Assalamualaikum
Terima kasih kerana siarkan entry saya. Saya nak luahkan dan berkongsi apa yang saya rasa mengenai work life balance. InshaAllah ada pengajarannya. Apa yang saya perhatikan, orang kita ni mostly tak ada work life balance. Yang paling jelas lebih kepada work. Life entah ke mana. Memanglah kita ni perlu bekerja untuk mencari rezeki. Perlu cari pendapatan tambahan untuk topup apa yang tak cukup. Tapi mungkin ramai yang tak tahu kalau kita makan gaji, kita ada hak kita. Kebanyakan majikan ambil kesempatan atas ketidakprihatinan kita untuk ambil tahu hal kita sebagai pekerja.
Kita cemerlang di tempat kerja tapi balik ke rumah keluarga terabai apa gunanya? Inilah yang kemudian nanti menyumbang pada pincangnya rumah tangga. Misalnya jika seorang ketua keluarga tu menghabiskan lebih kurang separuh hari masa yang dia ada dlm 24 jam untuk pergi kerja. Baki jam yang ada untuk tidur, mandi, makan, ibadah. Hanya tinggal sedikit sahaja masa untuk diluangkan dengan keluarga. Itu belum campur kalau bawak kerja balik rumah, kerja lebih masa dan sebagainya.
Bagi isteri yang tidak bekerja, masa si suami balik adalah masa dia nak mengadu apa yang terjadi seharian suami bekerja. Jika ada anak kerenah anak lagi. Tapi sayangnya fokus si suami tak lebih 50% saja. Penat kerja belum habis, sambil memikirkan lepas makan nanti nak sambung buat kerja sikit. Anak-anak yang seharian tak nampak muka sang ayah hendak bercerita tentang macam2 perkara di sekolah tadi. Tapi fokus ayah lepas dengar cerita ibu tinggal 25%. Ayah nak cepat habiskan makan dan sambung buat kerja sikit lagi. Lebih malang lagi bagi sang anak bila kedua ibu ayahnya bekerja, tak siapa nak bagi perhatian pada mereka.
Pergi kerja dipuji melangit, dijanjikan bonus hujung tahun nanti, duit tambahan untuk perayaan. Serba serbi cemerlang. Sana sini orang puji, baik, komited, bijak mengatur kerja dan macam2 pujian. Hati semakin gembira tambahan dengan janji berupa wang, cadangnya nak beli macam2 untuk keluarga. Tapi sedarkah kita dalam cemerlangnya kita sebagai pekerja, kita telah gagal sebagai ketua keluarga? Atau sebagai ibu ayah missalnya.
Sang isteri di rumah terganggu emosinya kerana kurangnya perhatian suami. Mula mencari tempat mengadu, mencari kebahagiaan di luar. Anak2 semakin liar ke sana sini tak ada yang peduli. Tak ada yang tahu aktiviti seharian mereka. Mula terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya. Ternyata keluarga di ambang kepincangan. Apa ertinya cemerlang di tempat kerja andai institusi kekeluargaan yang merupakan tugas utama tak mampu kita jaga? Apa nilainya kekayaan dan wang ringgit jika semua itu merosakkan keluarga kita. Ternyata orang kita masih terumbang ambing tak mampu menstabilkan kecemerlangan dalam kerja dan kecemerlangan mengatur keluarga.
Sepatutnya kita kena sedar, masa di dunia hanya pinjaman. Sebagai orang yang cemerlang dalam kerja juga dalam keluarga, kita perlu tegas agar semua orang menghormati masa kita baik di tempat kerja atau di rumah. Menghormati dalam erti kata tidak mengganggu masa kerja dan masa di rumah. Tiada panggilan telefon selepas waktu kerja, tiada bawak kerja balik rumah. Kebiasaannya keluarga tak ganggu kita masa kerja kecuali ada hal kecemasan, atau sekadar bertanya sudah makan ke belum, balik pukul berapa. Selebihnya hanya mesej, whatsapp yang kita boleh jeling sekejap bila ada kelapangan.
Apa yang saya perhatikan mereka yang menjaga institusi kekeluargaan biasanya menjaga agamanya. Bersolat jemaah dengan keluarga, bertazkirah menyampaikan sedikit nasihat untuk anak isteri. Selalu mendengar luahan dan perkongsian dari kerluarga. Tak pulak terlihat pincang di tempat kerja. Nak perform dalam kerja dan keluarga tak semestinya kerja pejabat. Kerja engineer, doktor, polis atau apa2 pun boleh. Kalau tak percaya cuba lah. Balik kerja bila tamat waktu kerja. Luangkan masa untuk solat berjemaah sekeluarga, habiskan masa lepas kerja betul2 untuk keluarga. Kecuali jika ada perkara yang betul2 urgent di tempat kerja mungkin kita boleh consider untuk balik lewat sedikit. Tapi bukanlah setiap hari nak urgent je. InshaAllah jika kita menjaga keluarga seiring dengan menjaga kerja Allah akan mencukupkan rezeki kita. Kerana di setiap langkah kita ada doa dari keluarga atas dasar kasih sayang dan eratnya ikatan kekeluargaan.
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga memberi manfaat, semoga kita dapat sama2 memperbaiki kedua perkara, kerja dan keluarga agar seiring. InshaAllah.
– K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit