Assalammualaikum warga IIUM Confession. Hari tu saya ada terbaca kisah peniaga bazar ramadan (https://iiumc.com/disebalik-bazar-ramadhan/).
Apa yang menarik perhatian saya adalah salah satu komen dari pembaca mengenai solat saat bekerja di sektor F&B.
Jujur saya katakan ia seakan satu cabaran dan juga satu perjuangan sebenarnya untuk solat terutamanya jika bekerja disektor f&b.
Kalau perhatikan kebanyakkan f&b tak menyediakan kemudahan surau atau ruang solat untuk pekerja. Beruntung kalau kerja dalam mall. Sebab mall ada sediakan surau.
Dah hampir 10 tahun saya kerja dalam sektor ini. Boleh dikatakan dulu culas dan selalu terbabas.
Alhamdulillah sekarang tak dah. Saya cuba cari rezeki tempat lain tapi Allah SWT lorongkan ke sini juga. 3 kali tukar kerja tapi 3 kali sektor yang sama.
Kesimpulannya saya sendiri kena fikir macam mana saya nak tunaikan kewajiban yang satu itu.
Sedar atau tidak waktu maghrib adalah waktu yang paling disukai oleh lautan manusia untuk melawat kedai-kedai makan. Walaupun tahu maghrib tu sekejap sahaja.
Sepanjang kerja sektor ini antara tips saya boleh bagi adalah,
1. Solat awal waktu. Masuk saja azan terus solat. Jangan lengahkan. Contoh ala zohor panjang lagi jap lagi la solat. Jangan sebab f&b sektor ni customer datang ikut suka.
Kadang waktu tengah azan customer tak ada. Tapi kita yang tak nak pergi solat awal waktu. Asyik lengahkan waktu. Sekali hujung waktu berpusu customer datang terus tak sempat.
2. Bawa telekung, selipar dan sejadah kecil selalu. Kedai saya tak ada tempat solat tapi saya sendiri cari ruang solat dan kiblat dalam store room. Minta izin boss atau pengurus untuk solat disitu.
3. Sentiasa berwuduk. Ini saya dapat dari pengalaman melancong ke negara tak ada air. Hahaha.
Bermula dari situ saya pastikan saya dalam keadaan berwuduk. Ia juga tak buang masa kita untuk ulang alik ke tandas untuk wuduk.
Saya selalu merungut dulu kenapa la Allah SWT lorongkan rezeki saya dekat kerja bidang ini. Makin saya elak makin Allah SWT berikan rezeki seluasnya dalam bidang ini.
Dulu saya seolah salahkan takdir rupanya saya yang jahil menilai. Saya yang malas nak solat dan cari solusi macam mana nak solat dalam kerja dan waktu yang terbatas ini.
Buat pembaca luar sana elakkan kunjungi f&b waktu maghrib. Kalau boleh lepas setengah jam waktu maghrib baru datang. Berikan kesempatan juga buat pekerja-pekerja di sektor f&b ini untuk solat.
Buat yang bekerja disektor ini. Ini satu jihad sebenarnya buat kita. Saya dan awak semua sedang berjihad. Rezeki kita disini adalah asbab untuk kita sebagai muslim menyediakan makanan untuk orang muslim.
Tolong jangan gunakan waktu solat untuk curi tulang. Ia beri imej tak baik pada agama kita. Kata nak solat tapi main telefon atau merokok.
Buat pengurus dan pihak atasan. Walau ada 1 orang saja pekerja korang yang solat minta tolong la sediakan kemudahan dan berikan kelonggaran.
Kita tak tahu Allah SWT berikan rezeki macam mana. Entah asbab sorang pekerja tu yang solat jadi sebab f&b kamu dapat sambutan lebih dari orang lain.
Ini kisah kecil saya sahaja moga jadi panduan atau beri manfaat pada yang memerlukan.
Salam sayang,
– Kuntum Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit