Assalamualaikum, terima kasih kerana menyiarkan confession saya…
Saya berumur 30 tahun… selepas 7 tahun bekerja di sebuah kilang swasta, akhirnya saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan ekoran desakan ekonomi yang memerlukan saya mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya… berbelah bagi rasanya, tapi saya tetap dengan keputusan untuk melompat kerja. Akhirnya, 4 bulan lepas, saya mendaftarkan diri ke kilang yang baru. Kehadiran saya diterima baik, memandangkan saya cepat mesra dengan semua dan suka berkawan. Tugas saya untuk memberi idea2 berkaitan flow kerja untuk memberi peningkatan kepada syarikat.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Saya dapat rasakan organisasi ini tidak mengalakkan kerjasama antara pekerja2. Saya sebagai orang baru yang memberikan idea untuk peningkatan organisasi, pasti akan dicantas idea bulat2. Mereka2 yang lebih senior lebih bersikap selfish dan tidak mengalakkan perkongsian dalam bekerja. Persoalannya, bolehkah anda bekerja seperti ini? Segala info tentang kerja yang perlu saya buat, tidak diberitahu secara lanjut dan jikalau saya bertanya, pasti jawapannya adalah ‘tidak tahu’. Baik bos atau pon pekerja senior, jawapan paling simple adalah tak tahu, tak ingat dan tak ada.
Berbekalkan pengalaman yang saya ada, terpaksa la merangkak, terkais kais mencari maklumat untuk membuat kerja. Lebih malang lagi, pembantu yang sepatutnya menolong kerja saya, berhenti secara tiba2 tatkala saya baru seminggu di situ. Bagai jatuh ditimpa tangga, maka bermula la episod di mana kerja2 saya mula diperhatikan. Berat tugas kerana perlu menjaga dokumen syarikat dan juga menjaga kualiti production di mana akan ada audit tahunan dari 2 syarikat di bulan yang sama. saya buat 2 tugas dalam 1 masa tanpa bimbingan bos.
Dipendekkan cerita, kami akan diaudit oleh customer yang sebelum ini pernah audit mereka hujung tahun lepas. Saya secara jujurnya tak sempat nak buat persiapan kerana macam hilang arah tuju tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Saya cuba yang terbaik tanpa bimbingan mereka, akhirnya keputusan audit 90% gagal kerana pihak pengurusan gagal menyalurkan maklumat yang tepat kepada saya. Saya berterus terang dengan juruaudit di mana selepas itu saya dihentam teruk dengan pihak pengurusan kerana mendedahkan sisi buruk syarikat. Buntu saya dibuatnya. Seingat saya, sebelum audit berlangsung, mereka seboleh boleh menyuruh saya supaya tidak memberikan maklumat yang tepat kepada auditor, disuruh memadam maklumat yang ada dengan niat untuk mengelakkan tanda tanya juruaudit dan banyak dokumen yang perlu dibetulkan pada saat akhir. Di samping itu, banyak dokumen direka oleh bos disaat saat akhir tanpa mengetahui pucuk pangkalnya. Tahap stress sememangnya sangat tinggi ketika itu. Allah, dipaksa untuk menipu. Seba salah dibuatnya. Saya berpendapat mereka tidak serius tentang hal ini dan berpendapat biar orang baru settlekan tanpa mengetahui sejarah audit yang lalu .Salahkah saya tentang hal ini?
Sehingga sekarang, saya merasakan banyak kerja2 saya tak dihargai dan akan dikondem oleh pihak HR. Beliau sememangnya suka menjatuhkan semua orang dengan mengadu kepada bos tentang kerja2 kami semua. Alangkah lebih bagus jika beliau face to face dengan kami dan berbincang secara elok dari mengadu perkara yang tak betul? Untuk pengetahuan semua, di syarikat ini, apabila diadakan meeting, terasa berada di medan perang di mana bos dan HR akan bertindak seperti bom yang melemparkan amarah kepada kami semua. Sesak dada saya kerana selepas meeting, tak tahu apa output yang saya dapat. Gaduh adalah pasti, penyelesaian kepada masalah syarikat jauh sekali .
Sejujurnya, saya tak mampu lagi untuk berada di sini, membetulkan keadaan di mana orang2 yang berada di situ masih berada di takuk lama yang tak mahu menerima perubahan. Kerja2 saya seperti tiada peningkatan kerana idea2 saya sering terbantut dengan sikap selfish mereka. Apalah guna bekerja jika tiada peningkatan dalam pekerjaan. Hanya mampu melihat benda yang tak betul dan memendam rasa tanpa membetulkannya.
Doakan saya terus tabah dan kuat. Semoga ada rezeki lain untuk saya di luar sana. Sikap parasit pekerja senior memburukkan lagi keadaan. Sampai sekarang pon saya tak pasti dengan kerja2 yang saya buat, adakah betul atau tidak. Pihak pengurusan bersikap acuh tak acuh dalam bekerja, yang membuatkan saya bosan bila bekerja.
Semoga ada sinar untuk saya. Salam Syawal.
– Anum
Hantar confession anda di sini ->www.iiumc.com/submit