Kerja dan Kerjaya

Assalamualaikum.

Aku terpanggil untuk menulis confession kt sini lepas aku baca confession yang lepas bertajuk ‘KERANI’. Rata-rata dari komen aku tengok banyak juga di antara graduan muda yang masih belum ada rezeki mendapat kerjaya idaman.

Aku just nak share kisah aku. Aku Diploma holder, jurusan biasa-biasa dari kolej tempatan. Senang kata jurusan yg aku ambil ni menimbun-nimbun fresh graduate nya. Tiada yg istimewa. Bermula dari zaman kolej aku dah start kerja part time masa semester break. Asal semester break panjang aku keje kat station minyak jadi cashier. Gaji RM3 per jam masa tu tahun 2005 – 2006. Aku jadi cashier kat kaunter kedua yang tak ramai org. Apa aku buat kalo time tak ramai orang? Aku sapu dan mop kedai serbaneka yg kt stesen minyak tu. Sebab aku akan rasa bersalah kalo aku duduk diam tak buat apa masa bukan peak hour. Yg tugas cashier pulak jgn cerita sebab aku muka favourite untuk ganti cashier2 yang EL atau MC. Gaji masih sama RM3 per jam tanpa OT walaupun kerja 7pg – 10mlm. Tapi aku buat tanpa membantah sebab aku ni jenis tak reti melawan.

Aku graduate tahun 2007 dengan pointer biasa-biasa je. Jeles jugak bila aku baca kt confession ni ade yang pointer 4 flat. Tak lama lepas graduate aku dapat kerja kerani kat satu syarikat. Starting gaji RM850 masa tu rasa ya Tuhan besar nya gaji aku. Cukup 2 minggu aku kerja aku dah mula nak explore filing sistem diorang. Besepah tak teratur. Aku duduk diam-diam, susun satu-satu ikut kefahaman dan memudah kan aku. Dalam masa yang sama aku belajar bahasa English conversation dengan bos aku. So bila angkat call tu confident la sikit nak bercakap dalam English. Alhamdulillah aku tak ambil masa yang lama untuk manage satu unit pentadbiran. Dalam masa 6 bulan aku dah running segala urusan pentadbiran syarikat independently. Kepercayaan orang untuk kita buat kerja independently tu satu pencapaian kalo korang nak tau. Bukan senang kita nak dapat kepercayaan majikan. Gaji aku naik jadi RM1200 masa tu aku rasa waaahhh.. hahahha.. Cukup setahun aku dinaik kan pangkat jadi Executive. Tapi aku tak boleh lama dengan company tu. Bukan sebab bos, bukan sebab rakan sekerja, tapi sebab diorang tak bagi aku banyak peluang utk explore. Keje aku statik. aku tau msk keje aku buat apa, tgh bulan aku buat apa, deal dgn vendor mcm mana. Rutin yang sama. Aku ‘lapar’ dengan benda-benda baru. Aku tak betah duduk buat rutin yang sama. Lepas 3 tahun aku decide untuk resign.

Sekarang aku menyandang jawatan pegawai dan ketua unit di syarikat multinasional. Yang tersenarai dalam bursa Malaysia, yang profit jutaan ringgit setahun. Aku nak korang tau, kebanyakan syarikat nak kan seseorang yang ‘lapar’ dengan kerjaya korang. Yang tak selesa setakat masuk kerja 8-5. Yang tak bertanya apa company boleh bagi saya. Sebalik nya korang kena tanya diri korang, apa yang korang boleh bagi kt company? Kalo gaji korang 2k, keje macam org gaji 3k. Biarlah perkiraan tu Allah yg uruskan. Jgn sempitkan pandangan rezeki hanya pd wang semata-mata. Anak sihat tu rezeki, mak ayah sihat tu rezeki, kereta tak rosak juga rezeki. So, jangan berkira tulang urat, idea yg nak disumbang kn pada company.

Tips aku pada graduan muda, apa yang tertulis dlm job scope adalah benda asas yg korang kena sumbang pd company. But you have to give more than that untuk pastikan korang ada value dlm sesebuah syarikat. Being a normal staff memang senang. Korang buat keje korang, cukup masa balik. Tapi cuba duduk berfikir jap, tanya diri sendiri kalo korang takde satu hari nanti, terkesan tak syarikat/department korang? Rasa-rasa ada tak bos korang cakap “kalo si fulan ni ade mesti benda ni lebih mudah selesai”. Kalo bos korang tak cakap mcm tu, makna nya korang hanya lah pekerja biasa. Yang mana keberadaan nya kalo ada ok, kalo tiada lebih baik.

Itulah perbezaan kerja dan kerjaya. Alhamdulillah aku suka dengan kerjaya aku sekarang. Rezeki aku seorang Diploma holder dari jurusan biasa-biasa. Tapi prinsip aku sentiasa bagi lebih dari apa yang kita dapat. Anda bila lagi nk bagi lebih dari yang sepatut nya?

Kak Siti

– Kak Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit