Kerja atau Berhenti?

Assalammualaikum. Sebelum tu aku minta maaf ayat aku berterabut sama macam otak aku yang serabut.

Serba sedikit tentang aku. Seorang perempuan yang sudah berkahwin genap 2 tahun dan dikurniakan sorang cahaya mata berumur 1 tahun.

Aku juga baru bekerja selama 3 bulan dan LDR atau PJJ dengan suami. Aku bekerja di kawasan borneo dan suami bekerja swasta di negeri Selangor.

Semenjak aku berpindah borneo sudah 6 bulan kami berjauhan.

Setelah gagal beberapa kali exam SPA dan juga 6x interview, alhamdulillah aku dpt kerja gred SPM walaupun aku berkelulusan ijazah.

Selepas aku berkahwin, aku berhenti kerja dan pindah ikut suami. Selama setahun 3 bulan aku menjadi surirumah dan menjadi ‘work seekers’.

Pada mulanya, Aku tidak bekerja sebab suami tak izin dan juga aku telah mengandung. Semua interview tu aku buat semasa tempoh berpantang sampai la anak aku berusia 4 bulan.

Beberapa kali gagal interview suami berseloroh yang kerja aku hanyalah “interview”. Yela banyak kali gagal kan.

Untuk pengetahuan korang, aku menang asal borneo dan sekarang tinggal dengan family.

Mula2 kahwin aku bekerja selama 4 bulan dan terus berhenti pindah ikut suami aku tinggal di semenanjung. Kandungan 7 bulan aku balik borneo utk bersalin dan berpantang.

Anak usia 4 bulan baru pindah balik ikut suami. Dan anak usia 6 bulan pindah balik borneo sebab dapat kerja.

Sebelum anak usia 1 tahun suami aku lihat dia membesar depan mata hanya umur anak masa awal lahir dan masa umur anak 4-6 bulan.

Satu hari tu, tanpa di sangka aku menerima satu email bahawa aku lulus temuduga dan mesti lapor diri secepat mungkin.

Ya aku amat gembira tapi sedih sebab di tempatkan di borneo. Pada mulanya suami aku memang tidak bersetuju untuk kami berPJJ.

Tapi selepas aku pujuk akhirnya dia akur walaupun masih berkata-kata suruh aku berhenti.

Sekarang masuk 4 bulan aku bekerja kerajaan dan selama tu lah suami aku asyik suruh aku berhenti dan aku ni susahkan dia sebab kitorang berjauhan.

Maksud dia susahkan tu sebab nak beli tiket balik borneo jumpa aku dan anak.

Aku pernah bagi syarat, sekiranga aku berhenti bayarkan hutang PTPTN aku dan bagi duit nafkah RM200 memang tidak cukup bagi aku.

Tapi aku tidak pernah merungut depan suami aku. Muka aku ni jenis berjerawat dan skincare sahaja tak cukup RM200 tu.

Aku ingin bekerja kerana ingin membayar hutang dan juga membeli barang2 dan makanan kesukaan aku tanpa dipersoal.

Maklumlah selama jadi surirumah tak pernah ada duit sendiri dan bila nak beli apa2 minta suami.

Kadang2 aku tak sampai hati nak minta duit suami banyak2 takut dia tak cukup duit.

Persoalan sekarang patut ke aku berhenti kerja dan pindah balik ikut suami aku? Adakah suami aku tak redha?

Walaupun dulu aku dan suami nak sangat aku kerja kerajaan. Bukan senang nak dapat.

Maaf ayat aku berterabur dan tak tersusun.

– Lala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *