Kerja Kerja Kerja!

Assalamualaikum semua. Saya penganggur yang nak cakap berjaya ke dak taktahu lah. Okay mcm ni, dunia pekerjaan saya complicated bermula April 2016. Selepas tamat belajar, Alhamdulillah saya ada dapat offer dari sebuah company atas recommend kawan dari tempat praktikal dulu. Kerja yang related dengan kos yang saya belajar. Semua okay, walaupun mula mula agak janggal yelah habis belajar terus kerja takmcm kawan lain ramai masih menganggur menunggu panggilan.

Tapi disebabkan sifat yang nak kerja gaji yang better, suasana yang best saya telah hantar resume sy ke beberapa company lain. Officemate pulak semua yang jenis merengus jadi saya rasa kenapa perlu saya stay sedangkan saya boleh dapat better offer. Hari-hari cari kerja kosong buka jobstreet. Yang sebenarnya saya rasa, saya takcukup kental dengan jawatan saya masatu. Kerja yang hari-hari dimaki customer.

First day kerja dah kena “bullshit” dengan customer. Tak lama lepastu selepas Raya 2016 dalam bulan Julai ke Ogos mcm tu saya dapat offer dari Company yang lebih baik di Shah Alam. Seronok siap plan mcm mcm duk jauh dengan familykan. Tapi apakan daya mental tak kuat, family jauh kerja baru 3hari dah nak balik rumah. Saya pun decide untuk berhenti then pulang ke kampung.

Around sebulan selepas balik kampung saya dah putus asa nak mintak kerja kat mana saya decide nak kerja parttime 4jam sehari di sebuah shopping mall. Alhamdulillah saya rasa tu pekerjaan paling lama dalam hidup saya. 9bulan. Seronok kawan okay , kerja okay dan everything okay. Dalam masa parttime tu saya ada jugak hantar resume di company lama saya yang sebelum ni. Boss ada juga sy contact tanya mengenai kekosongan jawatan. Tapi jawapan mengecewakan.

Yelah siapa nak ambikkan , dah berenti pastu datang balik. Tapi kesedihan tu taklama, company lama saya mula panggil saya untuk bekerja pada Januari 2017. Alhamdulillah. Masa ni saya tak berenti lagi kerja parttime saya ni. Sebab saya seronok. Sayang nak berenti. Dalam masa saya kerja saya cuba upgrade diri ni dengan nak masuk belajar. Saya nak masuk degree masatu saya takmampu, hutang belajar banyak.

Saya pun search masuk belajar yg ditanggung dibawah kerajaan. Saya ada ternampak tawaran untk menjadi guru kemahiran jadi sy decide untuk join kursus itu. Yelah kursus 9bulan je pun. Sekejap je why not cuba kan. Lagipun semua diabayai so takperlu keluar duit. Saya apply dan sy di terima interview. Alhamdulillah saya dapat. Saya taksangka dalam 1000 org nama saya terpilih. Alhamdulillah mungkin masa ni rezeki saya Allah permudahkan.

Saya berhenti kerja pada April 2017. Saya sambung belajar selama 9bulan. Semasa praktikal, saya baru tahu mengenai syarat utama untuk saya mengajar saya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia. Saya cuma lepasan diploma so kat situ agak kekangan untuk tempat praktikal saya serap saya. Selepas tamat belajar pada Jan 2018 saya decide untuk stay kat Shah Alam bekerja untuk setahun dua sebab alang alangkan. Mcm mcm kolej swasta offer interview kat saya tapi sayang bila saya cakap saya hanya pemengang diploma diaorang cancel interview dan saya redha. Saya rasa mungkin belum rezeki untuk saya bekerja sebagai pengajar.

Jan 2018 – June 2018 Alhamdulillah saya dapat kerja di Shah Alam dengan gaji minimum standard Diploma. Tapi jawatan tu hanya sebagai pekerja contract. Setiap 3bulan akan direnew contract. Tapi disebabkan sifat tamak haloba, taksabar dan bosan. Saya decide nak cari kerja lain di dalam bidang yang saya belajar. Saya dapat disekitar Shah Alam juga. Gaji ditawarkan juga okay. So saya decide untuk masuk kerja baru pada Julai 2018.

Saya baru 2minggu kerja company baru, kawan saya call dan offer untuk recommend kerja sebagai pengajar di HQ. Sekali lagi saya tamak sedangkan saya baru lagi bekerja kat situkan. So saya bagi resume, saya dapat interview. Company yang sy bekerja ni agak susah nak cuti sbb kami operation 7hari seminggu so Ahad pun bekerja. Lagipun pada bulan yang sama sy dah apply cuti untuk convocation. Jadi untk interview saya decide nak cuti jugak.

Pada mula nya saya cuba menipu tapi disebabkan cuti saya dipersoalkan oleh Manager saya pun jujur lah yg saya akan hadir ke interview di HQ. Manager mengamuk dan saya dimarahi teruk depan customer depan rakan sekerja. Dia suruh saya berhenti kalau saya pergi iv tu. Saya decide utk berenti sahaja sbb saya mmg nak kerja pengajar tu. Masatu betul betul cukup sebulan saya bekerja. Saya decide berhenti dan prepared untuk iv di HQ. Tapi tulah langit tak sentiasa cerahkan. Selepas balik kerja tu, saya dapat panggilan dari HQ yang mengatakan iv tu cancel.

Pihak management sana taknak iv saya sbb manager saya mengamuk kat sana. Masatu kecewa takpayah cakap lah. Yelah decide berenti kerja kat situ tapi rupanya interview pun cancel. Saya menangis kecewa sbb sy merasakan betul betul silap langkah. Saya pun jadi penganggur di tempat orang selama 2minggu. Duit gaji , simpanan pakai jimat jimat. Cari kerja area situ. Tapi kecewa sbb saya lepasan diploma diaorg taknak org diploma. Sedangkan waktu tu sy tak kesah walau offer gaji 1k pun saya betul betul nak kerja.

Sampai lah parents saya tahu yang saya mengannggur mereka ajak saya balik ke kampung pada Ogos 2018. Saya balik ke kampung. Saya cuba apply kerja mengikut kos saya di kampung pula. Saya ada dapat iv di tempat praktikal saya. Tapi masa ni management baru. Saya telah di panggil untuk iv sebanyak 3kali dengan harapan saya akan dapat kerja tu. Tapi tu cuma mimpi. Saya takdapat kerja tu dan pihak management memilih saingan sy yg tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tu dapat masuk kerja tu. Saya okay saya redha.

September 2018 saya dapat offer contract lagi. Kalini contract 3bulan sahaja sebab ganti orang mengandung. Bulan terakhir sy sebelum habis contract saya ada apply kerja tapi semua cuma interview je lepas. Disember 2018 saya dapat offer kerja di sekitar kampung. Tapi disebabkan kecelaruan dan saya tak sesuai kerja tu saya cuma bekerja dalam setengah bulan. Saya sekarang betul betul buntu nak cari kerja. Sekarang ni saya cuma dapat interview, panggilan offer kerja tapi kerja takdpt. Saya apply kerja dalam bidang saya pun saya takdpt.

Sekarang saya ada buat business online. Tapi tulah perniagaan ada hari ada , ada hari tiada. Tapi saya ada hutang belajar lagi. Jadi mak saya suruh saya mempunyai kerja hakiki dan buat business online ni sebagai parttime je. Saya tulis confession ni sbb saya nak tanya pendapat. Patut ke saya tipu resume saya yang saya tiada langsung untuk saya mula balik kerjaya saya dalam bidang saya? Saya juga decide untuk join Program Sijil Kemahiran tapi belum ada rezeki lagi.

Doakan saya supaya tidak tamak lagi 2019 ni. Dan dapat kerja sesuai dengan jiwa, bidang saya. Sekian. Assalamualaikum.

Yang keliru,

– SNA

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *