Assalamualaikum pembaca sekalian. Aku sebenarnya sangat lama bersembunyi dengan masalah aku ini. Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapat feedback dari pembaca sekalian, cara cara untuk aku hadapi situasi aku ini. Baiklah, biar aku mulakan.
Aku dilahirkan sebagai anak ke dua dari 7 beradik, dan aku boleh katakan aku datang dari keluarga yang sederhana susah. Adik terakhirku di alam tadika dan aku mempunyai 4 adik yang masih di alam sekolah, universiti. Kakak sulungku berumur 26 tahun dan sudah bekerja, alhamdulillah. Bujang. Aku pula berumur 25 tahun. Ibuku suri rumah dan bapaku bekerja kebun. Aku pula baru beberapa bulan selesai majlis perkahwinan dengan suamiku.
Cerita aku ini bukan mengenai masalah perkahwinan tapi masalahku sendiri. Alhamdulillah Allah kurniakan aku dengan keluarga mertua yang baik, suami yang baik. Aku bersyukur. Ibu bapaku, walaupun pada awalnya tidak menjangka anak mereka yang kedua ini akan berkahwin dahulu dari kakaknya, menerima perkahwinanku, suamiku. Pada asal mereka keberatan kerana aku belum ada kerja tetap. Tapi alhamdulillah mereka terima.
Mereka juga melayan suamiku dengan baik, alhamdulillah. Sebelum berkahwin, ibu bapaku berpesan padaku untuk terus bekerja( sebelum ini aku sempat bekerja sebagai guru setelah aku graduate ). Setelah aku berkahwin, aku mengikut suamiku tinggal di bandar kerana dia bekerja di sana. Dan aku telahpun berhenti kerjaku ketika duduk di kampung bersama keluargaku.
Aku boleh katakan, aku masih di alam awal perkahwinan, biasalah ada waktu senang ada waktu sukar. Pekerjaan suamiku sebagai jurutera alhamdulillah cukup untuk menampung kehidupan kami berdua buat masa ini. Suamiku tidak pernah mendesak aku untuk bekerja, pendek cerita aku tenang, hati aku lapang kalau aku hadapi hari hari aku dengan berkhidmat untuk suamiku.
Masalahku di sini :Dalam hidupku, aku seorang perempuan yang ingin bekerja, ingin bekerjaya. Fikiran aku, kalau aku bekerja, setidaknya aku boleh bantu suami aku, boleh bagi duit kepada ibu ayahku, boleh tolong adik adikku yang masih belajar. Tapi aku kekangan transport dan kemudahan untuk bekerja membuatkan ku masih berada di rumah. Masalah aku adalah apabila aku memikirkan masa hadapan.
Apabila ayahku atau ibuku bertanya soal situasi aku, apa yang aku lakukan setelah berkahwin. Mungkin mereka cuma ingin bertanya, dan aku tahu mereka mengharapkan aku bekerja dengan harapan dapat membantu adik adikku, dan mereka berpikiran memandangkan aku graduate dari Universiti tempatan, aku akan bekerja setelah habis belajar. Namun macam aku katakan, aku menghadapi masalah sedikit untuk ke tempat kerja kerana kereta digunakan oleh suamiku.
Aku perlu mencari pekerjaan yang setara waktu kerjanya dan lokasi yang dekat jika mahu ke tempat kerja sekali dengan suamiku. Disebabkan situasi perkahwinan aku di fasa sederhana stabil, suamiku tak langsung mendesak aku untuk bekerja. Pendek cerita, alam rumah tangga aku dan suami aku ini ok, takde isu, biasa saja. Ok. Masalah bila parents aku bertanya soal kerja, aku akan jawap berbasi basi, dan selepas itu, aku akan menangis.
Fikiran aku kusut sangat. Aku jadi murung. Aku boleh menangis setiap hari bila aku fikir kan diri aku yang tak kerja. Sebulan dua bulan selepas kawin kerja aku menangis setiap hari bila aku fikirkan soal kerja. Di fikiran aku, aku akan bercakap pada diri aku, aku anak yang tak guna. Ibu ayahku dah bertungkus lumus tolong aku untuk habis belajar, dan aku masih belum dapat bagi duit kat mereka.
Aku akan fikir aku seorang isteri yang membuang masa, tak guna kudrat yang ada. Aku tak bantu ibu ayah aku untuk tolong belanja adik adik aku yang masih belajar. Aku sangat risaukan pandangan ibu ayah aku pada aku, aku takut mereka fikir aku malas nak bekerja lepas aku dah kawin, sedangkan aku beria katakan yang aku akan kerja lepas kawin. Ya memang aku nak kerja. Cuma situasi sekarang tak mengizinkan.
Aku sangat takut dengan kata kata atau soalan ibu ayah aku sampaikan di group WhatsApp family, bila ada posting pasal benda kecik sekalipun tentang adik adik aku, aku tak involve apapun. Sebab aku takut bila wujud mesej dari aku, akan wujud soalan dari ibu ayah aku : Apa yang aku buat sekarang. Aku takut jugak kalau kalau aku yang tak terlibat sangat dalam conversation membuatkan members dalam tu rasa aku menjauh.
Dalam family aku, aku saja yang baru berkahwin. Aku tak tahu macam mana pandangan family members aku pada kehidupan aku. Kadang aku kesian dengan suami aku sebab terpaksa hadap isteri yang tak boleh nak kawal emosi, asyik menangis tak tentu kira tentang isu yang sama, isu aku tak kerja. Isu aku blaming myself as incompetent.
Aku jenis kalau fikiran aku runsing aku akan menangis. Tak kira masa. Siang malam petang selagi aku tak boleh buang fikirkan masalah dalam minda aku, aku menangis. Tak pernah penat. Aku tak pandai nak bercerita, nak meluah. Sebenarnya aku ada masalah trust disebabkan kisah lalu tapi kalau aku cerita kat sini jadi panjang, so nak dipendekkan aku ada masalah nak kawal emosi, masalah kepercayaan.
Kepercayaan kepada diri dan orang sekeliling. Suami aku selalu nasihat aku, Setiap manusia itu ada waktunya, waktu aku dapat kerja tu akan tiba. Mungkin sekarang belum waktunya. Aku ok sikit bila dinasihat tapi bila aku sorang sorang aku terpikir balik masalah aku, aku mula menangis balik. Tambahan lagi suami aku yang bekerja almost kurang sikit dari 24 jam membuatkan aku seorang di rumah setiap hari membuatkan aku lebih bermasalah nak kawal fikiran bila berseorangan.
Kalau aku cuma hidup sehari hari di rumah, buat rutin aku, tak pikir masa depan, aku ceria aku gembira aku biasa aja. Tapi kalau ak pikir pandangan ibu ayah aku, aku stress sedih down risau melampau sampai menangis tak henti henti. Aku tak tahu macam mana nak kawal emosi aku ini. Tak tahu macam mana nak hidup dengan lapang dada.
Solat, baca quran alhamdulillah aku tak tinggal tapi masalah kerisauan ini masih ada. Aku risau yang amat amat tentang pandangan ibu ayah aku. Aku downgrade diri aku yang amat amat bila aku rasa diri aku tak berguna. Hampir empat bulan dah aku berkahwin dan benda ini tak pernah hilang, rasa risau yang masih sama.
Aku harap pembaca ada cadangan macam mana aku nak kawal emosi aku, nak hadapi soalan soalan dengan chill, nak baikkan fikiran aku yang blame myself teramat sangat. Aku buntu. Tolong aku. Aku penat dengan kerisauan yang tak sudah sudah.
– Hujan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit