Kerja Dengan Mulut

Nama aku “confuse”. Aku kerja dgn sebuah company mnc. Sampai harini, baru setahun lebih aku bekerja dgn company ni. Semuanya ok je sejak aku kerja sini. Sehinggalah muncullah seorg manusia ni yg membuatkn hidup semua org huru hara rasa nya.

Company aku ni buat construction. dia divide org2 kat site ofis ni kpd 2 team. Team A & B. aku ni muncul dari zaman Team A. dia muncul masa zaman Team B. Aku gelarkan dia as KOK. Kok ni di ambil bekerja kerana bos Team B ni tak boleh berbahasa lain selain bahasa ibunda dia. sebabnya si Kok ni adalah bangsa mereka yg berkahwin dgn rakyat Malaysia.

Apa yg membuatkan aku rasa tak syok adalah, mula2 masuk, company bg dia kereta. then, aku pulak ternampak gaji dia almost 8k. dlm hati aku. Mula2 memang la aku rasa takpelah, rezeki dia. plus, aku sedar diri sebab aku ni cuma contract. tp, bila contract aku disambung selama mana Team B ni masih wujud, aku dh mula confuse. Jawatan aku dan Kok ni sama. tp kenapa nak extend aku? memang lah itu pulak rezeki aku di extend. tak payah susah2 cari kerja lain. tp, byk bnd yg mengelirukan mula berlaku.

Boss aku (Lang) sebelum pulang ke negara asal dia, sempat pesan kat aku untuk monitor pasal apartment lah, itu lah ini lah. tp, bila owner apartment start contact aku, Lang ni suruh owner deal dgn Kok pulak. Sebelum aku sign agreement utk extend, aku mintak kat Lang Job description aku. Apa yg terjadi,Lang suruh aku buat job description sendiri and job description tu di beri kpd Kok. tp aku ni tak pernah pun diberi Job description Kok. aku dh start confuse. kenapa nak bg JD aku kat kok? selama ni tak pernah pun aku nmpak Kok buat kerja aku? tp, aku sedapkan hati ckp, mungkin sebab position sama. takpelah.

Tapi, aku start tak boleh tahan bila Lang, sebelum balik tuduh aku cakap aku ni hold kerja & tak pandai manage kerja hanya kerana aku nak kumpul payment utk claim Kok & Lang je. padahal, yg selalu hold kerja sampai org chase bagai nak gile adalah Kok.

Then, aku bertambah kurang sabar bila, Kok HOLD AGREEMENT KERJA AKU! padahal dia dah pergi buat stamping & agreement tu takde kena mengena pun dgn dia. apa motif dia hold?

Bila bos dari oversea datang sebulan sekali, lincah buat kerja. busy gile lari2 kehulu hilir ke printer. siap buat kopi bagi bos. Kerja org lain, semua dia nak ambil tahu. kerja aku pun sebok nak kaut sekali. meeting yg takde kena mengena dgn dia pun dia sebok join. paling best, bos dia punya decision, mostly dipengaruhi oleh dia.

Serious, aku tak tau mcm mana nk describe si Kok ni punya style kerja. apa yg aku perhatikan, kerja berkaitan dgn org local/Malaysian, dia akan hold smpai org chase. tp kalau kerja berkaitan management, dia akn sebok ambil tahu & mengendeng. bila bercakap, memang nampak mcm dia lah paling tahu. tp hakikatnya….

Yang peliknya, management tak nampak sebarang kesalahan dia langsung. walhal melabelkan aku ni yg byk buat salah padahal cuma salah tebuk lubang.

Netizens, silalah bg nasihat bernas dan berwibawa & kalau ada tips, tolong lah share mcm mana nk bg kesabaran aku ni makin tebal.

– Aku yg confuse

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *