Assalamualaikum. Nak kongsi pendapat tentang kerja guna kabel. Mungkin confession ni agak kasar dan terlalu pahit untuk ditelan oleh sesetengah pembaca. Mungkin juga akan ada yang melenting.
Tapi aku cuma nak cerita tentang realiti yang tersembunyi di sebalik kerja guna kabel. Benda yang mungkin kita terlepas pandang atau kita tak tahu langsung.
Kabel dan kerja kerajaan berpisah tiada. Kawan2 aku yang paling rapat dengan aku ada 6 orang dapat kerja melalui SPA, 4 pakai kabel.
Kawan 1 – Jalan kepit telur, sekarang polis.
Kawan 2 – Tangan dah berapa kali patah, sekarang warden penjara.
Kawan 3 – Aku tolong jawabkan exam online, sekarang kerani kementerian.
Kawan 4 – Panel temuduga cakap kalau tak datang temuduga pun takpe. Sekarang warden penjara. Kerja 5 tahun, dapat tukar ke negeri kelahiran dengan sekali permohonan.
Salah sorang kawan yang dapat kerja kerajaan tanpa guna kabel, menunggu hampir 4 tahun untuk terima panggilan. Tu contoh yang aku dapat bagi berdasarkan pengalaman sendiri.
Sampai giliran aku, rasa gelisah nak pergi temuduga tanpa kabel. Kawan aku cakap, aku ada kabel yang paling besar dah – Allah. Usaha, doa, tawakkal. Kalau dapat, syukur ada rezeki. Kalau tak dapat, mungkin ada yang lebih baik menanti.
Kawan yang lain pulak (yang dapat kerja guna kabel) cakap, dapat kerja dengan usaha sendiri tanpa pakai kabel lagi puas hati. Mungkin dia rasa tak puas hati sebab dapat kerja guna kabel.
Aku kira bernasib baik ada kawan-kawan yang bagi nasihat macam tu. Sebab nasihat merekalah aku mampu serahkan urusan aku 100% kepada allah tanpa harapkan bantuan kabel untuk dapatkan kerja.
Dan aku dah niatkan dalam hati. Kalau ada orang tawarkan kepada aku untuk jadi kabel untuk aku dapatkan kerja, aku akan tolak.
Sebenarnya dapat kerja guna kabel pun kira macam satu rezeki jugak. Tapi tak bermakna rezeki tu berkat.
Macam pencuri, masuk rumah orang bawak lari duit sejuta. Tu rezeki dia dapat sejuta. Tapi tak bermakna duit tu bersih. Rezeki tetap rezeki. Cuma sumber dan cara mendapatkan rezeki tu yang kita kena nilai.
Kenapa aku analogikan orang dapat kerja pakai kabel dengan pencuri? Sebab kedua-duanya adalah sama. Pencuri curi barang orang, dapat kerja pakai kabel curi kerja orang.
Kenapa curi kerja orang? Aku bagi contoh mudah. Bayangkan kekosongan untuk satu jawatan tu ada 100. Calon ada 1000. 30 orang auto dapat kerja sebab pakai kabel.
Kita nampak seolah-olah 1000 orang calon berebut 100 kekosongan. Hakikatnya, 970 orang calon berebut 70 kekosongan.
Sepatutnya kebarangkalian untuk dapat jawatan tu adalah 0.1%. Tapi disebabkan ada yang mohon pakai kabel, kebarangkalian untuk berjaya dah jadi 0.07%. Itu dari segi matematik.
Sekarang, bayangkan dari 1000 orang calon, 100 dah diterima kerja termasuk 30 orang yang pakai kabel. 900 orang calon lagi dikira gagal.
Dalam 900 orang calon yang gagal, mesti ada yang lebih layak dan menonjol berbanding 30 orang yang pakai kabel. Di sinilah berlakunya ketidakadilan.
Dia sepatutnya layak, tapi dikira gagal sebab kuota dah penuh diisi oleh calon yang sepatutnya tak layak tapi guna kuasa kabel. Jadi rasanya tak salah kalau aku label orang yang dapat kerja guna kabel ni sebagai pencuri.
Sekali lagi aku nak ulang. Aku setuju bahawa dapat kerja pakai kabel pun adalah rezeki. Tapi cara untuk dapatkan rezeki tu agak-agak betul atau tidak? Kalau betul, syukur alhamdulillah. Kalau tak betul, macam mana?
Daripada mula-mula kerja sampai pencen, makan gaji yang dapat melalui cara yang syubhah atau haram. Nauzubillah. Tu belum lagi ambil kira yang jenis mengular, tidur masa kerja, rasuah dan lain-lain.
Aku sekarang belum dapat kerja tetap. Dah berkali-kali gagal. Kali pertama aku gagal temuduga untuk ke IPG. Memang kecewa sebab aku nak sangat jadi cikgu. Aku pernah gagal ujian fizikal, gagal peperiksaan online berkali-kali.
Bukannya sekali dua tapi dah banyak kali. Yang terbaru, aku pergi temuduga 24/8 yang lepas. Sekarang masih menunggu keputusan. Harap-harap kali ni ada la rezeki aku.
Sambil-sambil baca confession ni, tolong selitkan sekali doa untuk aku. Doakan agar aku dapat kerja ni. Aku yakin ada dalam kalangan pembaca yang doanya lebih mustajab dari aku.
Terima kasih kepada admin sekiranya confession ini di approve, terima kasih kepada pembaca dan terima kasih kepada yang mendoakan aku.
– Otomen taro (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit