Kerja dan Gaji

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya rasa terpanggil untuk buat confession ni lepas viral beberapa hari lepas berkenaan gadis yang tak layan request bos dia diluar waktu bekerja.

Dan sekarang sedang hangat isu gaji tak sepadan dengan kerja dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, saya seorang lelaki berumur 31 tahun, bapa kepada 2 anak, bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat tempatan di lembah klang dengan gaji hampir 5 angka (9000++).

Isteri saya seorang penjawat awam gred 44. Kehidupan kami di tengah bandar tidaklah kaya raya, tapi selesa. Kami tinggal di rumah sendiri, menggunakan kereta import dan tempatan.

Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian ialah bagaimana kita boleh tukar nasib kita jika kita mahu.

Hidup saya agak mudah kalau nak kira, sejak dari bangku sekolah hingga alam pekerjaan. Pelajar terbaik setiap tahun, spm takdela straight A lah tapi cemerlang.

Ayah saya pesara dengan pencen RM600 sebulan dan ibu saya surirumah sepenuh masa.

Masa belajar saya pernah keje part time dengan gaji masa tu RM1.60 sejam saja. Haha, memang kenangan yang tak dapat dilupakan la.

Sempat kerja seminggu saja dapatlah RM100. Lepas grad saya dapat tawaran kerja di syarikat German yang berpusat di Singapore dengan gaji basic RM1500 sebulan dan elaun SGD75 sehari.

Agak lumayan ketika tu. Tapi kerja situ tak sampai setahun agak dalam 10 bulan saya resign sebab agak susah nak cari surau dan makanan halal disana. Bila masuk malaysia, saya kerja dengan gaji RM2500 sebulan.

Dari situ saya tetapkan pemikiran yang “aku takkan harapkan syarikat ni yang naikkan gaji aku, tapi aku sendiri akan naikkan gaji aku”.

Bila masa syarikat nak buat penilaian (KPI), mereka bagi peluang untuk staf nilaikan diri sendiri dari 1 hingga 5.

Ada lebih kurang 20 parameter untuk kita nilai. Kemudian staf akan duduk bersama supervisor dan kami akan tetapkan berapa nilaian yang kita layak.

Orang lain letak 5, 4, 5, 5 semua.. Tapi saya? Saya letak semua SATU. Prinsip saya, penilaian ini hanyalah untuk cukupkan syarat saja, ia tak merubah apa2.

Jika Allah kata saya layak untuk dapat lebih, Dia akan bagi. Dan memang benar, Dia bagi. Penilaian tu semuanya atas kertas sahaja. Saya dapat bonus 3 bulan bersama salary adjustment.

Dalam surah Nisa ayat 32 Allah ada berjanji dengan manusia, “bagi orang lelaki ada bahagian untuk dia, sesuai dengan apa yang dia kerjakan, dan bagi orang perempuan ada bahagian untuk dia sesuai dengan apa yang dia kerjakan”.

Jadi, bukan syarikat yang bagi gaji kepada kita tetapi Allah yang bagi, cuma MELALUI syarikat yang kita kerja, mengikut apa yang kita kerjakan. kalau kita kerja lebih, dapat lebih.

Tak salah jika kita berkira dengan syarikat seperti tak nak bekerja weekend sebab tak dibayar, tak nak kerja lebih masa jika takde ot dan sebagainya.

Tapi kita harus ingat janji Allah bahawasanya “ada bahagian khas untuk lelaki dan perempuan sesuai dengan apa yang dia kerjakan”.

Mungkin tak dapat dari segi wang tapi yang pasti dapat dari segi lain; isteri yang baik, anak2 yang sihat, kereta tak meragam, hati tenang dan lain2.

Saya tak cakap kita boleh perhambakan diri untuk syarikat, bukan begitu. Tapi intipati kerja tu kena jelas; adakah kita kerja sebab gaji, atau kita kerja untuk diri sndiri? Kalau kerja untuk gaji, cukup masa balik lah.

Weekend tak layan request bos. Kalau kerja “untuk diri sendiri” maka penghayatan kerja itu akan berbeza.

Kita akan bekerja dengan tekun dan punya matlamat. “aku takkan berhenti selagi tak selesai benda ni”, tu antara prinsip saya.

Alhamdulilah, janji Allah memang benar. Dari gaji 2500 saya boleh lompat ke 9000++ dalam masa kurang 10 tahun.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya diri. Apa yang kita mahu dalam bekerja. Adakah semata mata gaji, atau pengalaman dan pengetahuan.

Wallahualam…

– Iron Jack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *