Kerja Dengan Company Cina

Aku dah pertengahan umur 30… Masuk tahun ni dah 4 tahun aku kerja company family Cina ni… bidang CNC. Sekarang makin rancak bidang CNC ni… tapi mostly Cina…

Sebelum aku kerja sini, aku kerja company Cina juga. Tapi tahulah, company aku yang sekarang ni racist dia tak boleh bawa bincang. Aku tengah stay lagi sebab tak ada kerja lain lagi walaupun dah cuba merata…

Ceritanya yang aku tak syok kat sini, bila aku dah kerja lama, aku ternampak slip gaji partner aku… Dia terlupa dia letak dekat mesin.

Aku nak 5S, aku nampak gaji dia. Dia Cina, fresh grad. Gaji dia RM4,800. Gaji aku RM2,500. Kerja sama. Tak ada kurang lebih…

Start tu aku dah tak seronok. Tapi tak apa… aku teruskan juga sambil cari kerja lain. Sekarang dia resign. Aku naik. Tapi gaji naik sikit je. Tak sampai RM3,000.

Tapi workload aku banyak sebab aku kena cover kerja dia dengan kerja aku yang dah sedia banyak.

Dalam meeting, manjang cakap Cina. Pung pang pung pang Cina. Sebab apa? Sebab depa tak pandai cakap English dan Malay. Tak pandai explain itu ini.

Last-last aku yang kena. Sebab aku tak faham depa bincang apa. Aku kena belajar Mandarin katanya…

Aku terfikir… ehhh… aku ni kerja dekat China ka sampai aku pulak nak kena belajar bahasa depa ni? Lemakkk aihh… Patutlah tak ambil Melayu… Nak kena aku pulak belajar bahasa ampa…

Sudahnya, sekarang apa saja benda yang depa cakap Cina dan aku tak faham… aku ignorekan aje. Lantak. Aku anggap bukan urusan aku. Aku kena? Aku boleh antar surat resign. Gaji pun tak setimpal… Nak lebih-lebih pula…

So sekarang aku stay sini lagi dan aku nak ambil sebanyak mana kerja yang boleh… sooooo bila tiba masanya aku terus cawww cinnn cawwwwww…

Dan company memang takkan bankrap tak ada aku kan? Tapi kita bagi depa kenal susah senang… Ingat senang nak cari pekerja sekarang? Senang datang senang pergi ramailah…

Aku tahu kerja dengan Melayu cara Melayu… Cina cara Cina… Tapi aku nak kerja dengan German… Australia pulak… Tapi depa tak mahu aku…

Tu sapa-sapa rasa kabel kapal dia cekang boleh riki-riki tell me okey… Aku dekat Penang…

Sekian.

– Gen X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *