Kerja, DPLI dan Master

Tujuan aku tulis confession ni untuk tahu pendapat orang lain yang mungkin lebih berpengalaman.

Aku perkenalkan diri, perempuan, umur 27 tahun, seorang isteri dan juga seorang ibu. Suami aku pensyarah kolej vokasional dan anak aku seorang lelaki umur 2 tahun lebih.

Sejak lahirkan anak aku buat pilihan berhenti kerja untuk jadi suri rumah sepenuh masa memandangkan kerja aku sebelumnya memang tak duduk rumah dan susah cuti.

Sehingga tahun lepas apabila Menteri Pendidikan umumkan pengambilan besar-besaran guru. Untuk pengetahuan, aku ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Teknologi Rekabentuk Produk.

Dikelilingi mak ayah mertua, pakcik makcik yang ratanya guru kerajaan, berbekalkan ISM aku tu pun cuba nasib memohon PPP DG41 Contract of Service (CoS) 2021 yang dibuka untuk mereka yang bukan ISM pendidikan.

Aku berjaya sehingga peringkat temuduga, aku gagal temuduga. Aku tahu suami aku agak kecewa, aku apatah lagi tanpa segan silu menangis tersedu depan mak ayah mertua.

Salah satu sebabnya aku menunggu dengan penuh pengharapan selama 6 bulan untuk mengetahui keputusan temuduga tersebut.

Aku tahan untuk mula berkerja lain sebab mengharapkan untuk menjadi guru. Aku yakin sebab aku dah buat sehabis baik. Tapi siapalah aku, Allah Maha Berkuasa.

Calon yang berjaya temuduga tersebut juga sangatlah sedikit, lebih 90% yang gagal dengan alasan dari KPM SPP mengutamakan calon yang ada ikhtisas. Aku redha.

2 hari lepas keputusan gagal tu aku terus pergi temuduga untuk kerja sebagai coway lady (cody), InsyaAllah bulan Julai ni akan mula training dan berkerja.

Bila suami aku tanya kenapa nak kerja Coway, jawapan aku sebab waktu kerja flexi (aku rancang nak dapatkan ikhtisas pendidikan untuk melayakkan aku memohon SPP DG41 lepas lepas ni),

Aku pun ada kawan-kawan yang dah lama bertahan dengan kerja ni so far menjanjikan pendapat yang berbaloi (boleh tampung yuran untuk aku dapatkan ikhtisas nanti),

Dan aku juga taknak dah cari kerja temuduga tunggu berbulan buang masa memandangkan banyak komitmen aku dah mula tunggak (selama aku jadi suri rumah aku bayar sendiri segala komitmen aku guna simpanan aku).

Aku tak nak bebankan suami aku, cukup dia sediakan tempat tinggal makan pakai aku dan anak, aku taknak dia tanggung hutang piutang aku macam kereta dan pinjaman mara.

Jadi selesai bahagian kerja, aku dah baca banyak tentang kerja ni dan yakin boleh bertahan dengan kerja ni. Seterusnya bab untuk dapatkan ikhtisas pendidikan.

Pada pengetahuan aku untuk orang yang ada ISM bukan pendidikan, ada dua cara untuk dapatkan ikhtisas. satu Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan dua Master Pendidikan Teknik & Vokasional dari UTHM sahaja.

Dari segi masa untuk DPLI 1 tahun 3 bulan (Mod Cuti Sekolah) dan Master pula 2 tahun 6 bulan untuk part time (Jumaat/Sabtu atau Sabtu/Ahad). Dari segi yuran pula beza tak banyak, dalam range 10k-15k.

Aku dah bincang dengan suami aku, kalau tanya dia, dia prefer aku ambil Master memandangkan kos ISM aku lebih ke arah sekolah Teknik & Vokasional, lebih meluas dan mana tahu ada rezeki boleh sambung PHD pula.

Kalau ambil DPLI ke arah sekolah rendah menengah ISM aku mungkin paling dekat opsyen Reka Bentuk Teknologi (RBT) sahaja.

Aku masih sedang membuat pertimbangan dengan umur 27 tahun antara DPLI Umum UKM Bangi Selangor Intake Sept jarak 1 jam dari rumah aku,

Kelas mod cuti sekolah maksudnya setiap cuti sekolah seminggu/2 minggu aku kena ambil cuti kerja yang agak menganggu prestasi kerja (1 tahun 6 bulan),

Atau Master Pendidikan Teknik & Vokasional UTHM Johor Intake Oct jarak 3 jam dari rumah kelas setiap hujung minggu yang tak ganggu kerja (2 tahun 6 bulan).

Suami aku pesan jangan fikir nak cepat habis, tapi fikir mana yang lebih menjamin masa depan.

Walaupun dengan ada ikhtisas ni tak menjamin jawatan SPP DG41, tapi ni sebagai usaha aku ke arah untuk menjadi guru instead of aku duduk tunggu tanpa buat apa-apa.

Bab kerja tu aku rasa mesti akan ada yang cadang aku untuk jadi tutor ke cikgu tadika ke baru relate dengan tujuan aku nak jadi guru kan dapat pengalaman semua.

Aku faham tapi macam yang aku cakap aku takda masa dah nak cari kerja, + kerja coway tu waktu kerja flexi dan incomenya boleh tampung komitmen dan yuran untuk aku belajar. So kerja ni cuma batu loncatan untuk aku capai impian jadi guru.

Tapi aku tetap akan kerja dengan sebaik mungkin.

Tolong share ye info dan pengalaman pembaca semua tentang kerja Cody, DPLI atau Master. Aku harap aku tak buat keputusan yang salah.

Terima kasih.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Saya pun alami perkara yg sama dgn puan. Lpasan ism reka bentuk animasi dan berhasrat utk ambil dpli.. tapi saya keliru perlu ambil dpli umum atau dpli yg mengikut kos degree kita..

  2. Assalammualaikum puan,

    Saya ada terbaca tentang saranan untuk pertimbangan memilih DPLI atau Master dalam bidang pendidikan. Dalam artikel tu penulis mencadangkan pelajar berfikir sama ada nak jadi Cikgu sekolah atau Pensyarah IPT. Ini disebabkan laluan untuk kedua-dua jawatan tersebut tak sama. Untuk menjadi seorang guru, kena ada DPLI dan Ijazah Sarjana Muda manakala untuk menjadi pensyarah IPT kena ada ijazah sarjana muda, sarjana, atau PHD. So, semua berbalik kepada prospek kerjaya yang puan nak capai. Dari segi yuran DPLI dan master memang agak besar bezanya iaitu dalam lebih kurang 7-8K. DPLI UKM RM10K dan Master dalam 17-18K. Tempoh pengajian berbeza 1 semester iaitu, DPLI 1 tahun 6 bulan 3 semester, master pula 4 semester 2 tahun. Saya ada terbaca juga perkongsian seorang rakan FB tentang perbezaan gaji guru DG41 dengan pensyarah, dan ternyata gaji guru DG41 agak tinggi sedikit berbanding pensyarah. Dari skop tugas antara duanya, agak serupa dan mungkin beza adalah hari cuti sekolah sahaja. Part tugas tu kena kaji sedikit lagi lah kot. Saya tak berapa ingat dah. hihi. Itu saja yang dapat saya kongsikan. Diharapkan dapat membantu sedikit. Saya pun dalam dilema nak sambung belajar antara DPLI dan master sebab saya tak pasti nak jadi cikgu ke pensyarah. hihi.. sebab saya sebenarnya nak mengajar santai je sambil cari pendapatan sampingan dan menabur bakti..cehh.. hehe.. sekian dari saya.. saya juga harapkan adalah yang sudi kongsikan pendapat yang boleh membantu.

    Sekian.

    • pada akhirnya awak pilih yang mna? saya pun sekarang confused nak master pendidikan atau dpli

    • Pdpp 2024 ke? Masih ditangguhkan kan ? Last makluman dia bagitahu 14/3/2024. Alih-alih ditangguhkan pula

  3. Ya Allah, saya sibiji mengalami masalah yang sama. Dah beberapa bulan menganggur selepas habis belajar (undergraduate) Offer kerja tu dapat cuma semuanya masih keliru. Kang terima kerja, dah susah nak sambung belajar. Dengan tak lama lagi nak kahwin. Parents saya cikgu KPM, gaji boleh tahan. Ikutkan impian dulu nak jadi pensyarah. And now masih tersekat nak pilih antara DPLI (cikgu menengah rendah) atau Master (pensyarah vokasional). Saya ada diploma fesyen dan degree business. Stress sangat bila fikir. Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *