Assalamualaikum semua. Tujuan aku meluahkan kata-kata di sini sebab aku dah terlalu penat untuk memendam semua ini. Aku perlukan nasihat dan kata2 semangat untuk teruskan semua ini.
Nama aku Nad (sudah pasti bukan nama sebenar), umur 23 tahun, belum kahwin, dan sudah bekerja. Apa yang aku nak cerita berkenaan dunia pekerjaan yang sudah beberapa tahun aku hadap. First, aku orang yang sangat overthinking dan jenis seorang yang cepat tertekan aka stress lah. Kedua, aku sangat-sangat sensitive. Kadang-kadang sampai tahap aku menagis semahunya bila aku stress.
Selepas sahaja aku menamatkan pengajian di peringkat diploma, alhamdulillah aku diberi peluang untuk menyambung pelajaran (degree) di IPTA dan juga dapat tawaran kerja walaupun bukan kerja yang aku nak. Dan aku telam memilih untuk bekerja kerana niat pada masa itu ingin membantu keluarga dan juga ingin mengurangkan beban hutang PTPTN. So, aku bertekad #whynotyoutry. Awalnya macam kekok la juga dan tak yakin aku boleh buat kerja ni. Dah dekat setahun kerja alhamdulillah rupanya aku mampu buat kerja ni.
Sorry korang terover pulak mukadimahnya. Hehehe. Okay aku cerita pengalaman pertama aku start bekerja. Mula-mula aku masuk my 1st impression, beruntungnya aku dan bertuahnya aku dapat environmental kerja yang best. Sebab boss baik, kawan-kawan office pon baik. I’m happy sangat-sangat, sampai tak kisah la even kerja bukan bidang aku. Kami memang sehati sejiwa, bekerja as a team, saling menguatkan. Disebabkan office aku tak ada lah besar sangat, so kami hanya ada beberapa org staff sahaja.
Hari demi hari semuanya berubah. Bermula lah tugas aku sebagai “KULI”…
PERTAMA:
[Berkenaan officemate] Hampir setiap hari aku berdosa kerana menjadi hamba disuruh merekod kehadiran untuk dirinya sedangkan dia hari2 datang lambat. Aku ni sangat lembut sampai tak tahu nak cakap “TIDAK”. Kadang2 aku pun tak faham kenapa perlu datang lambat ke office sedangkan orang lain boleh je datang awal. Ada juga kadang kecik hati dengan officemate dalam banyak perkara. Tapi semua itu aku pilih untuk DIAM supaya tak sakitkan hati sesiapa.
KEDUA:
[Berkenaan skop kerja] Sampai ke hari ini aku masih cuba untuk memahami berkenaan jawatan ku. Kerja di office tersangatlah multitasking. Akan tetapi disebabkan tidak ada bajet untuk mengambil staff, you need to do all different thing in the same time. Nak2 lagi bila ada sesuatu projek yang perlu kejar deadline. Dan paling penting walaupun kau tak ada experience dalam kerja tu kau tetap kena buat.
“Ala biasa latu stress dengan kerja.. bla.. bla.. bla”. Orang takkan faham apa yang kita ni selagi dia tak berada di tempat kita. Sampai satu tahap aku terfikir bila Tuhan nak tolong aku? Betul ke lepas Allah uji aku macam2, Allah akan hadiahkan aku dengan kegembiraan satu hari nanti? Tapi bila? Betul ke semua tu akan terjadi? Atau sekadar penyedap hati? Sejak kebelakangan ini hamper setiap hari aku menangis dan terus menangis ibarat orang yang sedang putus cinta. Walhal ianya hanya disebabkan KERJA….
Ya memang kita kena bersabar. Tapi kadang2 rasa macam tak lepas. Aku takut terover stress. Takut sakit. Hmm. Tidak ada seorang pun yang memikirkan perasaan ini. Hari2 aku fikir untuk berhenti kerja. Ingin mencari pekerjaan lain. Tp yela mungkin bukan rezeki aku lagi. Kontrak aku akan tamat pada tahun hadapan. Aku berharap agar moga2 Tuhan membuka peluang pekerjaan yang lain buat diriku.
Sekian luahan hati si pekerja kontrak yang tiada apa2 benefit.
– Nad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit