Kerinduan Kekosongan

Entah kenapa hidup sekarang ini begitu kosong dan sepi. Sudah 4 tahun emak meninggalkan kami semua pada bulan ramadan yang mulia. Perasaan tu tak tau nak gambarkan macam mana. Indescribable.

Aku nak berkongsi saat2 akhir aku bersama mak. Cerita yang aku tak pernah kongsikan dengan sesiapa sebab benda ni memberi seribu satu penyesalan dalam diri. Mungkin dengan meluahkan disini akan ada sinar kebahagian yang dapat diisi.

Jam waktu tu menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku sedang tunggu kakak di hospital untuk datang menggantikan giliran menjaga emak. Waktu tu aku setia duduk di kerusi di kepala katil mak. Mak sudah tidak boleh berbicara. Mak sudah memakai alat bantuan pernafasan.

Kemudian tak lama macamtu mak memberi reaksi untuk bercakap dengan aku. Mak cabut sebentar penutup mulut bantuan pernafasan tersebut dan berbicara dengan perkataan yang aku sukar faham. Tapi aku dapat tangkap bahawa mak sedang mencari abah.

Aku katakan pada mak kejap lagi abah datang dengan kakak. Aku cepat2 pakaikan mak kembali penutup mulut tersebut pabila melihat mak seperti sukar nak bernafas. Detik demi detik aku lihat mak semakin susah nak bernafas. Mak memang ada semput. Aku pun memanggil nurse dan nurse bagi mak neb sambil mak duduk di katil.

Sesudah mak habis neb, mak pun baring. Tak lama kemudian mak nampak seperti tak lega dan tak selesa. Mak masih sesak nafas dan mak ingin berbicara dengan mencabut penutup mulut bantuan pernafasan.

Aku yang seperti tidak memahami apa2 memaksa mak supaya jangan cabut penutup tersebut sebab risau mak tak dapat pernafasan dengan sempurna. (Kini baru aku tahu mungkin mak ingin berbicara untuk kali terakhir atau memberi pesanan akhir). Selepas itu mak masih tercungap cungap semput. Sekali lagi aku memanggil nurse dan kali ini nurse datang bersama seorang doktor lelaki.

Sekali lagi mak dapat neb dan menggunakan dos yang paling tinggi (berdasarkan perbualan nurse dan doktor). Tetapi kali ini mak neb sambil baring kerana mak tak larat untuk duduk. Doktor pun pergi sementara mak habiskan ubat dalam neb. Mak masih tercungap cungap. Aku mula risau.

Aku text di ws group family akan keadaan mak dan abah dan kakak ku dalam perjalanan ke hospital. Makcik di sebelah katil bagi aku sedikit air zam zam untuk di sapu ke badan mak sambil dia berpesan pada aku suruh baca kan ayat2 suci al-quran.

Untuk pengetahuan semua, sejujurnya aku adalah seorang bongsu perempuan yang masih muda ketika itu. Lack of common sense. Bila orang suruh buat baru aku buat. Jadi yang menjadikan perkara ini satu penyesalan dalam diri sendiri adalah kerana kebodohan diri sendiri yang tak tahu nak buat apa2. Aku sambung.

Sambil2 aku lap2 badan mak, aku sempat mengucap di telinga mak sekali. Yg lain2 semua aku hanya membaca al-fatihah, 3 kul dan ayat kursi. Tiba2 mak pandang ke hadapan atas sambil tenung dengan mata yang membulat. Aku ingat ada doktor. Tapi bila aku berpaling tiada sesiapa pun disitu. (Sekarang baru aku tahu mungkin malaikat maut sudah datang menerpa waktu itu).

Mak sudah habis neb dan doktor pun datang. Pernafasan mak semakin kritikal walaupun dengan alat bantuan pernafasan. Doktor suruh aku keluar dan memanggil nurse 2, 3 orang. Nurse tarik semua langsir dan aku sudah tidak dapat melihat mak.

Tak lama macam tu beberapa doktor dan nurse menerpa ke arah katil mak dengan tergesa gesa. Ketika itu barulah aku sedar ya mak sudah dalam keadaan kritikal. 5 minit kemudian abah dan kakak datang. Jam waktu itu sudah menunjukkan 6.30 petang.

Mereka tidak dapat melihat mak sampailah emak menghembuskan nafas terakhir dan itulah kali terakhir aku bersama emak. Azan maghrib pun berkumandang, mak masih di katil ditemani doktor2 dan nurse2 sambil langsir ditutup. Abah terus ke surau hospital menunaikan solat. Kami masih setia tunggu di luar bilik walaupun tidak tahu apa2. Tidak menjamah untuk berbuka.

Waktu tu air mata dah turun lebat tanpa menunjukkan tanda2 ingin berhenti. Tak lama macamtu sorang doktor datang memberitahu akan keadaan mak. Dan abah pun baru pulang dari surau. Abah redha dan kami pun kena redha. Jam menunjukkan 9.30 malam. Emak meninggalkan kami semua pada malam ramadan separuh hari lagi umat Islam menyambut hari raya.

Apa yang membuatkan aku betul2 menyesal adalah Allah dah beri aku peluang untuk teman mak di saat2 akhir mak tapi aku sia siakannya. Aku tak ajar mak mengucap. Aku tak memohon maaf kat mak sebagai seorang anak.

Aku tak beri sepenuh kasih sayang aku untuk mak. Sedangkan abah dan kakak cuma lambat selama 5 minit saja. Aku adalah orang terakhir dengan mak. Tapi aku tak buat apa2 yang bernilai sebelum emak pergi meninggal dunia.

– Anak mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *