Assalamualaikum warga IIUMC, ini kali pertama aku confes kat sini. Aku pun tak pasti sama ada confession saya akan diluluskan oleh admin.
Sebelum apa apa, aku mohon maaf jika penulisan aku ada banyak kesalahan tatabahasa ataupun sukar difahami. Merujuk kepada confession diam si isteri (https://iiumc.com/diam-si-isteri/), kebanyakan kisah itu berkaitan dengan aku.
Aku Imran (bukan nama sebenar) seorang lelaki berusia 34 tahun merupakan seorang pelajar sarjana dalam bidang professional dan masih bekerja di bawah kerajaan. Seorang suami dan bapa kepada 4 anak, 3 perempuan dan seorang lelaki.
Alhamdullillah syukur diatas kurnian rezeki Allah. Melihat apa tajuk mesti ramai tertanya tanya apalah mamat ni rindu sangat dengan isteri dia.
Sewaktu aku menulis confession ini aku mengakui saya sangat rindukan isteriku dan kemanisan dalam rumah tangga. Senda gurau dan rasa cinta yang pernah ada sewaktu ketika dahulu. Dah bertahun aku rasa perkara ini membarah dalam rumahtangga.
Nak dijadikan cerita aku anak sulung yang semuanya lelaki dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai seorang ayah yang sangat ego dan ibu yang sangat sabar dan tabah.
Disebabkan semua adik beradik aku semua lelaki aku dididik oleh ibu aku ntuk menghormati wanita dan menyayangi wanita sejak kecil. Memang mak aku selalu sebut jangan jadi macam ayah ego tak bertempat lepaskan hal hal rumahtangga kepada emak.
Emak yang uruskan anak, cari nafkah dan macam macam lagi. So membesarlah saku dengan pemikiran yang aku perlu hargai bakal isteriku nanti. Itu janji yang pernah saya buat ketika saya masih bujang.
Dipendekkan cerita setelah sampai wktunya aku berkahwin dengan wanita pilihan ibu aku kira kira tujuh tahun lepas.
Aku bukan buta buta bernikah, memang proses taaruf dengan wanita itu yang kini isteri aku untuk tempoh yang agak lama dalam 4 tahun juga sebelum berkahwin. Disebabkan isteri aku ni datang dari golongn agama so memang dia sangat tegas sepanjang perkenalan kami.
Yes perkahwinan kami memang sangat manis pada mulanya. Aku rasa inilah wanita yang saya sangat sayangi, yang saya sangat cintai.lepas kahwin dia memang sangat lemah lembut, cakap sentiasa berlapik dengan aku sampai aku sendiri pun tak dapat kesan dia tengah merajuk atau marah.
Memang kami in love untuk dua tahun pertama perkahwinan saya. Isteri aku seorang surirumah dan aku pula bekerja dalam bidang yang memang sibuk tapi aku akan pastikan kiteorang akan dating dan keluar sama sama untuk spend time together.
Aku sendiri tak tahu mana silapnya. Betul aku sangat rindukan isteriku. Dua tahun perkahwinan kami tiada rezeki anak. Anak sulung aku seorang perempuan lahir dengan mudah tanpa komplikasi pada tahun ketiga perkahwinan kami. Seorang anak yang sangat mudah dijaga.
Kami decide untuk ada anak anak yang ramai untuk memeriahkan rumahtangga kami. Saya mula merasakan hambarnya perkahwinan kami selepas kelahiran anak kedua kami sepasang kembar perempuan pada tahun keempat perkahwinan kami.
Isteri mengalami komplikasi bersalin, anak lahir pramatang, seorang anak ada masalah buah pinggang dengan bersalin pembedahan. Waktu tu aku memang mengaku aku salahkan diri sendiri sebab semua ini berlaku. Kami sampai sangat takut untuk ada hubungan suami isteri.
Isteri ku mengambil masa yang lama dalam setengah tahun untuk pulih dari segi emosi dan fizikal. Dia memilih untuk tinggal bersama mertua selama 6 bulan di selatan tanah air dan aku bekerja di utara tanah air. Kadang2 disebabkan oncall bagai aku memang susah nak berjumpa dengan isteri dan anak2 waktu itu.
Aku ingat bagaimana hambarnya kami selepas kelahiran anak2 kembar kami. Jadual kami berubah, aku kerap bercuti, dengan temujanji anak2 lagi. Pelbagai jenis temujanji sampai kami sendiri alpa tentang hubungan kami.
Kehidupan waktu itu hanya untuk anak2. Rutin kami sangat berubah kalau berbual mesti pasal anak anak,pasal kerja rumah,pasal kerja aku sampai kami lupa tentang kami. Lupa sangat sangat. Aku sendiri trauma tengok betapa teruknya isteri aku menderita bersalin.
Pelukan dan ciuman dari seorang isteri sudah tiada lagi sebab kami masing2 berjaga malam dan aku selalunya memang tak tergamak nak kejutkan isteri seperti selalu bila aku pergi ke tempat kerja. Baju baju aku, sarapan benda basic yang aku rasa aku boleh buat tanpa perlu susahkan isteri aku.
Kami nampak sangat bahagia di mata orang lain. Kawan kawan ku dan kawan kawan isteri semua mengatakan kami ni vloving couple’dan ada banyak persefahaman tetapi hakikatnya Allah je yang tahu.
Berbalik pada cerita aku, kehidupan kami hari hari memang semakin hambar. Kami hanya berkomunikasi kerana anak dan kerja kerja rumah. Aku rasa tak keterlaluan untuk katakan bahawa hidup kami seperti housemate. Aku sendiri buntu dah tak tahu kenapa jadi begini.
Yes, aku cuba untuk betulkan semula hubungan rumahtangga kami. Contohnya dengan lebih banyak uruskan hal rumah, aku cuba jaga bonding dengan anak anak. Aku juga sentiasa memenuhi keinginan isteri aku. Apa sahaja yang isteriku sebut yang dia teringin aku akan cuba untuk cepat cari dan tunaikan.
Setiap hari dah menjadi kebiasaan aku, balik kerja aku akan pastikan diri aku sentiasa melapangkan masa untuk anak anak. Urus kan anak anak. Aku memang akan tanya isteri aku ada apa apa lagi untuk aku tolong habiskan.
Pinggan mgkuk, sidai baju, gosok baju semua aku yang uruskan. Dan kami ada membela empat ekor kucing (kucing dibela sebelum kami ada anak lagi ) dan bercucuk tanam, itupun aku yang uruskan sebab aku tahu seksanya jadi seorang suri rumah tangga.
Aku akan bawa isteri dan anak anak aku berjalan dikala hujung minggu sekurang kurangnya window shopping sebab aku tahu sakitnya kepala dan emosi memerap di dalam rumah. Aku walaupun sibuk teruk pun aku still dapat hirup udara segar ditempat kerja.
Aku faham semua itu dan aku sendiri memang tahu betapa parahnya rumahtangga aku setelah kelahiran anak kembar aku pada tahun 2015, yes aku cuba betulkan semuanya.
Aku cuba selitkan kemesraan dengan mesej mesj whats app dengan panggilan sayang and i really Miss u dan balasannya isteri aku hanya akan balas yelah atau ok. Hati aku memang luka tapi aku tak pernah berputus asa.
Aku pernah baca bahawa hubungan suami isteri dan solat jemaah juga adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Yes aku cuba untuk wujudkan semua benda tu kembali tetapi isteri aku memang akan tidur awal, pura pura sibuk dengan anak2 (sedangkan aku dan selesaikan).
Dan bila part solat jemaah dia minta kami gilir sebab dia paranoid takut anak2 jatuh atau cedera ketika kami sibuk solat. Okay aku faham dan aku turutkan. Endup aku sendiri yang rasa semakin membarah rumahtangga sendiri.
Mesti ada yang tertanya macam mana kami ada seorang anak lagi setelah hambarnya rumahtangga kami. Anak bongsu aku lelaki lahir pada 2018. Bulan ni dah genap dua tahun.
Waktu nak dapatkan anak keempat kami ni, isteri aku sendiri yang meminta untuk serikan kehidupan kami dengan anak itupun setelah hampir dua tahun kami tiada hubungan suami isteri. Waktu aku ingatkan alhamdullillah hubungan kami mungkin akan berseri. Tetiba je lepas mengandung dan isteri aku alami pendarahan, the cycle came again.
Isteri aku minta aku bersabar dan berikan masa untuk kandungannya stabil. Kandungan keempat pun memang dia mengalami masalah sembelit yang teruk dan gastrik yang sangat dasyat. Aku hanya mampu bagi kata kata semngat, sokongan dan bawanya untuk berubat.
Dan selepas kelahiran anak keempat aku seorang lelaki, aku diberikan tawaran untuk sambung pengajian sarjana. Aku anggap sebagai rezeki dan aku seperti biasa berbincang dengan isteriku.
Alhamdullillah isteriku memang sangat memberi sokongan. Sementelah aku menyambung sarjana untuk semester pertama. Isteri aku meminta izin untuk tinggal di rumah mertua.
Lagi satu memang sudah menjadi kelaziman dalam setiap tahun sekurang kurangnya tiga bulan isteri aku akan tinggal di rumah mertua (tak termasuk raya atau puasa). Aku sentiasa bersetuju yang penting emosi isteri aku sentiasa terjaga.
Sepanjang perjalanan aku dalam bidang sarjana. Segalanya berjalan lancar, tekanan sebagai pelajar dan pekerja itu semua masih ada tetapi masih dalam kawalan. Tetapi aku rasa kosong. Aku rasa macam aku kurang sesuatu, aku rasa macam aku perlukan adalah kasih sayang.
Aku rasa rumahtangga aku semakin hambar. Kehidupan aku hanya untuk anak anak, kerja dan pelajaran. Hidup aku terlalu fokus pada anak anak sampai aku lupa sekali lagi untuk memeriahkan hubungan rumahtangga.
Aku mula tersedar kembali tahun lepas apabila kawan karib aku yang dikenali sebagai pasangan bahagia bercerai. Aku macam terkejut, kawan karib aku memgatakan hubungan rumahtangga dorang sangat hambar, sibuk kerja dan anak sampai perasaan cinta itu tak ada langsung. Aku tetiba terasa ‘air macam terpercik ke muka sendiri’.
Aku baru sedar yang sebenarnya aku sangat rindukan isteri aku. Aku sangat rindukan dia dan aku mengaku aku beberapa kali tewas dan menangis bila mengenangkan rumahtangga aku. Aku dah cuba bermacam kaedah sejak rumahtangga kami bermasalah pada tahun 2015 dan kembali bermasalah ketika isteriku hamil anak lelaki kami.
Macam macam cara aku buat, aku hanyalah hamba Allah yang berdosa,tipulah aku katakan aku tak pernah bosan. Bayangkan mesej sweet dengan isteri hanya dibalas ‘ok’, ‘yelah’. Allah je tahu betapa rasa pedihnya hati aku.
Aku tak tahu macam mana lagi nak baiki hubungan suci kami. Aku dah cuba membantu sedaya upaya aku dalam urusan rumah, aku cuba untuk menjadi romantis, aku cuba tidak melukakan hati isteri aku dan macam macam lagi tetapi balasannya still hambar.
Dan aku pernah copy paste apa apa confession yang berkaitan dengan kisah kami. Aku sendiri mengaku kepadanya yang aku rindu dia. Aku sendiri tak tahu apa dosa dan salah aku sehingga perasaan aku seolah olah diketepikan.
Aku juga pernah cuba meluahkan perasaan aku tetapi aku akan dipersalahkan kembali dan isteriku melabelkan aku sebagai sensitif. Dan aku pernah juga menghilangkan diri seharian sebab nak tengok sama ada dia masih sayangkan aku atau tak.
Cuba teka apa aku dapat? Isteri aku tak cari aku langsung. Menangis aku waktu tu. Endup aku balik semula ke rumah sebab perasaan kesian dan rindu pada isteri dan anak anak itu masih ada.
Aku sangat sangat cemburu dengan isteri yang sentiasa memeriksa handphone suami dan memeriksa tindak tanduk suami sekurang kurangnya isteri cemburu dan sayang suami tetapi isteri aku status whatsappnya pun disembunyikan daripada aku.
Akhir kata, aku perlukan komen komen positif daripada anda semua. Aku minta maaf kalau ada kekurangan dan penulisan yang mengguris hati anda. Tetapi sesungguhnya aku sangat rindukan belaian dan pelukan seorang isteri. Doakan aku kuat. Assalamualaikum.
– Imran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum,
pertama dan selamanya marilah kita ungkap kan kalimat syukur kita kepada Allah SWT. Alhamdulillah. kerana terlalu banyak nikmat allah telah berikan kepada kita. dan diantara nikmat-nikmat yang paling besar adalah nikmat iman yakni nikmat yakin kepada Allah.
Berbalik kepada cerita saudara ini tadi, saya teringat tentang apa yang berlaku kepada saya. kisah yang berlaku kepada saudara adalah hampir sama dan mungkin berebeza watak2 sampingan nya sahaja dengan kisah sy alami sendiri.
saya pendekan cerita, x perlulah sy cerita apa yang terjadi kepada saya dan isteri sy yg sy cintai . biarlah perkara tersebut menjadi sejarah untuk kami berdua. kita terus kepada bagaimana dan apa tindakan yang telah saya lakukakn untuk kembalikan “hambar” dalam rumah tangga tersebut.
apabila berada didalam situasi yang saudara alami, berhadapan dengan keaadan isteri dan rumah tangga seperti itu, satu tindakan yang tepat perlu dilakukan untuk mengembalikan semula cinta dalam rumah tangga saudara. Rindu dan kasih perlu disemarak kan semula….cinta dan teruja perlu dinaikan semula.
sebelum saya menulis apa perkara yang perlu dilakukan, suka untuk saya ungkap dan hurai dahulu kata-kata di bawah ni.:
“hukum dilaksanakan oleh orang yang taat”
huraian : kata-kata in btol, tiada satu pon salah, malah dalam melaksanakan apa yang diperintah jugak kita boleh melaksanakan dengan niat ” kerana aku ingin taat”. sekali lagi diulang bahawa perkara ini tidak salah sama sekali. namun berapa ramai orang yang taat itu kembali mengingkari apa yang mereka taat dan yang paling sadis berapa ramai yang tersinggung kerana taat nya seseorang.
oleh sebab itu la, datang nya kata-kata :
” hukum dimuliakan oleh orang yang cinta”
jika seseorang cinta kepada hukum, sudah pasti dia sendiri melaksanakan hukum,mempertahankan supaya dirinya kekal mentaati hukum dan yang paling indah, dia tidak akan memandang rendah kepada sesiapa yang tidak mentaati hukum kerana dia “cinta” kepada hukum tersebut.
oleh yang demikian, asas yang perlu kita tahu untuk mendidik jiwa kita dan jiwa orang lain dan jiwa setiap insan hanyalah dengan memasukan “hub/cinta/pyar” dalam hati kita pada sesuatu ingin kita bina.
berbalik kepada masalah yang saudara hadapi, penting untuk saudara faham bahawa apa2 sahaja yang kita ingin kan perubahan terhadap isteri kita hendaklah didahului dengan memasukan cinta dalam hati dia. Dan cinta yang paling besar hendaklah diletakan pada Allah dan Rasullullah.
saya ulang sekali lagi ya, sebab ramai salah faham jika hanya baca apa yang saya tulis diatas. ada dikalangan mereka faham bahawa saya maksudkan supaya meminta isteri utk solat,puasa, zakat, tambah amalan zikir dan sebagai….. sila maklum sy x maksudakan supaya saudara buat semua itu. apa yang saya ingin kan satu sahaja….saudara pupuk/bina rasa cinta dalam hati ister tuan kepada Allah dan rasullullah..pujuk rayu dan mengangisla utk si isteri dapat cinta allah dan rasul. buat masa ni jgn paksa si isteri untuk terus pergi kepada ketaatan.
okay settle bab asas, sekarang sy pergi kepada tindakan kedua. ini adalah perkara yang paling asas kepada segala asas untuk mendapatkan kembali cinta dari isteri saudara.
begini, perlu saudara faham bahawa cinta adalah sebuah rasa yang agung, rasa yang indah, rasa bahagia dan berharga…. cuba saudara bayang, rasa yang sehebat ini boleh ke diletakan merata-rata, seperti barang-barang lain yang berharga, pernah ke kita letak barang di merata-rata…sudah pasti kita simpan di tempat yang selamat. jadi begitulah cinta saudara, saudara tidak akan mampu membina cinta atau mempertahan kan cinta sekiranya saudara tidak mempersiapakan tempat untuk meletakan cinta tersebut dihati isteri saudara. jadi fahamkan semua ni dulu, baru saya boleh teruskan untuk ke seterunya….ok faham ya??
jadi, untuk dapatkan cinta tu wujud kembali dihati isteri tuan, sebuah tempat perlu dibina dihati isteri tuan…jika saudara gagal membina tempat ini, mana mungkin “cinta/hub/pyar/ akan datang kembali ke hati isteri saudara. jadi mesti saudara tertanya2 kan macam mana hendak dibina “tempat ” tersebut. mari sama2 saya kongsikan apa yang telah saya buat sewaktu menempuh ujian getir waktu itu :
Pertama sekali,
1. tenangkan hati isteri
saudara bayangkanlah, mana ada pembinaan dibuat ditempat yang x tenang, platform cari gali minyak di offcshore di ” fabricate” di tempat yang tenang dan kemudian barulah dipasang di tengah laut. begitu la dengan isteri saudara, saudara perlu tenangkan hati dia, buangkan keserabutan dalam hati dia..bnyk perkara boleh dilakukan asalkan ianya berteraskan untuk tenangkan hati si dia. saya sendiri pada waktu itu , dengan niat untuk menenangkan hati isteri saya, saya telah bermesyuarat dengan isteri saya dan saya telah mencadangkan untuk menyerahkan semua gaji bulanan saya kepada isteri saya, kebetulan pula isteri saya sudah tidak berkerja….sebelum ni pon mmg setiap bulan sy akan beri nafkah kepada dia, tetapi kali ini saya serahkan semua gaji saya kepada dia…. dan perbelanjaan saya, saya minta bila perlu dari beliau. apa yang kami buat ini, pada awal nya tidak dipersetujui oleh isteri saya, tetapi sy yang minta buat begini supaya secara emosi nya dia akan tenang dan happy apabila melihat satu jumlah yang lebih besar dari kebiasaan telah di bank in kedalam akaun bank nya.
selain dari pada itu, dalam kerangka untuk memberi ketenangan pada isteri saya, saya sentiasa memberi ruang untuk dia ber”me ” time pada bila2 masa yang dia nak.. ini perkara yang sangat perlu ….bermesyuaratlah dengan isteri saudara, tanyakan pada si dia, bila si dia perlu berehat …beri ruang untuk dia bersendirian…..
ok…macam terlalu panjang komen saya ni……sy rasa better saudara buat je yg saya cadang ni dulu……..nnt saya sambung lagi ya….
doaka ya sy dan isteri saya terus bahagia bersama2…….. i love you my wife Khairunnisa binti mazlan….