Assalamualaikum. Hai berjumpa lagi, aku ingat dah tak perlu menaip di sini, ternyata aku kembali lagi, haha. Singkat sahaja kali ini. Aku sedang menaip dalam keadaan emosi aku kurang stabil, terlebih dahulu mohon maaf jika terkasar bahasanya.
Begini ceritanya, suami aku balik kerja dengan basah2 kuyupnya di tangannya ada beberapa biji pelam muda. Hairan aku, sebab beberapa hari lepas kami baru sahaja santai nyicah pelam muda tepi pantai. Ternyata dia tersilap berbual dengan officemate tentang kejadian tersebut hingga didengari bos dia yang hamil.
Oleh itu, aku fikir ini boleh jadi point untuk aku cari gaduh dengan suami, lagi pula kami dah lama tak gaduh, hari2 loving2 ajurr kan, tak lama lagi aku dah nak period jadi inilah kesempatannya hahaha.
Suami aku ni atasannya mak buyong itulah. Dia ada maklumkan bos dia mengandung, mula2 aku tak ambik kisah pun sebab tiada kaitan dengan aku pun.
Lama2 aku sakit hati pulak, bila suami aku luahkan kerenah bos dia. Seolah2 dia terpaksa melayan kerenah bos dia, bukan dia sorang tapi 1 department kena.
Hari2 aku berusaha siapkan bekal untuk suami, aku sanggup bangun awal pagi supaya aku tak lambat nak masuk kerja. Tujuan aku siapkan bekal supaya suami tak perlu susah2 keluar cari makan dan boleh fokus kerja, kalau tak buat bekal ni, memang dia akan niat puasa teruslah, nanti balik rumah mesti shaking lapor bebeno.
Tapi aku sakit hati dengar bila time lunch hour, suami aku terpaksa keluar jugak untuk tapau nasi untuk bos dia. Apa niiii. Tidak mengapa aku sabar lagi. Mungkin aku belum pernah mengandung jadi aku tak paham perasaan ibu2 hamil ni. Sabar sabar.
Masa raya baru2 ni, aku order lemang dari mak saudara aku, tiber suami mintak order lebih sebab nak kasi ke bos dia. Saja katanya nak kipas sikit untuk dapat projek besar.
Masa ni aku masih sangka baik lagi. Lagi pulak tahun lepas, suami ada bawak lemang mak saudara aku ni ke office, sebab itu bos dia dok teringat2. Ah nyampah pulak aku!
Tak cukup itu, aku pelik tiber suami dah tak pakai perfume yang aku beli, dia pergi kerja memang dah tak pakai perfume. Katanya semua officemate tak boleh pakai, nanti bos tak boleh bau, dia mual2 nanti.
Sampaikan mak buyong tu mengidam nak makan asam time2 kerja sekalipun, kena ada staff yang pegi beli, selalunya suami aku yang kena sebab dia orang kanan bos dia. Btw semua officemate suami ialah lelaki kecuali boss nya.
Ada lagi kejadian lain bila aku buat bekal untuk suami, ada satu masa tu aku baru2 cuba buat asam pedas johor. Suami kata sedap sunggguh.
Next week tu aku buatkan bekal itu untuk dia, suami begitu gembira tapi bila masuk office je bos dia tak boleh bau, katanya bau kuat sangat. Terpaksa dia kembali ke kereta untuk tinggalkan bekal, jadi lunch hari itu pun dalam kereta. Mengada kan?
Banyak lagilah kejadian yang memang menyirap sebenarnya. Tapi kejadian suami balik kerja dengan basah2nya sebab hujan bersama pelam muda di tangan, ini memang aku tak boleh sabar dah.
Sebelumnya buah pelam tu jiran yang kasi, suami sanggup panjat petik pelam time hujan2, dengan muka tak malunya dah la jiran tu baru kasi ja beberapa hari lepas. Ni tak lama lagi mesti viral geng2 surau ingat aku yang mengidam lah ni, aku ni dah 7 tahun kahwin tapi masih takda rezeki anak lagi.
So bila dia balik dengan basah2 ni, aku ambik masa sekejap, kasi tenang2 sikit, malam baru aku cari gaduh sebab aku dah tak tahan. Hahaha.
Jadi bila malam, aku open table buat sesi luahan. Berkali2 aku ingatkan kita sama2 perlu menjaga ikhtilat, perlu ada sempadan dan had2nya bila perlu berkerjasama dengan berlainan jantina. Tambah pulak ketika mencari rezeki kerana ini sangat bersangkut dengan keberkatan rezeki.
“Sebelum bertindak apa2, cuba fikir, kalau isteri aku buat, mesti aku pun tak suka. Apa perasaan awak, kalau nanti saya mengandung lepas tu saya mengidam itu ini dan minta dari lelaki lain, awak suka ke?”, iishhh kan dah kena ceramah.
Aku kan isteri yang solehah, sebolehnya aku takut nak tinggi2 suara, berkomunikasi pun dengan nada yang lembut. Suami aku ni pulak jenis yang santai, so dia minta maaf dan berjanji akan perbaiki lagi. Cisss tak jadi aku nak merajuk lama2 sebab kami memang mengamalkan komunikasi dua hala apa2 kena berbincang huh.
Bohonglah kalau aku tak syak apa2, tapi aku pilih percayakan suami aku. Tiada sebab untuk dia curang sebab aku ni terlalu sempurna dah hehe. Lagi pun suami kenal rapat dengan suami kepada bos nyer tu. Cuma itulahh…
Entahlah apa perasaan kalau suami dia tahu perangai isterinya bila mengandung ni tapi mengidam2 minta2 dari lelaki lain. Jadi para suami, layanilah isteri dengan baik2 sebelum dia minta2 dari lelaki lain.
Untuk wanita yang berkerjaya, jagalah kehormatan dirimu ketika bekerja.Kepada bos, puan suka tak kalau ada perempuan hamil yang tiba2 minta itu ini dari suami puan?
Puan suka tak kalau suami puan perlu memenuhi kehendak rakan perempuannya yang hamil? Saya rasa pasti puan akan rasa hal yang sama macam saya. Kalau puan tak suka, saya lagi seribu kali tak suka dengan perbuatan puan. Please be professional!
Oh tentang buah pelam tu, aku turuti jugalah kehendak suami. Malam tu juga aku potong2 dan buat jeruk. Sambil suami teman aku di dapur dan dia terpaksa menahan telinga mendengar ceramah aku. Semalaman jeruknya di peti ais, esuknya dia bawa juga untuk bos nya.
Suami berjanji ini yang terakhir. Jangan risau, masa aku buat tu, aku hembus2 sikit supaya dia dah tak kacau suami aku dan orang lain. Sengaja aku taip part ini juga, seandainya jika tulisan ini viral dan suami bos terbaca semoga tuan dapat rasakan apa yang saya rasa. Hah! Nyampah kan?
Ehh laki dia yang buat tiba2 laki aku pulak yang kena itu ini. Nyampah nya!
Awal2 tadi rasanya nak taip singkat2 sahaja tapi macam dah terpanjang pula. Sampai sini sahajalah, maaf kalau penulisan aku ni berterabur. Semoga jadi iktibar untuk semua.
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
EHHHHH , i yang tak kahwin ni pun menyampah dengar cerita pasal wife husband you tu . hahahaha . memanglaaa mengandung tapi mengada sangat eh sampai minta dengan staff . suami yang buat tu tak fungsi ke ? ke tahu buattt jeeee . hellowwwwww fikiran ibu mengandung memang tak waras ke ? opss sorry tak pernah kahwin and mengandung . tapi sekalipun memang pembawakan budak , sebagai manusia perlu ada otak dan akal kan . fikir laaaa . ayooo . mana maruah anda sebagai wanitaaa . ehh tibeee aku emosi
Mustahil suaminya buat tak tahu biasanya orang mengandung lah paling suami ambil tahu. Saya rasa bosnya mungkin nak suruh staf keluar time rehat supaya tidak ada cakap cakap orang. Pergi beli makanan maka panjang tempoh staf tu keluar dan tak ada urusan pergi kepada bos. Nak cakap direct macam tak kena atau nampak macam berfikiran negatif pada staf. Staf pun katanya suka nak ambil hati kan.
Saya mengandung suka berjalan kalau tak penat dan bila mual memang tak boleh tahan terus nak muntah ada perempuan suka duduk sahaja sebab dia nak nap time rehat.
Boleh jadi tak nak diganggu tu suruh orang keluar. Dan boleh jadi tak nak pula cakap nak nap bahaya pula kalau orang tahu bos nap di ofis time rehat. Tempat pula ramai staf lelaki.
Sebab semua tak boleh pakai perfume tu memang tahu bos style tak nak apa apa terjadi contoh beliau termuntah depan orang ramai.
Bos biasanya tak nak cakap perkara perkara yang nampak tak kena sebagai seorang bos. Mesti nak tunjuk steady. Bukan ajak makan lunch beliau suruh pergi beli.
Perempuan biasalah macam macam cara mereka buat instead of cakap please leave me alone during rest time. Ada perempuan suka ditinggalkan sendirian waktu rehat. Tapi kalau mereka bos mungkin je tetap dicari walaupun time rehat.
Haha.. cerita awk mngingatkn saya kpd kisah saya mngandungkn ank yg kedua.. mse saya mngandung ank sulung, sya x bnyak ‘kerenah’, cuma suka ‘mngicak’ (meminta ckit), jika terlihat org mkn makanan yg x biasa saya makan.. so, mse sya mngandung ank kedua tu, kira saya ‘bos kecik’ jugakla, sbb mse tu saya ‘ketua admin’ di pejabat cawangan.., dlu2 klaw d cawangan negeri, ketua admin tu mmg ‘direct’ di bwh bos besar.. so, nk dijadikan sebab, org kanan n staf bwahan sya kbanyakan nya lelaki, ckit je pompuan.. dan ada juga di kalangan mrk, dari keturunan ‘org asli’.. seronoknya bkerja dgn ‘org asli’ ni, mrk sangat rajin, sgt lurus dan sangat ‘mendengar kata’.. pada satu hari tu, sya bersembang dgn staf sya yg org asli tu, nma nya J.. saya tnya dia, umur brapa, dia ckp la brapa.., tp serius, mngkin sbb bdn nya agak ‘kecil’, sya x sangka umurnya dah bnyak juga, malah ada staf yg lain kata dia dah punya ank yg meningkat remaja, pernah saya nmpak dia naik motor dgn anaknya, pada sangkaan saya, itu isterinya..! So, saya ckp la, “awet muda la awk ni.. apa rahsia awak..?”, dia cuma senyum2 je.. org kanan sya yg ada di situ, terus kata, “J, awk kna blanja bos arini, sbb dia kata awk awet muda..”, si J terus tanya, “nk blanja apa..?”, saya terus berseloroh, “ha, arini J kna blanja saya lunch..”, mse tu pagi lg.. sya pon teruskan kerja.. pd waktu tengahari nya tepat pkul 1, J dah tercegat di dpn saya dgn mnghulur sebungkus nasi yg agak besar.. saya hampir ‘terlupa’ dan tnya utk apa.., dia kta, “kan puan kta sruh blanja nasi tadi..”, saya kta sya cuma ‘bergurau’ je, tp dia insist utk saya ambil juga.. pd hari yg lain pulak, sya ternampak ada pokok ‘ceri’ kampong d blakang kantin pejabat, buahnya ada yg merah n bnyak yg agak ranum n ‘besar’.. saya teringat mse kecik2, sya selalu panjat pokok ceri di rumah jiran saya n mkn buah ceri di atas pokok dgn ank jiran n kwn2.., spontan sya kata, sedapnya klau dpt mkn buah2 ceri tu, tp pokok tu agak tinggi, saya pon lupakan saja nk makan buah ceri yg masak tu, w/pon hati saya nk sgt mkn.. tak lma lps tu, J dtg ke bilik saya dgn seplastik buah ceri yg merah n ranum tu.., sya agak ‘terkejut’ jugak n tnya dia mcm mne dia tau sya nk mkn buah ceri tu.. rupanya ada kwan saya yg sama2 ke kantin td tu bgitau dia, sruh ambilkan buah ceri yg msak2 tu utk ‘bos’, so tercapai lah ‘hajat’ saya nk mkn buah tu. Itulah sedikit kisah semasa sya mngandung tu.. bkn nk mngada, tp Allah bg ‘rezeki’ melalui orang lain.. dan mereka pon ‘ikhlas’ tanpa ada niat apa2.. of coz, dlm msa yg sama, saya masih mnjaga ‘ikhtilat’ dan bkn sengaja meminta dgn ‘manja’ dsb.. sampai skrg, ada je staf di sana yg masih berhubung, w/pon saya dah pindah ke hq.. jasa baik dan sikap spt kluarga mreka sentiasa saya kenang, n doakan kesejahteraan mrk.. wallahu a’lam
Wanita hamil itu bos suami puan kan. Saya jarang sekali jumpa perempuan hamil ni kalau minta tolong sebab dia mengada ke apa. Yang mungkin terjadi dia nak jimat duit Grab dan boleh jadi juga suami puan waktu rehat nak juga ambil angin.
So nak senang bos kirim jelah sebab puan kena tahu ya bukan takde orang di ofis bersikap eh dah makan nak keluar buat apa lagi. Lelaki memang biasa sikap nak keluar ambil angin tu selalu nak merokok ke atau saja je.
Selain itu, kalau suami asyik di ofis tak pergi keluar lagi boleh timbul cerita lain sebab sentiasa tak keluar rehat sepanjang bos perempuan mengandung.
Boleh jadi kerana orang ofis tu ramai pakai perfume ada pula kerana puan isteri suruh, bos dah pening mual, bos nak juga makan asam pada ketika itu juga. Sangka baik jelah.
Karang dia meloya lagi leceh untuk orang ofis cover kerja dia sebab dia bos. Meloya teruk mahu masuk hospital. Lain, memang lain bila ada perempuan mengandung di ofis itu memang betul. Ada je orang kena standby lah, kena itulah, inilah. Paling nak elak ialah orang mengandung tu ambil cuti sakit lama kerana alahan mengandung yang boleh membawa ke hospital.
Boleh jadi juga hal mempelam tu suami puan dah bercerita atau dah tersebut means dah berjanji ke apa jadi nak cancel sebab puan isteri marah dia dah rasa tak best nak jadi cerita rezeki anak belum lagi sampai untuk keluarga puan. Pandai juga suami puan nak cover untuk pihak isteri sebab nampak isteri macam tak suka.
Kalau nak kata tak profesional, insist nak pakai juga perfume depan orang hamil pun kita susah nak cakap profesional atau tidak. Kalau berlanjut-lanjut nanti timbul isu diskriminasi terhadap wanita mengandung. Banyak tau isu diskriminasi ni kalau orang yang style nak membising, contohnya baik dari status diri dia, kepada pakaian dia, kepada hal orang ofis bercakap dengan dia, macam-macam lah. Kalau saya nak tahu, saya tanya je untuk saya pastikan.
Dalam banyak-banyak diskriminasi, hal dengan ibu mengandung lah yang paling rumit sebab kalau tak betul handle memang orang pandang negatif dekat satu-satu company tu.
Suka tak jadi pekerja bila orang kata pekerja ni sengaja cari point, dengan ibu mengandung pula tu. Apalah dalam hati perut dia agaknya. Teruknya dia ni.
Selalunya orang takkan menunjuk tak suka pada ibu mengandung ni supaya takde nampak tak senang dengan rezeki orang lain. Lagi satu, orang selalu buat baik dengan ibu mengandung sebab dengan harapan rezeki tu sampai pada mereka pula cepat.
Kerana saya tengok-tengokkan baby/kanak-kanak dan tengok juga ibu mengandung memang selalu saya layankan sahaja, nak makanlah, nak berbual lah, nak tengok update anak lah, kalau tak faham hidup mereka memang tak faham kesukaran tengok baby/kanak-kanak sekali dengan ibu mengandung. Kena tengok baru faham.
Sambil-sambil saya tengok tu saya akan observe juga reaksi orang bagaimana, Biasa saya observe antaranya reaksi bila kita post hal gembira pasal baby. Antara lain saya observe pandangan mereka terhadap Al-Quran dan Sunnah sebab kita pun faham kan baby ni kadang bukan datang dari seorang ibu sahaja dalam satu keluarga.
Tujuan saya observe ialah sebab saya nak tahu samada saya perlu menghilangkan diri atau tidak bila saya tengah prepare nak jaga baby baru.
Perempuan reaksi mereka paling dahsyat sekali ialah bila mereka samada tidak pernah hamil atau tidak suka melihat orang hamil kerana rezeki belum sampai.
Ini terutamanya bila mereka jauh dalam sudut hati tu nak hamil. Bila orang lain hamil seperti pressure kepada mereka tetapi yang sebenarnya perempuan tak boleh nak tangguh-tangguh kalau nak hamil hanya kerana nak jaga hati orang lain di sekeliling. Ada memang sangat mudah hamil, asyik mereka je yang mengandung di ofis tu.
Yang kita pula tukang observe dan tukang jaga baby/kanak-kanak risau kalau apa-apa jadi pada ibu hamil itu atau bayi mereka. Biasakan orang kata tentang penyakit ain. So kita akan observe dari semua sudut.
Ada wanita, semakin mereka lihat ibu hamil semakin merasa belas ihsan tapi ada wanita memang semakin mereka tengok wanita hamil semakin mereka tak suka sebab wanita hamil ni selalu nampak feminin dan memang orang akan tunjuk sayang lebih dekat mereka.
Bagi saya keterlaluan lah point pakai perfume tu. Nak pula puan cakap puan seperti sahaja nak cari point dengan suami sebab dah lama tak bergaduh.
Dan bos mengandung ni lah point nya. Sedangkan mengandung dan melahirkan ni hal hidup dan mati tidak seremeh hal saja-saja nak bergaduh kerana dah lama takde point nak bertengkar dengan suami.
Kalau saya di tempat puan, apa yang bos suami puan dah terkirim tu, saya bagi je, nak lagi best cakap isteri/ puan yang bagi.
Kita mana nak tahu kan masa depan entah-entah anak puan nak berjodoh dengan anak bos yang hamil ni ke kan.
Tunjuk menyampah time dia mengandung kan dah tak best di situ.