Apa yang aku nak share disini agar pembaca dapat mengambil ikhtibar dan dapat mendoakan keluargaku. Aku merupakan seorang anak perempuan daripada 3 orang adik beradik (atas aku ada 2 orang abang). Abang aku yang sulung menetap di utara tanah air manakala abang aku yang kedua menetap disebelah rumah mak aku di selatan tanah air.
Dan aku pula.. menetap di dalam rumah mak aku. Memandangkan kerja aku yang selalu berpindah so aku sementara ini duduk bersama dengan mak aku. Untuk makluman pembaca, aku telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Emak aku merupakan kakak kepada adik beradik yang ramai. Jadi daripada kecil lagi emakku ini telah bersusah payah untuk mencari nafkah untuk adik-beradiknya. Dari kecil mengambil upah basuh baju, menjual kuih muih dan menjahit. Memang sejenis yang tidak boleh duduk diam kecuali tengok cerita Korea. Ayah aku pula telah berpencen dari sebuah kilang.
Pada awal tahun 2000 mak dan ayah telah memulakan perniagaan makanan. Alhamdulillah maju dan banyak permintaan. Ok.. sekarang akan masuk konflik dalam keluarga aku. Abang aku no 2 ini tidak suka bekerja dengan orang (ada kelulusan yang boleh menjana pendapatan dalam 6-7k sebulan) kerana mempunyai ego sendiri dan masalah utama susah bangun tidur.
Disebabkan abang aku no 2 ini tidak bekerja, so die bekerja dengan mak aku. Kerja die sangat senang cuma menghantar pesanan dan membuat kerja cuci-cuci. Apa yang aku rasa terkilan adalah, abang aku no 2 ni tidak penah kesian ngan kesusahan mak.
Kadang subuh mak da keluar pegi meniaga manakala abang aku no 2 ni jam 8 bru nampak muka di kedai. Rumah yang disewa oleh abang aku no 2 itu dibayar sepepenuhnya oleh mak dan kereta baru anggaran sebulan untuk tanggung abang aku no 2 itu sahaja adalah RM2k dan isteri abang aku telah berhenti kije dengan alasan leceh bagi abangku untuk keluar ambil isterinya balik kerja.
Walaupun akak ipar aku sudah berhenti kerja, namun abang aku masih lagi tidak boleh nak komit semasa bekerja. Memandangkan aku dan suami berpindah ke selatan tanah air sebab untuk meluangkan masa bersama keluarga, suami ku telah berhenti kerja di ibu kota dan membantu mak aku dikedainya. Setelah adanya suami aku di dalam peniagaan ini, abang aku no 2 itu makin menjadi-jadi dan banyak ambil kesempatan untuk malas bekerja. Dia boleh balik rumah sesuka hati semasa bekerja. Kerja dalam bidang peniagaan makanan ini, kadang sampai lewat malam dan hari minggu.
So memang mak dan suami ku sahaja yang akan bertungkus lumus untuk komit dalam buat kerja. Kadang-kadang seharian aku tidak jumpa dengan mak aku dimana mak keluar sebelum subuh dan balik lewat malam. Aku mempunyai anak kecil yang tidak sesuai untuk dibawa ke kedai makan mak. So part aku untuk menolong adalah dalam rumah emak sahaja. Baru-baru ini terdapat konflik di antara mak dan ayah. So suamiku menjadi posmen untuk menghantar pesanan.
Disebabkan abang aku no 2 itu merupakan anak manja emak so memang semua kerja di tanggung oleh suami ku. Disebabkan aku sendiri tidak boleh tahan tengok kesusahan emak walaupun aku telah sound abang aku no 2 itu, tp emak aku memang akan baking die. Untuk makluman kampung suamiku juga terletak di selatan tanah air(dalam100km dari rumah mak aku).
So kesian suami ku susah untuk menjenguk mak dan ayahnya di kampung kerana ada sahaja pesanan-pesanan yang diambil oleh emak. Abang aku no 2? Apa lagi.. merayap, memancing dan memain motor. Kadang suamiku terpaksa untuk balik awal dari kampung sebab nak menolong emak ku. So untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, aku telah memohon untuk tukar semula ke ibu kota dengan harapan abang aku no 2 sedar bahawa itu lah tanggungjawab dia untuk mencari nafkah dan membantu emak ku.
Bak kata rakan baik ku, biar jauh dengan keluarga tapi wangi. Aku harap pembaca2 dapat bersama-sama doakan agar abang aku mendapat hidayah. Terima kasih.
– Bukan Anak Manja Emak
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit