Kerja Kerajaan Cerah Masa Depan

Assalamulaikum.

Coretsn ini lebih kepada isi hati saya dan melalui coretan ini diharap para pembaca mampu memberi nasihat dan kata kata yang positif.

Aku Zana, si anak sulung yang 28 tahun. Masih solo dan kini bergelar penganggur. Aku mempunyai empat orang adik, Fikri (25tahun), Adib(22 tahun) dan Zura (18 tahun). Ayah dan ibu aku merupakan penjawat awam atau lebih tepat lagi ialah cikgu. Malah sedara sekeliling aku juga kebanyakannya ialah penjawat awam. Dari kecil minda aku dah ditanam dengan ‘kerja kerajaan=cerah masa depan’.

Selepas SPM, ayahku menyuruh aku memohon IPG, namun bukan rezeki aku. Ayah aku kecewa. Aku pun teruskan perjalanan pendidikan aku di matrikulasi. Usai matrikulasi, sekali lagi aku memohon sarjana muda pendidikan di UPU memandangkan aku tahu itu impian ayah aku. Lagi sekali aku tidak dapat. Dan lagi sekalilah ayah aku kecewa. Aku meneruskan degree aku dalam bidang sains. Setelah habis degree, ayah aku menyuruh aku sambung master. Katanya course aku susah dapt kerja. Dengan adanya master mudahlah untuk memohon kerja terutamanya pensyarah di koleh/universiti swasta. Setelah habis master, hampir setahun setengah aku menganggur. Sementara dapat kerja tetap, aku kerja sebagai salesgirl sebab aku tidak betah duduk di rumah tanpa buat apa-apa.

Alhamdulillah setelah setahun setengah aku dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku. Aku diterima menjadi engineer di sebuah kilang. Namun, 8 bulan aku kerja, kilang aku mengalami masalah, production stop dan kilang hampir gulung tikar. Akhirnya kilang aku mengambil keputusan untuk mengurangkan pekerja dan akulah salah seorang yang terpilih. Aku diberi duit pampasan dan sekali lagi aku bergelar penganggur kini.

Aku pulang ke kampung tinggal bersama mak dan ayahku. Ayahku kecewa dengan aku. Sudahlah dibuang kerja, umur makin meningkat masih belum berkahwin. Dia risau mengenai masa depan aku. Aku faham kerisauan ayah aku. Tapi kata katanya menyebabkan aku rasa down. Tidak berguna. Satu apa pun aku tiada untuk membanggakan mak ayah aku. Ayh aku sering membandingkan dengan adik adik lelaki aku. Fikri dah dua tahun posting cikgu, manakala Adib sedang berada di IPG. Dan tentu tentu habis belajar nanti jadi cikgu. Bangga mak ayah aku dengan mereka. Aku juga berbangga dengan mereka.

Adik bongsu aku juga seperti aku. Kini berada di matrikulasi. Dan ayah aku juga menyuruh dia untuk memohon course pendidikan selepas matrikulasi. Supaya bekerja kerajaan, cerah masa depan.

Aku?
Masih mencari pekerjaan. Masih mencari masa depan. Masih mencari sinar hidup. Jujur aku terkesan dengan kata kata ayahku.

“Kakak ni dah umur berapa. Takde orang nak lagi. Risau ayah. Kalau sampai ke tua tak kawen kawen. Kerja pun takde. Nanti ayah dah takde, kakak nak merempat mana? Fikri dengan Adib tu ayah dah tak risau. Confirm senang dah hidup nanti kerja kerajaan. Zura pun sama. Harap harap dapat la dia course pendidikan lepas matrik ni. Kalau tak jadi macam kakak la’

Aku tahu setiap orang jalan hidupnya tidak sama. Ada yang cukup murah rezeki mereka. Ada yang perlu bekerja keras untuk peroleh apa yang diimpikan. Hari hari aku berdoa agar aku dimurahkan rezeki, dapat kerja yang boleh membanggakan mak ayah aku, dipermudahkan jodoh. Moga hari yang mendatang aku ketemu sinar masa depan aku. Kalian, doakan aku kuat dan dimurahkan rezeki ya.

– Zana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit