi dari tahun lepas sampai harini, semua sama. Dekat real life size dia XL tapi dekat instagram dan facebook gambar dia semua kurus size macam XS gitu. Power edit. Dia siap buat banyak fake accounts untuk like and komen gambar sendiri. Taknak kalah.
Aku create account tiktok, masuk fyp. Dia terus buat tiktok and hashtag #fyp setiap hari. Bila ada kawan-kawan lelaki dia yang membahan “sekali pandang rupe loyer la”. Since dia pergi kerja sekarang hari-hari pakai blazer jugak.
Dia akan reply komen tu “ **** ko la, auto loya aku tengok diri sendiri sebab kau samakan dengan dia. Dia tak layak di compare dengan aku tau tak”, takpun dia akan reply “weh sama ke baju dengan dia, sumpah nak bakar terus baju ni”.
Lepas aku upload video aku speaking (sebab ni client yang request video review dalam english), terus bekas isteri upload caption gambar semua in English.
Tapi grammar tu.. takpelah.. sampai harini kawan-kawan dia maki-maki aku dekat komen tiap kali bekas isteri upload gambar, ejek-ejek aku kerja as lawyer and model. Pelik jugak sebab kenapa kawan-kawan dia pun sama-sama over, umur dekat 40 dah masing-masing.
Aku saja pancing, aku bagitau anak-anak yang aku nak warna rambut brown (padahal tak pun). Lepas anak balik rumah aku, terus bersepah selfie bekas isteri kat phone anak rambut warna brown. And anak cerita yang maknya tak pernah bela rambut panjang. Sekarang tiba-tiba mak nya pun nak rambut panjang.
Macam mana aku nampak gambar-gambar tu, suami aku belikan anak-anak phone. Tiap kali anak-anak balik rumah maknya, maknya akan penuhkan gallery phone anak-anak dengan gambar dia buka tudung, terbaring pakai baju sexy dengan mekap tebal.
Kalau selfie baring-baring dengan anak aku boleh sangka baik. Tapi ni tak, ni gambar dia sorang-sorang. Aku kan suka shopping, anak-anak minta bantal kecik, bantal tu comel la. Anak tiap malam tido peluk bantal tu. Maybe anak cerita kat maknya, maknya terus bagi bantal busuk dia.
Paksa anak bawak balik rumah aku. Paksa anak tido dengan bantal tu. Umur 37 ada bantal busuk eh. Melampau la nak letak barang-barang dia kat rumah aku kan. So suami aku marah la and suruh anak pulangkan balik. Kalau bantal baru ok lagi.
Ada sekali tu aku bagi anak duit belanja sekolah since bulan tu aku dapat bonus. Dan-dan bekas isteri bagi anak-anak duit. Padahal dia kan kedekut. Then aku belikan jam tangan. Dan-dan bekas isteri belikan anak anak jam tangan.
Aku sakit hati sebab dia belikan benda sama and tak bagi anak-anak pakai barang yang aku belikan. Ada sekali tu anak anak baru balik dari rumah maknya, anak cakap “ibu, ibu tau tak, saya kan tak boleh cakap ibu cantik”. Aku pelik macam aikk. Tapi aku tau la sapa suruh. Haha macam tiba-tiba je.
So aku tak tanya banyak. Buat taktau je. Suami aku confront anak-anak and tanya, kenapa anak-anak tiap kali balik dari rumah maknya, layan aku macamni. Anak-anak nangis, anak-anak bagitau maknya tak kasi dekat-dekat dengan aku. Tak boleh bergambar sama-sama.
Haritu maknya tau kami rapat sebab maknya sentiasa check phone anak and check conversation kami. So maknya mengamuk sebab anak-anak selalu whatsapp cakap rindu aku. Bagi aku agak melampau sebab bekas isteri sentiasa check juga group whatsapp family kami.
Dia tak patut bukak group family aku, suami dan anak-anak. Dia siap warning anak-anak jangan reply apa -apa kalau aku bercakap dalam group tu atau whatsapp personal. Terasa aku tau, sebab kena palau dalam group.
Then dia paksa anak-anak pun buat group family untuk dia juga. Lahh semua nak tiru. Kalau cuti sekolah sebulan patutnya giliran dua minggu sorang, maknya takkan ambik, paling tak pun akan jaga dua tiga hari je lepastu spam suami aku nak pulang anak. Alasan dia ada hal.
Padahal aku tengok facebook, bekas isteri dia pergi bercuti dengan kawan-kawan. ada sekali tu suami aku tak balik operasi lagi dan tu memang giliran anak dengan bekas isteri selama dua minggu.
Tak sampai 4 hari jaga anak, bekas isteri whatsapp, “saya letak anak-anak kat rumah kawan saya tau sebab saya ada hal, nanti minta tolong isteri awak ambik and jaga ye anak-anak ni, kesian dorang,”. lepastu pergi bercuti senyap-senyap dengan kawan-kawan.
Saya dan suami jenis perati je social media, bukti apa-apa kami simpan, tapi kami tak react apa-apa.
Suami aku bagitahu anak-anak cakap kat dia, yang anak -anak tak sampai hati dengar cakap mak dia suruh macam-macam kat rumah ni sebab aku layan mereka baik. Terharu aku. Lagi satu kan, kalau hujung minggu tu anak-anak balik kat bekas isteri kan, aku dengan suami keluar la jalan-jalan mall.
Lepas aku uplod story tu kan, mesti tiba-tiba bekas isteri whatsapp “dah otw nak hantar anak balik”. Haha terus start engine ye. Dah block aku dan suami tapi tahu je kami buat apa pergi mana.” Kalau anak-anak ada sekali time kami jalan-jalan, mesti bekas isteri minta anak location.
Aku rimasss. Anak cerita yang maknya suka call anak-anak tanya suami aku tengah buat apa, pergi mana. Ada sekali tu suami aku outstation.
Suami aku upload story. Bekas isteri terus call anak marah-marah dan tanya, kenapa tak bagitahu dia. ??? pelik. Ada juga cubaan bekas isteri call-call suami aku tapi aku yang angkat. Terus dia letak.
Lepastu tak ada call dah. Sekarang ni aku dengan anak-anak okay tapi macamtu la, kadang-kadang kena palau. Kadang-kadang salam suami aku je, aku kat sebelah tu anak-anak buat tak nampak. Memang terus kena tegur dengan suami. Nasib baik suami supportive, semoga dah besar nanti anak-anak sedar sendiri.
Perut aku kecik so tak nampak mengandung. Kalian ada suggestion macam mana nak bagitau anak-anak pasal adik baru? Since aku kena prepare jugak bekas isteri hasut anak-anak lagi lagi bila tau aku mengandung.
Ada tips tak, tak nak la nanti bekas isteri hasut anak-anak yang aku and suami tak sayang anak ke apa. Thank you semua baca panjang-panjang. Doakan aku dipermudah urusan bersalin dan doakan semoga anak-anak suka baby ni. Salam ramadan.
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit