Kerja Buat Sale

Assalamualaikum,

Hai nama aku Cik Peach dan aku berumur 24 tahun. Terima kasih admin sekiranya confession aku ni disiarkan. Aku nak bercerita tentang pengalaman aku kerja sale dalam salah satu bank yang agak terkemuka jugak lah dalam Malaysia ni.

Sebenarnya jawatan yang aku pegang tu takdelah tertumpu pada sale atau jualan tapi tertumpu kepada proses pembiayaan. Selalunya jualan ni kitorang yang kerja bank memang akan ada walk in customer saja tetapi yelah kadang2 tu tak cukup untuk mencapai target. So kadang2 aku akan keluar dengan partner aku untuk cari pelanggan yang mostly kitorang sasarkan org yg kerja kerajaan lah.

Tetapi biasalah bila dah buat marketing ni, takdelah nak dapat permohonan on da spot. Tapi alhamdulillah ada lah jugak sikit2 pelanggan tu. Ceritanya bermula apabila aku kena tukar cawangan. Memang kat cawangan baru tu aku pun taktau lah kenapa susah sangat nak dapat pelanggan walk in. So first time pindah cawangan tu aku tengok cawangan ni memang agak slow untuk pembiayaan peribadi. So bos baru aku tugaskan aku untuk buat sale dan dia nak kau keluar sale hari yang sama, at least kau kena bawa balik sepuluh permohonan yang dah lengkap pada hari yang sama. Hurmm…sebenarnya aku ni agak pemalu nak keluar promot loan sebab aku lebih suka kerja dalam pejabat. Tetapi kerja dalam pejabat pun ada nak kena siapkan , kerja cari pelanggan pun kena buat. So aku nak tak nak terpaksa la keluar sorang sebab kat sini memang sikit ja pekerja jadi takde la partner nak ajak keluar sekali. Kalau ada pun , partner akan bergantung kat aku jugak sebab jawatan aku sebagai pegawai.

Hari pertama aku jejak kaki kat cawangan baru, bos aku dah start bagi target satu juta untuk loan peribadi. Serius aku tersentap sebab loan satu juta tu bukan target kumpulan tapi target aku seorang, so aku kna capai sejuta tak kira lah camna pun caranya. Bos aku ada bagi cadangan suruh bahagi target dengan staf2 lain yang bukan jobscope diorang pun tapi yelah aku rasa serba salah nak bagi orang lain kerja aku yang mana tu bukan kerja diorang pun. Btw, aku pun baru je start kerja jadi aku tak berapa handal la nak handle pekerja bawahan yang mostly lagi berumur dan dah lama kerja.

Bos aku ni setiap pagi morning talk dia akan tanya aku update berapa jumlah permohonan yang ada tapi bila aku bagi je jawapan, belum ada lagi, biasalah lps tu dia panggil masuk ofis dia utk brainwash aku.

Serius aku rasa stress dan sedih kerja kena buat sale ni sampai aku jeles dengan teller depan kaunter yang tak payah keluar buat sale duk dalam pejabat ja…

Setelah sebulan berlalu, target satu juta memang tak capai, aku capai dalam 350 k camtu ja. So bos aku naikkan target jadi rm2 juta. hehe gila tak gila. bagi aku gilalah…haha

Ye aku memang fed up sebab otak aku memang tak tau nak buat apa dah dgn target 2 juta tu. Tiap2 malam aku akan nangis dan tak boleh tidur dan setiap pagi, aku akan murung je pergi kerja.

Pastu ada sorang mak cik ni umur 30-an, pekerja kesayangan bos asyik duk membebel je kat aku pasai kerja aku , pastu tak capai target lah apa lah. Kalau korang duk sebelah dia rasa cam nak sumbat kapas je dalam telinga sebab malas dengaq pompuan ni membebal hentam2 aku…haha…aku pun taktau lah awat hormon pompuan yang dah kawen dalam range umur 30 an ni kerjanya asyik memebel ja…sabar jelah…huhu

Alkisahnya aku amik keputusan untuk resign pada bulan kedua aku kat cawangan tu sebab aku memang takde hati untuk buat sale. Lantak lah korang nak kata aku bebal ke manja ke blablabla ke. Aku memang x reti dan x de hati untuk kerja sale. Lepas resign hati aku tenang sangat dan aku start baca surah al-waqiah dan al-mulk untuk jemput rezeki . Alhamdulillah ada jugak rezeki lepas tu aku merantau dan dapat kerja admin. Alhamdulillah dah tak payah keluar2 cari orang lagi. Just do my own work in the office. Walaupun gaji dalam seribu setengah je tapi aku lebih daripada syukur. No sale sale anymore….

Aritu aku terbaca post kat iium yang pasal seorang budak BRSmart , past ramai org kutuk dia bebal manja dan etc. Pastu orang2 yang Allah bagi kelebihan pandai buat sale ni pun banyak duk membongak rasa diri hebatlah dapat buat sale dapat duit banyak komisyen segala bagai. Senang je hidup nih, kalau rasa diri hebat tu semua datang daripada Allah tau, bukan korang yang hebat jadi korang takde hak nak memperlekeh dan memperkecilkan kebolehan org lain apatah lagi nak membangga diri. Sekali Allah tarik nikmat tu, baru korang rasa langit tinggi rendah.

Maaf aku tak tuju kat sapa2 tapi sapa yang terasa aku tak boleh buat apa.

Tapi aku teringin jugak nak dengar pendapat korang yang kerja sale tips dan cara nak cari pelanggan untuk buat loan bank dengan korang.

Sebab dulu aku pernah minta tips senior yang memang pandailah buat sale ni tapi dia punyalah takmau share padahal duk cawangan lain, bukan nak sailang customer dia pun…adoi…ok itu saja bebelan aku.

Sekian terima kasih

-Cik Peach-

– Cik Peach

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit