Kerisauan

Salam buat pembaca,

Pertama kali saya cuba untuk tuliskan tentang apa yang menjadi kerisauan untuk ketika ini

Saya Bunga, berumur 20 an dan masih lagi study di salah sebuah pusat pengajian.

Saya mempunyai seorang classmate lelaki yang sentiasa nampak serius, garang dan sukar dijangka sikapnya.

Sehingga kini sudah 3 tahun saya berada dalam kelas yang sama dengan dia.

Satu hari, dia pm dan mengatakan ingin kenal dan berkawan lebih dekat dengan saya.

Disebabkan saya dah classmate dengan dia agak lama, jadi saya rasa ok untuk cuba berkawan dengan dia.

Namun, yang menjadi kerisauan di hati, adalah tentang ikhtilat.

Seringkali saya berfikir, adakah betul perbuatan saya ini, atau saya perlu berhenti dari berkawan dengan dia,

Kerana sebelum ini, kami sangat jarang chat dan adakalanya hanya berbual hal2 yang berkaitan pelajaran sahaja.

Boleh ke berikan nasihat atau pandangan tentang situasi saya sekarang ni..

Sama ada dibolehkan untuk saya berkawan dan mengenali dia sedikit demi sedikit atau tidak perlu.

Terima kasih ya..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *